MINGGU PERTAMA SEMESTER KE 2
Pengetua SMK Kota Marudu
SMK KOTA MARUDU: Dalam semester ini, Pengetua telah mengingatkan para pelajar terutama pelajar yang mengambil peperiksaan awam untuk tidak lagi membuang masa. Katanya, peperiksaan awam harus diutamakan. Para pelajar harus berusaha gigih lagi untuk mencapai keputusan yang cemerlang. Dan seperti biasa, para pelajar ini tidak sama sekali dibenarkan menyertai Perkhemahan KoKUm yang akan diadakan pada hujung bulan ini. Bagaimana pun ini bukan bermaksud kelas yang tidak mengambil peperiksaan boleh bersenang-senang, mereka juga mesti belajar supaya mereka dapat memperolehi keputusan yang baik dalam peperiksaan dalaman nanti.
Pengetua juga berharap supaya kelas tambahan terancang dapat dijalankan tanpa sebarang masalah. Kehadiran para pelajar adalah wajib. Ini merupakan sumbangan pihak sekolah dan guru-guru di luar waktu. Kesanggupan guru mengajar kelas tambahan merupakan pengorbanan kerana guru-guru terpaksa berada di sekolah sehingga jam 5 petang. Oleh itu, kerjasama para pelajar adalah sangat perlu katanya.
0 ulasan:
Catat Ulasan