FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

PENDIDIKAN DI MALAYSIA ADALAH SATU USAHA BERTERUSAN KE ARAH MEMPERKEMBANGKAN LAGI POTENSI INDIVIDU SECARA MENYELURUH DAN BERSEPADU UNTUK MEWUJUDKAN INSAN YANG SEIMBANG DAN HARMONI DARI SEGI INTELEK, ROHANI, EMOSI, DAN JASMANI BERDASARKAN KEPERCAYAAN DAN KEPATUHAN KEPADA TUHAN
MISI SEKOLAH

MELAHIRKAN MODAL INSAN CEMERLANG MELALUI PENDIDIKAN BERKUALITI BERLANDASKAN FALSAFAH PENDIDIKAN NEGARA

27 Jun 2009

HARI KE-2 PERKHEMAHAN KOKUM: EDISI PAGI


Hari kedua, para peserta sedang bersedia untuk membuat larian lasak. Ia dibawa kendalian En Banius Kangau dan sebaik saja peserta sampai. Mereka akan menyertai aktiviti larian hos dibawah kendalian En Del...

Read more...

26 Jun 2009

PERKHEMAHAN KOKUM: EDISI PETANG




Inilah Chef - Chef yang tidak asing lagi..sentiasa menjalankan tugas...siap tuan, masak apa tuan....hehe....


Para peserta mula mendirikan khemah kumpulan masing-masing.Disinilah ujian sebenar bermula. Para peserta yang terdiri dari pada ahli unit beruniform, pasti akan mengeluarkan segala ilmu berkhemah. Syabas SMK Kota Marudu. Ujian membina gajet juga dibuat. Nampak kerjasama dalam menyiapkan gajet amat perlu.

Read more...

HARI PERTAMA PERKHEMAHAN KOKUM 09: PAGI


Read more...

Program Ibu Bapa Dan Pelajar berjumpa dengan Guru Kelas


SMK KOTA MARUDU: Pihak pentadbir sekolah telah mengambil inisiatif dengan mengadakan program bersama Ibu Bapa. Program ini bertujuan untuk membincangkan pencapaian para pelajar disamping dapat mengetahui atau mengenalpasti masalah-masalah pelajar. Pada masa yang sama, para ibu bapa akan menandatangani rekod kemajuan pelajar. Respon yang baik dari para ibu bapa kerana selama ini mereka hanya dengar dari anak mereka saja. Program ini berjaya mendekatkan lagi para ibu bapa dengan guru-guru dan juga pihak pentadbir sekolah. Semoga program ini akan menjadi input dalam usaha mengemilangkan SMK Kota Marudu pada tahun 2011.






Read more...

23 Jun 2009

PELAN INDUK PEMBANGUNAN PENDIDIKAN 2006 - 2010

KPM telah merangka Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) KPM 2006 - 2010 yang akan menjadi garis panduan pembangunan pendidikan negara secara menyeluruh sepanjang tempoh 5 tahun dalam RMKe-9. PIPP merupakan dokumen perancangan pembangunan pendidikan yang bersepadu, komprehensif dan menyeluruh tidak tertumpu pada satu jenis sekolah, lokasi dan kaum. Agenda utama KPM adalah untuk membangunkan SK sebagai aliran perdana kerana majoriti pelajar berada di SK. Walau bagaimanapun, KPM tidak akan meminggirkan SJKC, SJKT dan SABK dalam meningkatkan kualiti pendidikan di sekolah-sekolah tersebut. PIPP merupakan satu dokumen perancangan pembangunan meliputi tiga aspek utama iaitu infrastruktur, pengisian dan tenaga manusia.

Read more...

22 Jun 2009

Kenaikan pangkat DG41 ke DG44

SMK KOTA MARUDU: Seramai 11 orang guru disekolah ini memdapat tawaran untuk perubahan gred. Kenaikan ini adalah khusus untuk mereka yang mengajar di kelas tingkatan enam. Ini merupakan satu berita baik untuk golongan pendidik. Adalah menjadi harapan, kenaikan gred ini akan memotivasikan guru-guru untuk melahirkan pelajar yang seimbang dan seterusnya menjadi insan yang berguna sejajar dengan prinsip Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Tahniah

Read more...

PENGURUSAN MASA



Penolong Kanan 1, En Taulani Tukiran berkata para pelajar haruslah pandai dalam pengurusan masa. Ketidakcekapan dalam pengurusan masa ini banyak memberikan kerugian kepada pelajar. Contoh semasa awal pagi, pelajar sebolehnya hadir atau sampai ke kelas sepuluh minit awal. Dengan itu, para pelajar akan dapat memulakan sesi pembelajaran tepat. Begitu juga dengan masa pulang, pelajar hanya boleh keluar selepas masa yang ditetapkan. Kecekapan dalam pengurusan masa akan memberi kesan yang baik kepada diri pelajar sendiri. Beliau akan memastikan pada masa akan datang situasi ini tidak berlaku lagi. Beliau juga berharap para ibu bapa pelajar dapat berkerjasama untuk memastikan kedatangan pelajar kesekolah dipantau. Tanpa kerjasama dari semua pihak pasti masalah ini akan berlarutan.

Read more...

20 Jun 2009

PENGAKAP SMKKM 02 MENYERTAI KURSUS KETUA PATROL



SMK KOTA MARUDU: Seramai 40 orang ahli Pengakap telah menyertai Kursus Ketua Patrol yang telah dianjurkan oleh Majlis Pengakap Daerah, di SMK KOTA MARUDU II. Kursus selama 3 hari dua malam ini, akan memberi tunjukajar bagaimana menjadi ketua patrol yang berkesan. Para peserta kursus akan diberi ceramah oleh Skipper Zainudin dan seterusnya amali. Pada masa juga, satu kursus pengenalan manikayu 1 juga diadakan khusus untuk para pemimpin dan p.pemimpin yang masih belum mendapat sijil manikayu.

Read more...

OREINTASI 6 RENDAH OLEH PERTINA


SMK KOTA MARUDU: Pelajar Tingkatan 6 Rendah menjalani Hari Oreintasi dengan penuh bersemangat. Sudah menjadi satu tradisi, yang setiap pelajar 6 rendah mesti menjalani oreintasi. Ini merupakan seperti satu sesi ujian minda dan penyesuaian diri kepada pelajar berkaitan dengan suasana alam Tingkatan 6. Adalah menjadi satu kerugian sekiranya seseorang pelajar itu tidak menyertai atau mengikuti program ini. Program ini dijalankan atau dilaksanakan oleh PERTINA. Semoga pelajar baru ini dapat menjalani oreintasi dengan jayanya.

Read more...

19 Jun 2009

KRS PUTERI SMK KOTA MARUDU

SMK KOTA MARUDU: Platun Puteri KRS SMK Kota Marudu yang berjaya memenangi pertandingan Kawad Kaki Peringkat Negeri, hari ini bertolak ke Kota Kinabalu. Platun ini diiringi oleh Cik Cristy. Mereka dijangkakan akan terbang ke Semanjung Malaysia pada petang ini. Adalah menjadi harapan agar sekali lagi, platun ini akan berjaya menggunguli pertandingan itu nanti. Hari ini juga telah diadakan mesyuarat persediaan dan penetapan tugas semasa perkhemahan kokum tahun 2009. Menurut PK KoKUM, En Soo, Perkhemahan ini merupakan perkhemahan tahunan yang melibatkan kesemua persatuan unit beruniform. Objektif utama perkhemahan ini adalah untuk menanamkan semangat setiakawan dan jati diri para peserta. Dijangkakan seramai 400 pelajar akan menyertai perkhemahan yang akan diadakan di padang sekolah.

Read more...

17 Jun 2009

PERTANDINGAN LALULINTAS SHELL PERINGKAT DAERAH KOTA MARUDU



SMK KOTA MARUDU: Pasukan Lalulintas Shell SMK Kota Marudu sekali lagi berjaya menjadi juara. Pertandingan Lalulintas ini merupakan acara yang ditaja oleh Shell Berhad dengan objektifnya memberi ilmu pengetahuan berkaitan dengan lalulintas kepada para pelajar. Selain pertandingan amali lalulintas, pertandingan pidato juga diadakan. Pertandingan pidato juga telah dimenangi oleh wakili dari SMK Kota Marudu. Menurut En. Meijil Totong, Jurulatih pasukan, kejayaan ini adalah hasil daripada komitment pelajar. Pasukan ini telah beberapa kali mengadakan latihan bersama. En. Meijil yang dibantu oleh En. Jusip Sibil akan mengiringi pasukan ini ke pertandingan peringkat Negeri nanti.

Read more...

16 Jun 2009

MINGGU PERTAMA SEMESTER KE 2












Pengetua SMK Kota Marudu

SMK KOTA MARUDU: Dalam semester ini, Pengetua telah mengingatkan para pelajar terutama pelajar yang mengambil peperiksaan awam untuk tidak lagi membuang masa. Katanya, peperiksaan awam harus diutamakan. Para pelajar harus berusaha gigih lagi untuk mencapai keputusan yang cemerlang. Dan seperti biasa, para pelajar ini tidak sama sekali dibenarkan menyertai Perkhemahan KoKUm yang akan diadakan pada hujung bulan ini. Bagaimana pun ini bukan bermaksud kelas yang tidak mengambil peperiksaan boleh bersenang-senang, mereka juga mesti belajar supaya mereka dapat memperolehi keputusan yang baik dalam peperiksaan dalaman nanti.

Pengetua juga berharap supaya kelas tambahan terancang dapat dijalankan tanpa sebarang masalah. Kehadiran para pelajar adalah wajib. Ini merupakan sumbangan pihak sekolah dan guru-guru di luar waktu. Kesanggupan guru mengajar kelas tambahan merupakan pengorbanan kerana guru-guru terpaksa berada di sekolah sehingga jam 5 petang. Oleh itu, kerjasama para pelajar adalah sangat perlu katanya.

Read more...

08 Jun 2009

PENGAKAP 02: AKTIVITI PERKHEMAHAN 4


SMK KOTA MARUDU: Pengakap SMK Kota Marudu telah mengadakan perkhemahan semasa cuti sekolah. Perkhemahan yang juga merupakan juga persediaan untuk perkhemahan Kokum 2009 nanti. Walaupun masa cuti namun kehadiran ahli pengakap masih memberangsangkan.
Perkhemahan yang bermula dari hari Ahad akan berakhir pada hari Selasa. Antara aktiviti yang dijalankan ialah expedisi 5 buah kampung, larian berhalangan, membina gajet dan malam kebudayaan. Pengakap 02 SMK Kota Marudu dibawah pimpinan Skipper Julian Aban merupakan antara persatuan yang aktif di sekolah ini. Tidak dinafikan yang pengakap antara penyumbang kepada kecemerlangan aktiviti kokum sekolah ini. Hidup Pengakap, Aku Juga ya....

Read more...

06 Jun 2009

KETRAMPILAN

Ramai murid yang agak malu apabila dijemput untuk naik ke pentas atau diminta tampil di depan khalayak sama ada untuk berucap, berpidato atau membuat persembahan. Lazimnya, murid akan saling tolak-menolak menyuruh rakannya untuk ke hadapan. Alangkah ruginya murid itu kerana mensia-siakan peluang keemasan yang diberikan kepadanya.

Sebenarnya masalah malu untuk berkomunikasi secara formal sudah menjadi budaya dalam kalangan pelajar sekolah menengah dan juga murid sekolah rendah. Malah budaya ini terbawa-bawa hinggalah ke peringkat institusi pengajian tinggi (IPT). Budaya yang negatif ini sewajarnya dibendung di peringkat sekolah rendah.

Murid mungkin beranggapan ia satu perkara yang remeh tetapi hakikatnya ia adalah satu proses ketrampilan diri yang mampu mempengaruhi motivasi diri dalam pembelajaran. Antara ciri-ciri pembentukan ketrampilan diri ialah:

• Keberanian: Seseorang murid yang berketrampilan ialah mereka yang berani muncul di hadapan untuk memberi pendapat, membuat persembahan atau sekurang-kurangnya memberi jawapan apabila ditanya atau secara sukarela.

• Aras harga diri yang sihat: Kemunculan diri menjadikannya merasai bahawa ia dihargai. Dengan secara tidak lansung akan meningkatkan aras harga diri yang sihat iaitu satu sikap menghargai potensi yang ada pada diri serta mengambil peluang melakukan tindakan yang positif ke arah kemajuan diri dan juga memberi sumbangan kepada orang lain.

• Menjana minda: Apabila seseorang murid itu sentiasa menggalakkan dirinya berinteraksi maka mindanya akan sentiasa bergerak untuk mencari buah fikiran yang baru. Dengan cara ini seseorang murid dapat memperkayakan daya pemikirannya yang seterusnya mampu membantunya dalam peperiksaan nanti.

• Berdaya saing: Murid-murid boleh melibatkan diri dalam berbagai aktiviti seperti aktiviti dalam bilik darjah yang berkaitan dengan pembelajaran ataupun dalam aktiviti luar bilik darjah seperti dalam sesuatu pertandingan atau menjawat sesuatu jawatan dalam persatuan. Aktiviti seumpama ini boleh mewujudkan semangat berdaya saing secara sihat. Semangat seperti ini amat diperlukan kerana ia boleh meningkatkan daya kreativiti serta keinginan untuk berlumba-lumba melakukan sesuatu yang terbaik ke arah kejayaan.

• Peningkatan kemahiran: Kemahiran berkomunikasi, kemahiran berbahasa serta kemahiran dalam pengucapan awam memerlukan penglibatan murid dalam sesuatu aktiviti. Penglibatan ini penting kerana ia merupakan satu bentuk latihan amali yang perlu dilakukan. Kekerapan penglibatan seseorang murid akan dapat memperbaiki kesilapan yang dilakukan serta memperkembangkan potensi dan kemahiran diri.

Sesungguhnya setiap murid harus mempunyai ciri-ciri ketrampilan diri tersebut. Ia merupakan satu keperluan terhadap diri sendiri dalam mencapai cita-cita dan memenuhi aspirasi negara.

oleh Dr. Ismail Zain.

Read more...

BUDAYA ILMIAH ORANG BARAT WAJAR DICONTOHI

MENARIK sungguh apabila berpeluang berkenalan dan berkesempatan bertukar-tukar idea pada persidangan ilmiah. Sebelum ini, peluang untuk menghadiri sidang seperti itu di luar negara agak terhad. Ketika di luar negara, nampaknya inilah masa sesuai untuk bersama sarjana antarabangsa dan nama besar dalam bidang kewartawanan berbincang aspek kritikal dalam bidang ini.

Minggu lalu saya ke Westminster di London untuk menyertai satu persidangan bertajuk 'Kewartawanan dalam Krisis' yang dianjurkan oleh Jabatan Kewartawanan dan Komunikasi Massa, Universiti Westminster. Nama besar dalam kewartawanan dunia seperti Profesor James Curran dan Profesor Todd Gitlin serta ramai lagi pengamal media adalah antara mereka yang dijemput khas memberi ucaptama, untuk berkongsi idea.

Curran, warga Amerika Syarikat kini berkhidmat di Kolej Goldsmith, Universiti London. Kolej Goldsmith adalah pusat pengajian tinggi terbaik dalam pengajian media di UK. Persidangan selama dua hari itu dihadiri kira-kira 100 pembentang kertas kerja dan peserta. Apa yang menariknya, apabila tiba masa sidang selari, semua peserta dan pembentang kertas kerja yang tidak bersesi akan menyertai sidang yang diminati. Mereka mengambil peluang ini untuk belajar daripada pembentangan orang lain, dan turut memberi idea bernas selepas pembentangan dibuat. Hal yang sama saya lihat dalam satu persidangan lain yang pernah dihadiri di Bedford, UK tahun lalu. Pembentang kertas kerja dan peserta berebut-rebut memilih sidang yang ingin dihadiri, bukan sebaliknya yang sering berlaku di tempat kita. Kadangkala, ada segelintir daripada kita yang kurang menghargai ilmu di depan mata. Ada yang menghadiri persidangan tetapi tidak dengan sepenuh hati.

