FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

PENDIDIKAN DI MALAYSIA ADALAH SATU USAHA BERTERUSAN KE ARAH MEMPERKEMBANGKAN LAGI POTENSI INDIVIDU SECARA MENYELURUH DAN BERSEPADU UNTUK MEWUJUDKAN INSAN YANG SEIMBANG DAN HARMONI DARI SEGI INTELEK, ROHANI, EMOSI, DAN JASMANI BERDASARKAN KEPERCAYAAN DAN KEPATUHAN KEPADA TUHAN
MISI SEKOLAH

MELAHIRKAN MODAL INSAN CEMERLANG MELALUI PENDIDIKAN BERKUALITI BERLANDASKAN FALSAFAH PENDIDIKAN NEGARA

23 Januari 2011

SUKANTARA 2011: PENCARIAN BAKAT BARU

SMK KOTA MARUDU: Sukantara kali ke-5 telah berjaya dilaksanakan. Ramai rakan guru berpendapat, yang sukantara ini amat sesuai kerana ramai bakat-bakat baru berjaya dicungkil. Ini menunjukkan yang SMK Kota Marudu tidak akan ketandusan kilauan pingat emas semasa di MSS Daerah nanti malah akan tetap menjadi pesaing utama dalam kejohanan ini. Menurut Cikgu Voriday, walaupun sukantara ini hanya terbuka kepada sesi petang sahaja tetapi hasilan yang diperolehi menunjukkan ramai pelajar sesi petang yang berbakat dan adalah menjadi tanggungjawab para guru rumah sukan untuk menyediakan mereka ini bagi menghadapi sukan sekolah nanti.

Menurut Cikgu Jeson Majimal, Pihak MSSM SMK Kota Marudu telah pun merangka program latihan bagi menghadapi Kejohanan tahun ini. Pasukan Olahraga SMKKM akan mempastikan yang kejuaraan tetap menjadi miliknya. katanya lagi. Selain daripada barisan jurulatih yang sentiasa aktif, sokongan dari pentadbir juga amat tinggi. Inilah yang menjadikan pasukan olahraga MSS SMKKM berjaya. tambahnya lagi.


0 ulasan:

  © Blogger templates ProBlogger Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP