FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

PENDIDIKAN DI MALAYSIA ADALAH SATU USAHA BERTERUSAN KE ARAH MEMPERKEMBANGKAN LAGI POTENSI INDIVIDU SECARA MENYELURUH DAN BERSEPADU UNTUK MEWUJUDKAN INSAN YANG SEIMBANG DAN HARMONI DARI SEGI INTELEK, ROHANI, EMOSI, DAN JASMANI BERDASARKAN KEPERCAYAAN DAN KEPATUHAN KEPADA TUHAN
MISI SEKOLAH

MELAHIRKAN MODAL INSAN CEMERLANG MELALUI PENDIDIKAN BERKUALITI BERLANDASKAN FALSAFAH PENDIDIKAN NEGARA
Memaparkan catatan dengan label makluman/nota. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label makluman/nota. Papar semua catatan

16 Mei 2011

SELAMAT HARI GURU 2011

Selamat Hari Guru kepada semua warga pendidik SMK Kota Marudu. Kecemerlangan dan kegemilangan pasti akan terus dikecapi oleh sekolah ini. Dedikasi para gurunya sudah pasti tidak boleh disangkal. Kesanggupan dalam membimbing dan mendidik para pelajarnya sentiasa menjadi keutamaan. Penambahbaikan dan pengukuhan sentiasa diusahakan agar hasilnya nanti mengembirakan. Tanpa kerjasama yang jitu dikalangan para pendidik, pasti sesuatu kejayaan itu sukar dicapai. Sekali lagi diucapkan Selamat Hari Guru dan Tahniah atas kecemerlangan....

Read more...

18 Januari 2011

KEJOHANAN MERENTAS DESA PERINGKAT MSSM BAHAGIAN UTARA 2011

Kejohanan ini akan berlangsung seperti berikut:

Tarikh : 19 Januari 2011 ( Rabu )
Masa : 7.00 pagi hingga 1.00 petang
Tempat : SMK Bandau

Read more...

09 Januari 2011

KEJOHANAN MERENTAS DESA PERINGKAT DAERAH 2011

Kejohanan Merentas Desa Peringkat Daerah Kota Marudu 2011 akan berlangsung pada 11 Januari 2011 di Smk Bandau. Bermula jam 7.00 pagi hingga 12.00 tengahari.

Read more...

25 Disember 2010

PENDAFTARAN 2011

PENDAFTARAN TINGKATAN SATU
SESI PERSEKOLAHAN 2011
TARIKH: 02 JANUARI 2011
MASA : 8.00 - 12.00 tengahari

PENDAFTARAN NAIK TINGKATAN
TARIKH: 03 - 07 JANUARI 2011
( Di Kelas masing-masing )

'Selamat Datang dan Selamat kembali ke sekolah sesi 2011'

Read more...

SELAMAT HARI KRISMAS DAN MENYAMBUT TAHUN 2011

Pentadbir SMK Kota Marudu mengucapkan Selamat Merayakan Krismas kepada semua warganya yang merayakannya semoga sentiasa diberkati olehNya. Tidak lupa juga mengucapkan Selamat Menyambut Tahun Baru 2011 dengan harapan, sekolah kita terus cemerlang. Pihak pentadbir berharap agar semua stafnya bersiap sedia secara total untuk menghadapi cabaran 2011 terutama sekali harapan para ibubapa dalam melihat kejayaan anak-anak mereka. Kita berharap tahun baru 2011, kita mencapai kejayaan yang lebih cemerlang lagi.

Read more...

04 Julai 2010

LAPORAN TERKINI PERKHEMAHAN MEGA KOKUM 2010

Hari kedua, Semua aktiviti berjalan dengan lancar. Nampaknya para peserta melakukan sebaik yang mungkin untuk mendapatkan markah bagi kumpulan. Antara aktiviti yang telah pun berjaya diselesaikan ialah membuat bendera kumpulan, larian lasak/Orientaring/merangkak atas tali, pertandingan membuat jerat/ikatan menyelamat/abseling/flying Fox, perbahasan/membuat gajet/spelling contest/who want to be a high point, sukaneka/mendirikan tiang bendera/malam budaya, bina badan dan camping group.

Kerjasama dikalangan peserta amat penting semasa melakukan aktiviti ini. Ini disebabkan aktiviti ini dilakukan secara berkumpulan dan bukan individu. Mana-mana kumpulan yang tidak bersatu, pasti akan menghadapi banyak masalah.

Read more...

29 Jun 2010

MENGAMBIL DAN MENANDATANGANI BUKU REKOD KEMAJUAN PELAJAR SMK KOTA MARUDU

Di maklumkan kepada para ibu bapa/penjaga semua pelajar Tingkatan 1, 2, 3, 4, 5 dan 6 atas, SMK Kota Marudu diWajibkan untuk datang mengambil dan menandatangani Buku Rekod Kemajuan Pelajar pada ketetapan berikut:

Tarikh: 1 Julai 2010 ( Khamis )
Masa : 9.45 pagi - 12.30 tengahari bagi Ting. 3, 4, 5 & 6 atas.
12.45 tengahari - 5.00 petang bagi Ting. 1 & 2.
Tempat : Kelas Masing-masing

Proses pengajaran dan pembelajaran sesi pagi akan berjalan seperti biasa sebelum masa rehat iaitu dari jam 7.00 - 9.20 pagi. Semua Guru Kelas dikehendaki berada dalam kelas masing-masing sepanjang masa penyerahan Buku Rekod Kemajuan Pelajar dijalankan.

Pihak sekolah memperuntukkan masa satu minggu iaitu pada 12 - 16 Julai 2010 kepada semua ibu bapa yang ingin berjumpa dengan guru mata pelajaran bagi membincangkan prestasi mata pelajaran anak masing-masing. Tempat perjumpaan ialah di Bilik Guru Pagi dan di Bilik Guru Petang.

Kerjasama semua pihak amat dihargai dan diucapkan terima kasih.

Read more...

  © Blogger templates ProBlogger Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP