PERKHEMAHAN MEGA KOKUM 2011
Perkhemahan Mega Kokum 2011 akan bermula dari 01-04 Julai 2011. Perkhemahan ini yang merupakan aktiviti tahun sekolah telah mendapat sokongan sepenuhnya dari pelbagai pihak terutama sekali PIBG dalam membentuk jati diri para pelajar. Tumpuan utama lebih kepada pelajar Tingkatan 1, 2, 4 dan 6 rendah.
Pelaksanaan aktiviti dalam perkhemahan ini mendapat bantuan kemahiran daripada pihak-pihak tertentu seperti Jabatan Pertahanan Awam, Bomba, Polis dan Kesihatan. Kesanggupan dan kesungguhan agensi ini membantu, memberi peluang kepada para peserta mengenali dan memahami tugas-tugas serta dapat memperlajari sesuatu yang boleh digunakan dalam kehidupan seharian mereka.
Perkhemahan tahun ini akan dibuka dengan rasmi oleh Ketua Bahagian UMNO P168, Yang Berbahagia. En Wetrom Bahanda. Manakala acara penutupannya pula akan dilakukan oleh ADUN N5 Tandek. Yang Berhormat Puan Anita Baranting.
0 ulasan:
Catat Ulasan