FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

PENDIDIKAN DI MALAYSIA ADALAH SATU USAHA BERTERUSAN KE ARAH MEMPERKEMBANGKAN LAGI POTENSI INDIVIDU SECARA MENYELURUH DAN BERSEPADU UNTUK MEWUJUDKAN INSAN YANG SEIMBANG DAN HARMONI DARI SEGI INTELEK, ROHANI, EMOSI, DAN JASMANI BERDASARKAN KEPERCAYAAN DAN KEPATUHAN KEPADA TUHAN
MISI SEKOLAH

MELAHIRKAN MODAL INSAN CEMERLANG MELALUI PENDIDIKAN BERKUALITI BERLANDASKAN FALSAFAH PENDIDIKAN NEGARA

25 Disember 2010

TAHNIAH ATAS KECEMERLANGAN PMR 2010

Pihak pentadbir mengucapkan tahniah dan syabas kepada pelajar PMR 2010 kerana berjaya mengharungi peperiksaan tersebut, seterusnya menghadiahkan kejayaan yang cemerlang kepada sekolah. Kejayaan ini merupakan hasil daripada kesungguhan para pelajar untuk mengikuti setiap sesi pembelajaran sepanjang tahun. Disiplin dan kepatuhan dalam diri para pelajar adalah merupakan tunjang kekuatan dalam kecemerlangan ini. Kita percaya setiap kita telah pun diberi kebijaksanaan, kepandaian sejak dari kecil lagi. Cuma bezanya, bagaimana kita mempergunakan potensi diri itu.

Pihak pentadbir juga mengucapkan syabas kepada semua guru terutama guru-guru tingkatan 3, yang berusaha keras membantu, membimbing para pelajar ini untuk mencapai kecemerlangan. Walaupun dibebani oleh tugas-tugas yang sentiasa ada, namun dedikasi yang tinggi membolehkan guru-guru melaksanakan tugas tanpa keluhan. Tidak lupa juga kepada guru-guru sesi petang yang telah berusaha menyediakan para pelajar ini. Tanpa usaha dari guru-guru sesi petang pasti sukar untuk membentuk pelajar ini dalam masa yang singkat. Tahniah sekali lagi.

Pihak pentadbir juga tidak lupa mengucapkan terima kasih kepada staf pentadbiran kerana tanpa sumbangan dari mereka pasti sukar terutama sekali penyediaan alat-alat yang diperlukan dalam pembelajaran. Hubungan yang baik dikalangan guru dan staf pentadbiran telah melancarkan pengurusan terutama yang berkaitan dengan pembelajaran.

kejayaan ini adalah milik semua.

0 ulasan:

  © Blogger templates ProBlogger Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP