PENOLONG KANAN

Halaman

11 Mei 2010

Selamat Datang kepada pelajar Ting.6 rendah

10 Mei 2010 merupakan hari pendaftaran pelajar Ting. 6 rendah yang berjaya mendapat tempat di SMK Kota Marudu. Kehadiran semasa sesi pendaftaran amat menggalakan. Selain pelajar, ibu bapa juga hadir sama semasa pendaftaran ini. Ini merupakan satu perubahan baru ataupun anjakan pemikiran ibu bapa Daerah Kota Marudu. Kalau sebelum ini, hanya pelajar saja yang datang atau yg berusaha utk mendaftar, kali ini nampaknya yang paling sibuk adalah para ibu bapa. Oleh itu, tahniah kepada kerjasama antara Pentadbir sekolah dan PIBG sekolah kerana berjaya membuka minda para ibu bapa..

Bulan Peperiksaan bagi semua pelajar SMK Kota Marudu.

Bulan Mei merupakan bulan yang paling sibuk bagi warga SMK Kota Marudu. Para pelajar akan menduduki peperiksaan semester 1 dan pastinya guru2 pula sibuk menyediakan kertas soalan dan menyemaknya nanti.