KURSUS HEADCOUNT. SIRI 1: PENGENALAN
SMK KOTA MARUDU: Unit peperiksaan SMK Kota Marudu telah mengadakan siri kursus headcount bermula pada 23.04.2009. Kursus ini telah disampaikan oleh Puan Dayang Khursiah. Dalam penerangan beliau, objektif utama headcount adalah untuk mengenalpasti pencapaian pelajar dan juga dapat membuat penambahbaik dalam proses P&P. Dengan adanya headcount, setiap pelajar dapat dinilai tahap pencapaian. Oleh itu, penetapan sasaran dapat ditentukan sesuai dengan tahap kemahiran pelajar. Kursus ini telah dihadir oleh semua guru SMK Kota Marudu. Adalah menjadi harapan, apabila guru-guru telah mahir dan boleh mengaplikasikan headcount ini. Maka guru-guru dapat memastikan seseorang pelajar itu mampu menghasilkan pencapaian yang cemerlang.
2 ulasan:
Selamat berkenalan..tengah browsing ternampak blog ni. Saya bekas pelajar SMK Kota Marudu (1984-1986). Nice blog.
terima kasih kerana sudi singgah di blog...rajin2 jenguk, saya akan cuba sentiasa up datekan blog ini...terutama khusus yg berlaku di sekolah ini.
Catat Ulasan