27 Jun 2009
26 Jun 2009
PERKHEMAHAN KOKUM: EDISI PETANG
Inilah Chef - Chef yang tidak asing lagi..sentiasa menjalankan tugas...siap tuan, masak apa tuan....hehe....
Para peserta mula mendirikan khemah kumpulan masing-masing.Disinilah ujian sebenar bermula. Para peserta yang terdiri dari pada ahli unit beruniform, pasti akan mengeluarkan segala ilmu berkhemah. Syabas SMK Kota Marudu. Ujian membina gajet juga dibuat. Nampak kerjasama dalam menyiapkan gajet amat perlu.
Program Ibu Bapa Dan Pelajar berjumpa dengan Guru Kelas
23 Jun 2009
PELAN INDUK PEMBANGUNAN PENDIDIKAN 2006 - 2010
22 Jun 2009
Kenaikan pangkat DG41 ke DG44
PENGURUSAN MASA
Penolong Kanan 1, En Taulani Tukiran berkata para pelajar haruslah pandai dalam pengurusan masa. Ketidakcekapan dalam pengurusan masa ini banyak memberikan kerugian kepada pelajar. Contoh semasa awal pagi, pelajar sebolehnya hadir atau sampai ke kelas sepuluh minit awal. Dengan itu, para pelajar akan dapat memulakan sesi pembelajaran tepat. Begitu juga dengan masa pulang, pelajar hanya boleh keluar selepas masa yang ditetapkan. Kecekapan dalam pengurusan masa akan memberi kesan yang baik kepada diri pelajar sendiri. Beliau akan memastikan pada masa akan datang situasi ini tidak berlaku lagi. Beliau juga berharap para ibu bapa pelajar dapat berkerjasama untuk memastikan kedatangan pelajar kesekolah dipantau. Tanpa kerjasama dari semua pihak pasti masalah ini akan berlarutan.
20 Jun 2009
PENGAKAP SMKKM 02 MENYERTAI KURSUS KETUA PATROL
OREINTASI 6 RENDAH OLEH PERTINA
19 Jun 2009
KRS PUTERI SMK KOTA MARUDU
17 Jun 2009
PERTANDINGAN LALULINTAS SHELL PERINGKAT DAERAH KOTA MARUDU
16 Jun 2009
MINGGU PERTAMA SEMESTER KE 2
Pengetua SMK Kota Marudu
SMK KOTA MARUDU: Dalam semester ini, Pengetua telah mengingatkan para pelajar terutama pelajar yang mengambil peperiksaan awam untuk tidak lagi membuang masa. Katanya, peperiksaan awam harus diutamakan. Para pelajar harus berusaha gigih lagi untuk mencapai keputusan yang cemerlang. Dan seperti biasa, para pelajar ini tidak sama sekali dibenarkan menyertai Perkhemahan KoKUm yang akan diadakan pada hujung bulan ini. Bagaimana pun ini bukan bermaksud kelas yang tidak mengambil peperiksaan boleh bersenang-senang, mereka juga mesti belajar supaya mereka dapat memperolehi keputusan yang baik dalam peperiksaan dalaman nanti.
Pengetua juga berharap supaya kelas tambahan terancang dapat dijalankan tanpa sebarang masalah. Kehadiran para pelajar adalah wajib. Ini merupakan sumbangan pihak sekolah dan guru-guru di luar waktu. Kesanggupan guru mengajar kelas tambahan merupakan pengorbanan kerana guru-guru terpaksa berada di sekolah sehingga jam 5 petang. Oleh itu, kerjasama para pelajar adalah sangat perlu katanya.
08 Jun 2009
PENGAKAP 02: AKTIVITI PERKHEMAHAN 4
06 Jun 2009
KETRAMPILAN
Ramai murid yang agak malu apabila dijemput untuk naik ke pentas atau diminta tampil di depan khalayak sama ada untuk berucap, berpidato atau membuat persembahan. Lazimnya, murid akan saling tolak-menolak menyuruh rakannya untuk ke hadapan. Alangkah ruginya murid itu kerana mensia-siakan peluang keemasan yang diberikan kepadanya.
Sebenarnya masalah malu untuk berkomunikasi secara formal sudah menjadi budaya dalam kalangan pelajar sekolah menengah dan juga murid sekolah rendah. Malah budaya ini terbawa-bawa hinggalah ke peringkat institusi pengajian tinggi (IPT). Budaya yang negatif ini sewajarnya dibendung di peringkat sekolah rendah.
Murid mungkin beranggapan ia satu perkara yang remeh tetapi hakikatnya ia adalah satu proses ketrampilan diri yang mampu mempengaruhi motivasi diri dalam pembelajaran. Antara ciri-ciri pembentukan ketrampilan diri ialah:
• Keberanian: Seseorang murid yang berketrampilan ialah mereka yang berani muncul di hadapan untuk memberi pendapat, membuat persembahan atau sekurang-kurangnya memberi jawapan apabila ditanya atau secara sukarela.
• Aras harga diri yang sihat: Kemunculan diri menjadikannya merasai bahawa ia dihargai. Dengan secara tidak lansung akan meningkatkan aras harga diri yang sihat iaitu satu sikap menghargai potensi yang ada pada diri serta mengambil peluang melakukan tindakan yang positif ke arah kemajuan diri dan juga memberi sumbangan kepada orang lain.
• Menjana minda: Apabila seseorang murid itu sentiasa menggalakkan dirinya berinteraksi maka mindanya akan sentiasa bergerak untuk mencari buah fikiran yang baru. Dengan cara ini seseorang murid dapat memperkayakan daya pemikirannya yang seterusnya mampu membantunya dalam peperiksaan nanti.
• Berdaya saing: Murid-murid boleh melibatkan diri dalam berbagai aktiviti seperti aktiviti dalam bilik darjah yang berkaitan dengan pembelajaran ataupun dalam aktiviti luar bilik darjah seperti dalam sesuatu pertandingan atau menjawat sesuatu jawatan dalam persatuan. Aktiviti seumpama ini boleh mewujudkan semangat berdaya saing secara sihat. Semangat seperti ini amat diperlukan kerana ia boleh meningkatkan daya kreativiti serta keinginan untuk berlumba-lumba melakukan sesuatu yang terbaik ke arah kejayaan.
• Peningkatan kemahiran: Kemahiran berkomunikasi, kemahiran berbahasa serta kemahiran dalam pengucapan awam memerlukan penglibatan murid dalam sesuatu aktiviti. Penglibatan ini penting kerana ia merupakan satu bentuk latihan amali yang perlu dilakukan. Kekerapan penglibatan seseorang murid akan dapat memperbaiki kesilapan yang dilakukan serta memperkembangkan potensi dan kemahiran diri.
Sesungguhnya setiap murid harus mempunyai ciri-ciri ketrampilan diri tersebut. Ia merupakan satu keperluan terhadap diri sendiri dalam mencapai cita-cita dan memenuhi aspirasi negara.
oleh Dr. Ismail Zain.
BUDAYA ILMIAH ORANG BARAT WAJAR DICONTOHI
MENARIK sungguh apabila berpeluang berkenalan dan berkesempatan bertukar-tukar idea pada persidangan ilmiah. Sebelum ini, peluang untuk menghadiri sidang seperti itu di luar negara agak terhad. Ketika di luar negara, nampaknya inilah masa sesuai untuk bersama sarjana antarabangsa dan nama besar dalam bidang kewartawanan berbincang aspek kritikal dalam bidang ini.
Minggu lalu saya ke Westminster di London untuk menyertai satu persidangan bertajuk 'Kewartawanan dalam Krisis' yang dianjurkan oleh Jabatan Kewartawanan dan Komunikasi Massa, Universiti Westminster. Nama besar dalam kewartawanan dunia seperti Profesor James Curran dan Profesor Todd Gitlin serta ramai lagi pengamal media adalah antara mereka yang dijemput khas memberi ucaptama, untuk berkongsi idea.
Curran, warga Amerika Syarikat kini berkhidmat di Kolej Goldsmith, Universiti London. Kolej Goldsmith adalah pusat pengajian tinggi terbaik dalam pengajian media di UK. Persidangan selama dua hari itu dihadiri kira-kira 100 pembentang kertas kerja dan peserta. Apa yang menariknya, apabila tiba masa sidang selari, semua peserta dan pembentang kertas kerja yang tidak bersesi akan menyertai sidang yang diminati. Mereka mengambil peluang ini untuk belajar daripada pembentangan orang lain, dan turut memberi idea bernas selepas pembentangan dibuat. Hal yang sama saya lihat dalam satu persidangan lain yang pernah dihadiri di Bedford, UK tahun lalu. Pembentang kertas kerja dan peserta berebut-rebut memilih sidang yang ingin dihadiri, bukan sebaliknya yang sering berlaku di tempat kita. Kadangkala, ada segelintir daripada kita yang kurang menghargai ilmu di depan mata. Ada yang menghadiri persidangan tetapi tidak dengan sepenuh hati.
Ada juga yang pergi semata-mata untuk membentang kertas kerja tetapi tidak bersedia menghadiri sidang lain yang pastinya menghimpun maklumat baru. Di Barat, mereka mengejar ilmu. Kita pula, kadangkala dikejar ilmu tetapi melarikan diri pula.
Saya sendiri tidak boleh lupa dengan pengalaman apabila mula menjadi tenaga pengajar suatu waktu dulu. Kebetulan persidangan pertama yang dihadiri dan turut membentang kertas kerja adalah persidangan antarabangsa di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Bangi. Ketika itu, banyak sekali tajuk pembentangan selari yang menarik sehinggakan sukar rasanya untuk memilih sidang mana yang ingin diikuti.
Namun, seseorang pendidik dengan nada agak sinis menyatakan, 'masa awal-awal ikut persidangan memang nak dengar semua, nanti bila dah lama dah tak nak dengar lagi'. Saya awalnya tidak percaya, namun akhirnya terjadi juga perangai buruk itu pada diri sendiri.
Sehinggalah pengalaman di UK, keadaan itu banyak mengajar kita bermuhasabah diri. Sikap orang Barat yang begitu menghargai ilmu menjadikan kita malu untuk tidak sama-sama seperti mereka.
Di Malaysia, untuk sesi terakhir atau sesi petang persidangan, kadangkala jumlah pembentang lebih ramai daripada yang mendengar.
Selalu didengar pihak penganjur gusar kerana majlis penutup persidangan bakal dihadiri hanya beberapa peserta. Lain ceritanya di UK, sehingga sesi terakhir, semua peserta menunggu untuk maklumat yang dijanjikan.
Malah, pihak penganjur juga tidak mengambil mudah semua perkara berkaitan pembentangan yang dijanjikan. Misalnya, Profesor Gitlin dari Sekolah Kewartawanan Universiti Columbia Amerika Syarikat tidak dapat menghadiri persidangan ini pada saat akhir.
Namun, memandangkan beliau adalah nama besar yang berupaya mengupas tema persidangan dengan mendalam selain daya penarik persidangan, maka pihak penganjur mengadakan sidang video secara langsung antara Gitlin dengan peserta pada tarikh dan waktu yang dijanjikan. Dengan kualiti audio dan visual yang baik, mesej Gitlin dapat difahami peserta dengan baik.
Sesi soal jawab selepas itu juga dapat dijalankan tanpa banyak gangguan kecuali kadangkala Gitlin tidak dapat mendengar soalan yang dikemukakan daripada mikrofon tanpa wayar yang disediakan. Namun, peranan pengerusi sidang berupaya menyelesaikan masalah ini.
Saya turut menyatakan kepada pihak penganjur ketika sesi rehat bahawa inilah kali pertama persidangan yang dihadiri menampilkan sarjana dalam bentuk maya dan berita baiknya, apa yang mereka laksanakan berjalan dengan lancar. Katanya, mereka mempunyai jurutera yang hebat membantu memastikan perjalanan sidang tanpa gangguan teknikal.
Selain itu, amat menarik juga jika diperhatikan cara mereka di Barat yang mengambil masa hanya lebih kurang lima hingga 10 minit untuk mengalukan peserta persidangan. Masa tidak terbuang dengan ucapan pembukaan yang panjang yang hanya bermakna kepada sesetengah orang dan menampakkan status serta perbezaan antara pihak atasan dan sebaliknya.
Di sini, peserta persidangan terus dihidangkan dengan ilmu tanpa perlu memikirkan sangat soal siapa orang penting yang hadir. Siapa VIP atau bukan VIP tidak menjadi persoalan, yang penting proses perkongsian ilmu berjalan lancar dan semua orang selesa sepanjang persidangan berlangsung. Justeru, proses menambah ilmu lebih terfokus dan tidak terganggu dengan perkara yang tidak ilmiah, tetapi perlu dilakukan atas nama penghormatan yang jelas kadangkala berlebih-lebihan.
Mungkin juga kerana inilah Perdana Menteri Malaysia menyarankan agar majlis di negara kita perlu kurang membazirkan masa dengan salutasi yang panjang kecuali untuk majlis diraja.
Masa yang terbuang kalau ditumpukan kepada sidang lain dalam persidangan pastinya membawa lebih banyak faedah kepada peserta yang hadir dengan memberi lebih ruang kepada sesi perbincangan atau pembentangan.
Ini adalah sesuatu yang perlu kita ubah, tidak boleh dibiarkan. Sama ada dari segi pelaksanaan atau sikap peserta persidangan itu sendiri, kita perlu cuba pastikan perlakuan itu adalah untuk ilmu yang selepas ini perlu dipanjangkan kepada anak-anak didik.
Penulis ialah pensyarah Universiti Sains Islam Malaysia (Usim) yang melanjutkan pelajaran peringkat Doktor Falsafah dalam bidang kewartawanan di Nottingham Trent University, United Kingdom.
(sumber: Berita Harian)
Read more...
03 Jun 2009
HARI GURU PERINGKAT NEGERI SABAH AKAN DILANCARKAN OLEH TPM
Timbalan Pegawai Pelajaran Daerah Keningau, Betty Leong berkata, Tan Sri Muhyiddin akan disambut di kompleks Sukan Keningau, yang akan tiba dengan menaiki helikopter bersama dengan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman.
Lebih kurang 1500 orang guru dari 24 daerah dijangka hadir ke pelancaran hari guru ini selain itu, para menteri kabinet negeri, Kementerian Pelajaran Malaysia, Jabatan Pelajaran Sabah dan juga Pejabat Pelajaran Daerah turut dijemput bagi memeriahkan majlis tersebut.
Anugerah Tokoh Guru Sabah akan disampaikan pada majlis ini.
( Sumber: Daily Express. )
GURU PERLU BERKORBAN CAPAI KEJAYAAN
Bercakap di Majlis penyampaian Anugerah Khidmat Cemerlang Jabatan Pelajaran Sabah di Wisma Muis Sabah selasa lalu, dengan intergriti dalam budaya dan amalan kerja, kakitangan jabatan itu akan dapat membentuk bangsa dan negara yang gemilang.
Beliau menambah, amalan kecemerlangan seperti yang digariskan dalam prinsip pengurusan berkualiti dan nilai-nilai murni dalam pengajaran islam seharusnya dijadikan penyuluh bagi mereka untuk menjalankan tanggungjawab masing-masing. Kejayaan yang dicapai jabatan itu adalah hasil usaha bersama.
Alimuddin telah menyampaikan pingat khidmat cemerlang kepada 163 penerima. Pengarah Pelajaran Negeri, Datuk Normah Gagoh hadir sama. ( Sumber: Daily Express )