MENGAMBIL DAN MENANDATANGANI BUKU REKOD KEMAJUAN PELAJAR SMK KOTA MARUDU
Di maklumkan kepada para ibu bapa/penjaga semua pelajar Tingkatan 1, 2, 3, 4, 5 dan 6 atas, SMK Kota Marudu diWajibkan untuk datang mengambil dan menandatangani Buku Rekod Kemajuan Pelajar pada ketetapan berikut:
Tarikh: 1 Julai 2010 ( Khamis )
Masa : 9.45 pagi - 12.30 tengahari bagi Ting. 3, 4, 5 & 6 atas.
12.45 tengahari - 5.00 petang bagi Ting. 1 & 2.
Tempat : Kelas Masing-masing
Proses pengajaran dan pembelajaran sesi pagi akan berjalan seperti biasa sebelum masa rehat iaitu dari jam 7.00 - 9.20 pagi. Semua Guru Kelas dikehendaki berada dalam kelas masing-masing sepanjang masa penyerahan Buku Rekod Kemajuan Pelajar dijalankan.
Pihak sekolah memperuntukkan masa satu minggu iaitu pada 12 - 16 Julai 2010 kepada semua ibu bapa yang ingin berjumpa dengan guru mata pelajaran bagi membincangkan prestasi mata pelajaran anak masing-masing. Tempat perjumpaan ialah di Bilik Guru Pagi dan di Bilik Guru Petang.
Kerjasama semua pihak amat dihargai dan diucapkan terima kasih.
0 ulasan:
Catat Ulasan