Ada juga yang pergi semata-mata untuk membentang kertas kerja tetapi tidak bersedia menghadiri sidang lain yang pastinya menghimpun maklumat baru. Di Barat, mereka mengejar ilmu. Kita pula, kadangkala dikejar ilmu tetapi melarikan diri pula.

Saya sendiri tidak boleh lupa dengan pengalaman apabila mula menjadi tenaga pengajar suatu waktu dulu. Kebetulan persidangan pertama yang dihadiri dan turut membentang kertas kerja adalah persidangan antarabangsa di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Bangi. Ketika itu, banyak sekali tajuk pembentangan selari yang menarik sehinggakan sukar rasanya untuk memilih sidang mana yang ingin diikuti.

Namun, seseorang pendidik dengan nada agak sinis menyatakan, 'masa awal-awal ikut persidangan memang nak dengar semua, nanti bila dah lama dah tak nak dengar lagi'. Saya awalnya tidak percaya, namun akhirnya terjadi juga perangai buruk itu pada diri sendiri.

Sehinggalah pengalaman di UK, keadaan itu banyak mengajar kita bermuhasabah diri. Sikap orang Barat yang begitu menghargai ilmu menjadikan kita malu untuk tidak sama-sama seperti mereka.

Di Malaysia, untuk sesi terakhir atau sesi petang persidangan, kadangkala jumlah pembentang lebih ramai daripada yang mendengar.

Selalu didengar pihak penganjur gusar kerana majlis penutup persidangan bakal dihadiri hanya beberapa peserta. Lain ceritanya di UK, sehingga sesi terakhir, semua peserta menunggu untuk maklumat yang dijanjikan.

Pemerhatian saya menunjukkan, sesi terakhir persidangan ini hanya berkurangan sedikit daripada jumlah sesi terawal.

Malah, pihak penganjur juga tidak mengambil mudah semua perkara berkaitan pembentangan yang dijanjikan. Misalnya, Profesor Gitlin dari Sekolah Kewartawanan Universiti Columbia Amerika Syarikat tidak dapat menghadiri persidangan ini pada saat akhir.

Namun, memandangkan beliau adalah nama besar yang berupaya mengupas tema persidangan dengan mendalam selain daya penarik persidangan, maka pihak penganjur mengadakan sidang video secara langsung antara Gitlin dengan peserta pada tarikh dan waktu yang dijanjikan. Dengan kualiti audio dan visual yang baik, mesej Gitlin dapat difahami peserta dengan baik.

Sesi soal jawab selepas itu juga dapat dijalankan tanpa banyak gangguan kecuali kadangkala Gitlin tidak dapat mendengar soalan yang dikemukakan daripada mikrofon tanpa wayar yang disediakan. Namun, peranan pengerusi sidang berupaya menyelesaikan masalah ini.

Saya turut menyatakan kepada pihak penganjur ketika sesi rehat bahawa inilah kali pertama persidangan yang dihadiri menampilkan sarjana dalam bentuk maya dan berita baiknya, apa yang mereka laksanakan berjalan dengan lancar. Katanya, mereka mempunyai jurutera yang hebat membantu memastikan perjalanan sidang tanpa gangguan teknikal.

Selain itu, amat menarik juga jika diperhatikan cara mereka di Barat yang mengambil masa hanya lebih kurang lima hingga 10 minit untuk mengalukan peserta persidangan. Masa tidak terbuang dengan ucapan pembukaan yang panjang yang hanya bermakna kepada sesetengah orang dan menampakkan status serta perbezaan antara pihak atasan dan sebaliknya.

Di sini, peserta persidangan terus dihidangkan dengan ilmu tanpa perlu memikirkan sangat soal siapa orang penting yang hadir. Siapa VIP atau bukan VIP tidak menjadi persoalan, yang penting proses perkongsian ilmu berjalan lancar dan semua orang selesa sepanjang persidangan berlangsung. Justeru, proses menambah ilmu lebih terfokus dan tidak terganggu dengan perkara yang tidak ilmiah, tetapi perlu dilakukan atas nama penghormatan yang jelas kadangkala berlebih-lebihan.

Mungkin juga kerana inilah Perdana Menteri Malaysia menyarankan agar majlis di negara kita perlu kurang membazirkan masa dengan salutasi yang panjang kecuali untuk majlis diraja.

Masa yang terbuang kalau ditumpukan kepada sidang lain dalam persidangan pastinya membawa lebih banyak faedah kepada peserta yang hadir dengan memberi lebih ruang kepada sesi perbincangan atau pembentangan.

Ini adalah sesuatu yang perlu kita ubah, tidak boleh dibiarkan. Sama ada dari segi pelaksanaan atau sikap peserta persidangan itu sendiri, kita perlu cuba pastikan perlakuan itu adalah untuk ilmu yang selepas ini perlu dipanjangkan kepada anak-anak didik.

Penulis ialah pensyarah Universiti Sains Islam Malaysia (Usim) yang melanjutkan pelajaran peringkat Doktor Falsafah dalam bidang kewartawanan di Nottingham Trent University, United Kingdom.

(sumber: Berita Harian)

Read more...

03 Jun 2009

HARI GURU PERINGKAT NEGERI SABAH AKAN DILANCARKAN OLEH TPM

Perayaan Hari Guru Peringkat Negeri Sabah akan diadakan pada 5 Jun 2009 di Dewan SM Ken Hwa, Keningau. Dijangkakan pelancaran perayaan ini akan dilakukan oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Timbalan Pegawai Pelajaran Daerah Keningau, Betty Leong berkata, Tan Sri Muhyiddin akan disambut di kompleks Sukan Keningau, yang akan tiba dengan menaiki helikopter bersama dengan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman.

Lebih kurang 1500 orang guru dari 24 daerah dijangka hadir ke pelancaran hari guru ini selain itu, para menteri kabinet negeri, Kementerian Pelajaran Malaysia, Jabatan Pelajaran Sabah dan juga Pejabat Pelajaran Daerah turut dijemput bagi memeriahkan majlis tersebut.

Anugerah Tokoh Guru Sabah akan disampaikan pada majlis ini.

( Sumber: Daily Express. )

Read more...

GURU PERLU BERKORBAN CAPAI KEJAYAAN

Kota Kinabalu: Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Alimuddin Mohd Dom berkata, pengorbanan dan semangat yang mendalam diperlukan bagi para guru mencapai kecemerlangan. Tanggungjawab guru amat mencabar tetapi tidak mustahil untuk cemerlang.

Bercakap di Majlis penyampaian Anugerah Khidmat Cemerlang Jabatan Pelajaran Sabah di Wisma Muis Sabah selasa lalu, dengan intergriti dalam budaya dan amalan kerja, kakitangan jabatan itu akan dapat membentuk bangsa dan negara yang gemilang.

Beliau menambah, amalan kecemerlangan seperti yang digariskan dalam prinsip pengurusan berkualiti dan nilai-nilai murni dalam pengajaran islam seharusnya dijadikan penyuluh bagi mereka untuk menjalankan tanggungjawab masing-masing. Kejayaan yang dicapai jabatan itu adalah hasil usaha bersama.

Alimuddin telah menyampaikan pingat khidmat cemerlang kepada 163 penerima. Pengarah Pelajaran Negeri, Datuk Normah Gagoh hadir sama. ( Sumber: Daily Express )

Read more...

02 Jun 2009

PROGRAM PELAJAR CEMERLANG UPSR 2009

Program pelajar cemerlang sedang berlangsung di SMK Kota Marudu. Program ini merupakan anjuran bersama Pejabat Pelajaran Daerah dan Majlis Guru Besar Kota Marudu. Program ini bertujuan untuk membantu pelajar yang berpontesi mencapai keputusan cemerlang semasa UPSR nanti. Pengisian program lebih kepada ulangkaji dan latih tubi selain motivasi. Para pelajar ini dilatih untuk menghadapi tekanan semasa menghadapi peperiksaan. Kalau dilihat, pengorbanan pelajar dan guru-guru yang terpaksa melupakan cuti sekolah tidak terkira tetapi pastinya ia akan berbaloi bila pelajar-pelajar ini memperolehi keputusan yang cemerlang. Tahniah.

Read more...

  © Blogger templates ProBlogger Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP