FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

PENDIDIKAN DI MALAYSIA ADALAH SATU USAHA BERTERUSAN KE ARAH MEMPERKEMBANGKAN LAGI POTENSI INDIVIDU SECARA MENYELURUH DAN BERSEPADU UNTUK MEWUJUDKAN INSAN YANG SEIMBANG DAN HARMONI DARI SEGI INTELEK, ROHANI, EMOSI, DAN JASMANI BERDASARKAN KEPERCAYAAN DAN KEPATUHAN KEPADA TUHAN
MISI SEKOLAH

MELAHIRKAN MODAL INSAN CEMERLANG MELALUI PENDIDIKAN BERKUALITI BERLANDASKAN FALSAFAH PENDIDIKAN NEGARA

03 November 2012

SPM & STPM 2012

SMK Kota Marudu: Pengetua SMK Kota Marudu, Puan Setia mengucapakan Selamat Berjaya kepada semua pelajar SMK Kota Marudu yang akan menduduki peperiksaan awam ini. Beliau percaya dengan kesungguhan dan komitment para pelajar dalam pembelajaran mereka, akan menghasilkan keputusan yang cemerlang. 'Doa kami sebagai pendidik sentiasa bersama dengan kamu' katanya lagi. 

Dalam ucapan perhimpunan terakhir sesi 2012, Puan Pengetua berharap para calon SPM dan STPM sentiasa mengekal displin yang terbaik sepanjang peperiksaan. Buktikan kemampuan anda sebagai pelajar sekolah impian katanya lagi.

Dalam masa yang sama, Puan Pengetua juga mengambil kesempatan mengucapkan selamat bercuti kepada semua pelajar. Menjaga keselamatan diri dan menyiapkan semua tugasan masa cuti. Puan Pengetua berharap agar semua pelajar membuat persiapan awal bagi menghadapi sesi 2013, yang dijangka akan menjadi lebih mencabar lagi dengan pelaksanaan baru dalam pendidikan.

Read more...

12 September 2012

PMR tak lama lagi

Pengetua SMK KM Pn Setia Ken sangat berharap pelajar menumpukan perhatian dalam PMR yang tinggal 28 hari lag.

Read more...

19 Mac 2012

Kejayaan SMK Kota Marudu Di Zon Utara

1. Tuan Rumah Kejohanan Catur Zon Utara 14-16 Mac 2012
2. Penyumbang pingat emas terbanyak bagi kontinjen Olahraga Daerah Kota Marudu dalam kejohana olahragadan padang 10-13 Mac di Kota Belud

Read more...

06 Mac 2012

KECEMERLANGAN SMK KOTA MARUDU SEHINGGA MAC 2012

Warga sekolah SMK Kota Marudu Sangat berbangga dengan kejayaan sekolah ini

Dalam Sukan Permainan

1. Johan Bola Tampar Peringkat Daerah kota Marudu 2012

2. Johan Bola Sepak Peringkat Daerah kota Marudu Tahun 2012

3. Johan Olahraga kali 7 peringkat daerah kota Marudu tahun 2012

4. Johan Catur Peringkat Daerah kota Marudu kali ke-23 Tahun 2012

5. Johan Bola Jaring peringkat daerah kota Marudu tahun 2012

6 Johan Ragbi peringkat daerah kota Marudu tahun 2012

7. Johan badminton peringkat daerah kota Marudu tahun 2012

8. Johan Sepak Takraw Daerah kota Marudu Tahun 2012.

9. Johan bola keranjang peringkat daerah Kota Marudu tahun 2012

Dalam Akademik

1. Pencapaian PMR terbaik Daerah Kota Marudu (72% lulus)

2. Menghasilkan seorang pelajar terbaik PMR dengan 9A

3. Menghasilkan pelajar STPM terbaik negeri Sabah Kategori luar bandar ( CGPA: 4.00 )

4. menghasilkan pelajar-pelajar cemerlang mengguna thinking map.

Guru-guru

1. Guru-guru SMK Kota Marudu mempunyai komitment yang tinggi.

2. Guru-guru SMK Kota Marudu mempunyai kemahiran yang pelbagai

3. 30% guru adalah DG44

4. Guru-guru sanggup bekerja lebih masa

5. Semua guru adalah siswazah.

6. Semua guru mahir menggunakan ICT.

Kemudahan-kemudahan baru

1. Padang sekolah dinaik taraf untuk kegunaan aktiviti sukan

2. Bangunan pejabat untuk guru-guru T6 dan GC

3. Tandas yang terjaga

4. tempat letak kereta yang tersusun

Banyak lagi kejayaan sekolah ini sehingga Mac 2012, ia akan dicatat pada ruangan berikutnya.

Read more...

08 Februari 2012

KEJOHANAN PADANG DAN BALAPAN SMK KOTA MARUDU KALI KE-40 2012 : HARI PERTAMA

7 FEBRUARI 2012 ( SELASA )

ACARA YG DI PERTANDINGKAN:
LEMPAR CAKERA
LOMPAT TINGGI
REJAM LEMBING
LONTAR PELURU
100 METER PAGAR
110 METER PAGAR
200 METER PAGAR

Penyelia Peserta di Ketuai oleh Mr Richard. 

Penamat  

Persiapan utk acara lompat pagar 

Acara lompat pagar

200 Meter Pagar 

Kedudukan pingat di Hari Pertama 

Acara Lompat Tinggi.

SMK Kota Marudu: Kejohanan Padang dan Balapan kali yg ke-40 bermula dengan acara padang. Sebanyak   
7 buah rumah sukan termasuk tingkatan 6 mengambil bahagiaan dalam kejohanan ini. Keadaan cuaca yg baik dan kering menjadikan kejohanan tahun ini amat lancar bagaimana pun, tanda2 hujan semakin ketara apabila menjelang petang. Kejohanan yg menjadi medan pemilihan atlit utk mewakili sekolah ke kejohanan peringkat daerah pasti akan mempamerkan semangat kesukanan yg tinggi. Ditambah dengan komitment guru2 dalam menjayakan kejohanan ini pastikan akan melahirkan juara baru dalam arena padang dan balapan.

Read more...

05 Januari 2012

SALAM 2012

Salam dan selamat bertemu kembali kepada semua warga SMK Kota Marudu. Syukur kerana kita semua masih lagi diberikan peluang untuk menikmati tahun yang baru ini. Pastinya setiap warga sekolah telah menetapkan azam  dan percaya setiap azam itu adalah yang terbaik bagi diri masing2. Tahun 2011 merupakan antara tahun yang banyak meninggalkan kenangan manis kepada warga sekolah. Kejayaan demi kejayaan  dicapai menunjukkan komitmen yang tinggi dikalangan warga pendidik  SMK Kota Marudu. Tahniah juga kepada pelajar PMR 2011 atas pencapaian yang amat cemerlang. Tidak lupa juga kepada guru tingkatan 3 yang bersusah payah membantu para pelajar ini. Usaha semua telah berhasil dan pasti ini telah memenuhi kepuasan dalam diri masing-masing.

Read more...

  © Blogger templates ProBlogger Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP