FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

PENDIDIKAN DI MALAYSIA ADALAH SATU USAHA BERTERUSAN KE ARAH MEMPERKEMBANGKAN LAGI POTENSI INDIVIDU SECARA MENYELURUH DAN BERSEPADU UNTUK MEWUJUDKAN INSAN YANG SEIMBANG DAN HARMONI DARI SEGI INTELEK, ROHANI, EMOSI, DAN JASMANI BERDASARKAN KEPERCAYAAN DAN KEPATUHAN KEPADA TUHAN
MISI SEKOLAH

MELAHIRKAN MODAL INSAN CEMERLANG MELALUI PENDIDIKAN BERKUALITI BERLANDASKAN FALSAFAH PENDIDIKAN NEGARA

05 Januari 2010

HARI PERTAMA PERSEKOLAHAN 2010


Wajah2 pelajar tingkatan 4 yang baru. Macam tidak sabar sudah mahu masuk kelas ni tapi terpaksa tunggu untuk proses pembahagian kelas. Sabar ja la tak lama juga ...paling2 pun 15 minit...Apa2 pun bravo pada Mr Eddy dan guru2 tingkatan yang berusaha dengan pantas...Ok la..harap2, pelajar tingkatan 4 2010 ni..menjadi..yang tak menjadi memang tak lepas punya...
Posted by Picasa

Read more...

01 Januari 2010

PENDAFTARAN PELAJAR KE TINGKATAN 1 SESI 2010 SMK KOTA MARUDU

Posted by Picasa

Read more...

SENARAI PELAJAR TERBAIK PMR 2009

Posted by Picasa

Read more...

30 Disember 2009

MAKLUMAN

Pendaftaran kemasukan ke Tingkatan 1 tahun 2010 akan diadakan pada 03/01/2010 di Bangunan Kokum.

Read more...

TAHNIAH KEPADA PELAJAR PMR

Tahniah kepada pelajar SMKKM yang baru sahaja mendapat keputusan PMR. Usaha anda tidak sia-sia. Kejayaan pasti menjadi milik anda semua.

Read more...

24 Ogos 2009

D'SMK KOTA MARUDU





Read more...

AKTIVITI MASA CUTI D SMK KOTA MARUDU

Read more...

23 Ogos 2009

SAMBUTAN KEMERDEKAAN D SMK KOTA MARUDU





Read more...

12 Ogos 2009

KAMPUS ASTRO DI SMK KOTA MARUDU






Read more...

27 Jun 2009

HARI KE-2 PERKHEMAHAN KOKUM: EDISI PAGI


Hari kedua, para peserta sedang bersedia untuk membuat larian lasak. Ia dibawa kendalian En Banius Kangau dan sebaik saja peserta sampai. Mereka akan menyertai aktiviti larian hos dibawah kendalian En Del...

Read more...

26 Jun 2009

PERKHEMAHAN KOKUM: EDISI PETANG




Inilah Chef - Chef yang tidak asing lagi..sentiasa menjalankan tugas...siap tuan, masak apa tuan....hehe....


Para peserta mula mendirikan khemah kumpulan masing-masing.Disinilah ujian sebenar bermula. Para peserta yang terdiri dari pada ahli unit beruniform, pasti akan mengeluarkan segala ilmu berkhemah. Syabas SMK Kota Marudu. Ujian membina gajet juga dibuat. Nampak kerjasama dalam menyiapkan gajet amat perlu.

Read more...

HARI PERTAMA PERKHEMAHAN KOKUM 09: PAGI


Read more...

Program Ibu Bapa Dan Pelajar berjumpa dengan Guru Kelas


SMK KOTA MARUDU: Pihak pentadbir sekolah telah mengambil inisiatif dengan mengadakan program bersama Ibu Bapa. Program ini bertujuan untuk membincangkan pencapaian para pelajar disamping dapat mengetahui atau mengenalpasti masalah-masalah pelajar. Pada masa yang sama, para ibu bapa akan menandatangani rekod kemajuan pelajar. Respon yang baik dari para ibu bapa kerana selama ini mereka hanya dengar dari anak mereka saja. Program ini berjaya mendekatkan lagi para ibu bapa dengan guru-guru dan juga pihak pentadbir sekolah. Semoga program ini akan menjadi input dalam usaha mengemilangkan SMK Kota Marudu pada tahun 2011.






Read more...

23 Jun 2009

PELAN INDUK PEMBANGUNAN PENDIDIKAN 2006 - 2010

KPM telah merangka Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) KPM 2006 - 2010 yang akan menjadi garis panduan pembangunan pendidikan negara secara menyeluruh sepanjang tempoh 5 tahun dalam RMKe-9. PIPP merupakan dokumen perancangan pembangunan pendidikan yang bersepadu, komprehensif dan menyeluruh tidak tertumpu pada satu jenis sekolah, lokasi dan kaum. Agenda utama KPM adalah untuk membangunkan SK sebagai aliran perdana kerana majoriti pelajar berada di SK. Walau bagaimanapun, KPM tidak akan meminggirkan SJKC, SJKT dan SABK dalam meningkatkan kualiti pendidikan di sekolah-sekolah tersebut. PIPP merupakan satu dokumen perancangan pembangunan meliputi tiga aspek utama iaitu infrastruktur, pengisian dan tenaga manusia.

Read more...

22 Jun 2009

Kenaikan pangkat DG41 ke DG44

SMK KOTA MARUDU: Seramai 11 orang guru disekolah ini memdapat tawaran untuk perubahan gred. Kenaikan ini adalah khusus untuk mereka yang mengajar di kelas tingkatan enam. Ini merupakan satu berita baik untuk golongan pendidik. Adalah menjadi harapan, kenaikan gred ini akan memotivasikan guru-guru untuk melahirkan pelajar yang seimbang dan seterusnya menjadi insan yang berguna sejajar dengan prinsip Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Tahniah

Read more...

PENGURUSAN MASA



Penolong Kanan 1, En Taulani Tukiran berkata para pelajar haruslah pandai dalam pengurusan masa. Ketidakcekapan dalam pengurusan masa ini banyak memberikan kerugian kepada pelajar. Contoh semasa awal pagi, pelajar sebolehnya hadir atau sampai ke kelas sepuluh minit awal. Dengan itu, para pelajar akan dapat memulakan sesi pembelajaran tepat. Begitu juga dengan masa pulang, pelajar hanya boleh keluar selepas masa yang ditetapkan. Kecekapan dalam pengurusan masa akan memberi kesan yang baik kepada diri pelajar sendiri. Beliau akan memastikan pada masa akan datang situasi ini tidak berlaku lagi. Beliau juga berharap para ibu bapa pelajar dapat berkerjasama untuk memastikan kedatangan pelajar kesekolah dipantau. Tanpa kerjasama dari semua pihak pasti masalah ini akan berlarutan.

Read more...

20 Jun 2009

PENGAKAP SMKKM 02 MENYERTAI KURSUS KETUA PATROL



SMK KOTA MARUDU: Seramai 40 orang ahli Pengakap telah menyertai Kursus Ketua Patrol yang telah dianjurkan oleh Majlis Pengakap Daerah, di SMK KOTA MARUDU II. Kursus selama 3 hari dua malam ini, akan memberi tunjukajar bagaimana menjadi ketua patrol yang berkesan. Para peserta kursus akan diberi ceramah oleh Skipper Zainudin dan seterusnya amali. Pada masa juga, satu kursus pengenalan manikayu 1 juga diadakan khusus untuk para pemimpin dan p.pemimpin yang masih belum mendapat sijil manikayu.

Read more...

OREINTASI 6 RENDAH OLEH PERTINA


SMK KOTA MARUDU: Pelajar Tingkatan 6 Rendah menjalani Hari Oreintasi dengan penuh bersemangat. Sudah menjadi satu tradisi, yang setiap pelajar 6 rendah mesti menjalani oreintasi. Ini merupakan seperti satu sesi ujian minda dan penyesuaian diri kepada pelajar berkaitan dengan suasana alam Tingkatan 6. Adalah menjadi satu kerugian sekiranya seseorang pelajar itu tidak menyertai atau mengikuti program ini. Program ini dijalankan atau dilaksanakan oleh PERTINA. Semoga pelajar baru ini dapat menjalani oreintasi dengan jayanya.

Read more...

  © Blogger templates ProBlogger Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP