FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

PENDIDIKAN DI MALAYSIA ADALAH SATU USAHA BERTERUSAN KE ARAH MEMPERKEMBANGKAN LAGI POTENSI INDIVIDU SECARA MENYELURUH DAN BERSEPADU UNTUK MEWUJUDKAN INSAN YANG SEIMBANG DAN HARMONI DARI SEGI INTELEK, ROHANI, EMOSI, DAN JASMANI BERDASARKAN KEPERCAYAAN DAN KEPATUHAN KEPADA TUHAN
MISI SEKOLAH

MELAHIRKAN MODAL INSAN CEMERLANG MELALUI PENDIDIKAN BERKUALITI BERLANDASKAN FALSAFAH PENDIDIKAN NEGARA
Memaparkan catatan dengan label Berita Semasa.. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Berita Semasa.. Papar semua catatan

27 Mac 2011

LAWATAN PENGARAH PELAJARAN SABAH


Rombongan Pengarah Pelajaran Sabah telah melawat sekolah ini pada 24/03/2011. Kehadiran Tuan Pengarah memberi suntikan semangat kepada warga SMK Kota Marudu untuk lebih cemerlangan lagi. Selain itu, kehadiran Tuan Pengarah juga merupakan hadiah istimewa kepada Puan Pengetua, yang akan bersara nanti. Dalam masa yang sama, penyerahan sijil penghargaan dan kecemerlangan juga telah disampaikan.



Read more...

03 Julai 2010

Perkhemahan Mega Kokum 2010 SmkKm: JPA3

Anggota JPA3 menbuat percubaan.
Anggota JPA3 mempersiapkan alatan Abseling.

SMK Kota Marudu: Kehadiran JPA3 semasa perkhemahan kokum SmkKm sangat bererti dan amat dihargai. Para Anggota bertungkus lumus menyediakan dua aktiviti yang julung kali diadakan iaitu 'Abseling dan Flying Fox".

Para peserta berpeluang untuk mencuba kedua-dua aktiviti ini sepanjang perkhemahan. Bagaimana pun menurut anggota JPA3, hanya mereka yang benar-benar berani dan sihat sahaja yang mereka akan lepaskan.

Guru-guru yang terlibat juga tidak melepaskan peluang untuk mencuba. Walaupun ada yang terpaksa mendakap dinding. Peluang untuk melakukan abseling dan flying fox ini bukannya sentiasa ada. Sebab itu, ramai peserta yang ingin mencuba.

Menurut Puan Pengetua, kehadiran anggota JPA3 ini amatlah dihargai dan beliau merakamkan ucapan ribuan terima kasih kerana sudi datang dan memberi peluang kepada para peserta cabaran yang baru. Pengetua juga berharap agar setiap peserta dapat menimbah sesuatu dari aktiviti ini untuk kegunaan diri di masa akan datang.

Read more...

09 Januari 2010

SATU PERMULAAN YANG BAIK

Sesi persekolahan bermula dengan baik. P n P bermula dari hari pertama lagi. Nampaknya para warga SMKKM bersedia untuk memulakan sesi baru ini dengan penuh keyakinan dan azam yang baru. Walaupun kesibukan berkaitan dengan sukan sekolah namun ia tidak mengganggu proses pembelajaran di dalam kelas.

Ibu bapa nampaknya masih berusaha untuk memindakan anak2 mereka ke sekolah ini. Hampir setiap hari, didapati ada saja ibu bapa yang berurusan dengan HEM. Selain itu, waris pelajar Tingkatan 4 yang tidak tersenarai dan memerlukan waris datang, juga ada. Ada waris yang mengeluh namun harus diakui bahawa pihak sekolah ada peraturannya.


Read more...

08 Jun 2009

PENGAKAP 02: AKTIVITI PERKHEMAHAN 4


SMK KOTA MARUDU: Pengakap SMK Kota Marudu telah mengadakan perkhemahan semasa cuti sekolah. Perkhemahan yang juga merupakan juga persediaan untuk perkhemahan Kokum 2009 nanti. Walaupun masa cuti namun kehadiran ahli pengakap masih memberangsangkan.
Perkhemahan yang bermula dari hari Ahad akan berakhir pada hari Selasa. Antara aktiviti yang dijalankan ialah expedisi 5 buah kampung, larian berhalangan, membina gajet dan malam kebudayaan. Pengakap 02 SMK Kota Marudu dibawah pimpinan Skipper Julian Aban merupakan antara persatuan yang aktif di sekolah ini. Tidak dinafikan yang pengakap antara penyumbang kepada kecemerlangan aktiviti kokum sekolah ini. Hidup Pengakap, Aku Juga ya....

Read more...

  © Blogger templates ProBlogger Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP