FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

PENDIDIKAN DI MALAYSIA ADALAH SATU USAHA BERTERUSAN KE ARAH MEMPERKEMBANGKAN LAGI POTENSI INDIVIDU SECARA MENYELURUH DAN BERSEPADU UNTUK MEWUJUDKAN INSAN YANG SEIMBANG DAN HARMONI DARI SEGI INTELEK, ROHANI, EMOSI, DAN JASMANI BERDASARKAN KEPERCAYAAN DAN KEPATUHAN KEPADA TUHAN
MISI SEKOLAH

MELAHIRKAN MODAL INSAN CEMERLANG MELALUI PENDIDIKAN BERKUALITI BERLANDASKAN FALSAFAH PENDIDIKAN NEGARA

23 Januari 2011

SUKANTARA 2011: PENCARIAN BAKAT BARU

SMK KOTA MARUDU: Sukantara kali ke-5 telah berjaya dilaksanakan. Ramai rakan guru berpendapat, yang sukantara ini amat sesuai kerana ramai bakat-bakat baru berjaya dicungkil. Ini menunjukkan yang SMK Kota Marudu tidak akan ketandusan kilauan pingat emas semasa di MSS Daerah nanti malah akan tetap menjadi pesaing utama dalam kejohanan ini. Menurut Cikgu Voriday, walaupun sukantara ini hanya terbuka kepada sesi petang sahaja tetapi hasilan yang diperolehi menunjukkan ramai pelajar sesi petang yang berbakat dan adalah menjadi tanggungjawab para guru rumah sukan untuk menyediakan mereka ini bagi menghadapi sukan sekolah nanti.

Menurut Cikgu Jeson Majimal, Pihak MSSM SMK Kota Marudu telah pun merangka program latihan bagi menghadapi Kejohanan tahun ini. Pasukan Olahraga SMKKM akan mempastikan yang kejuaraan tetap menjadi miliknya. katanya lagi. Selain daripada barisan jurulatih yang sentiasa aktif, sokongan dari pentadbir juga amat tinggi. Inilah yang menjadikan pasukan olahraga MSS SMKKM berjaya. tambahnya lagi.


Read more...

18 Januari 2011

KEJOHANAN MERENTAS DESA PERINGKAT MSSM BAHAGIAN UTARA 2011

Kejohanan ini akan berlangsung seperti berikut:

Tarikh : 19 Januari 2011 ( Rabu )
Masa : 7.00 pagi hingga 1.00 petang
Tempat : SMK Bandau

Read more...

13 Januari 2011

KEJOHANAN OLAHRAGA MSS SMK KOTA MARUDU SEKOLAH IMPIAN 2011

SMK KOTA MARUDU: Kejohanan Olahraga MSS SMKKM Sekolah Impian kali ke-39 tahun 2011 akan berlangsung pada 08-10 Februari 2011. Menurut setiausaha MSSSMKKM En George Alang, penambahan pasukan akan dilakukan dengan penyertaan Pasukan Ting.6. Tujuannya adalah untuk memberi peluang kepada pelajar-pelajar ting.6 bertanding walaupun hanya di peringkat sekolah. Puan Pengetua berharap agar semua yang terlibat akan berkerjasama dalam menjayakan sukan ini. Kejayaan dalam sukan adalah titik permulaan kepada kecemerlangan sekolah ini.

Read more...

SUKANTARA MSS SMK KOTA MARUDU 2011

SMK KOTA MARUDU: Sukantara MSSSMKKM kali ke-5 Tahun 2011 akan berlangsung pada 20-21 Januari 2011 di Padang sekolah. Sukantara ini merupakan medan pencarian bakat-bakat baru dalam arena olahraga. Oleh itu, acara dalam sukantara adalah terbuka kepada semua pelajar ting.1 dan 2.

Read more...

09 Januari 2011

KEJOHANAN MERENTAS DESA PERINGKAT DAERAH 2011

Kejohanan Merentas Desa Peringkat Daerah Kota Marudu 2011 akan berlangsung pada 11 Januari 2011 di Smk Bandau. Bermula jam 7.00 pagi hingga 12.00 tengahari.

Read more...

KEJOHANAN MERENTAS DESA PERINGKAT SEKOLAH 2011

SMK KOTA MARUDU: Kejohanan merentas desa telah berlangsung pada 07/01/2011. Walaupun keadaan cuaca yang tidak menentu tidak menghalang para peserta untuk berlari. Masing-masing berusaha untuk menduduki 10 tempat terbaik selain mendapatkan mata untuk rumah sukan juga untuk mewakili sekolah. Kejohanan kali ini telah dilancarkan secara rasminya oleh Puan Lisa, penolong kanan HEM mewakili puan pengetua. Berikut adalah senarai para pemenang mengikut kategori sehingga tangga ke - 5.

Kategori P2

1: Jubaidah Amat ( Sri Gaya )
2: Anne Loura ( Sri Gaya )
3: Felinee Jinon ( Sri Kinabalu )
4: Sunita Maikol ( Sri Bandau )
5: Siti Marwati Berilu ( Sri Gaya )

Kategori L2

1: Weston Juntine ( Sri Bandau )
2: Freiddy Junting ( Sri Labuan )
3: Rezoy Jainis ( Sri Sandakan )
4: Mat Salleh ( Sri Bandau )
5: Jarno Sakabar ( Sri Gaya )

Kategori P1

1: Meclania Sudakup ( Sri Kinabalu )
2: Herty Jailom ( Sri Bandau )
3: Junaidah Kumilau ( Sri Gaya )
4: Nerry Lawat ( Sri Labuan )
5: Klorina Jupining ( Sri Marudu )

Kategori L1

1: Bobby Kambidau ( Sri Marudu )
2: McCalvin Ghani ( Sri Labuan )
3: Nelisah Yalin ( Sri Gaya )
4: Edward Jaya ( Sri Sandakan )
5: Mohd. Hain Jais ( Sri Labuan )

Kategori T6 ( P)

1: Alvin Kasan
2: Geofrey Majipun
3: Roslie Toruk

Kategori T6 ( L )

1: Eva Emelin Loindin
2: Marzanna Gintu
3: Suwenny Jubin

Read more...

02 Januari 2011

MESYUARAT GURU KALI PERTAMA TAHUN 2011

Mesyuarat Guru kali pertama tahun 2011 telah diadakan di Bilik Gerakan, Smk Kota Marudu, bermula jam 2.00 ptg. Mesyuarat ini diadakan bertujuan untuk penyampian arahan-arahan baru dri PPD/JPN/KPM. Selain itu, pemberitahuan tentang tugas-tugas pada tahun 2011. Pada tahun 2011, bahasa Jepun akan diajar. Kelas B.Jepun akan diajar oleh Guru yg berkelulusan utk mengajar Jepun.

Read more...

  © Blogger templates ProBlogger Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP