FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

PENDIDIKAN DI MALAYSIA ADALAH SATU USAHA BERTERUSAN KE ARAH MEMPERKEMBANGKAN LAGI POTENSI INDIVIDU SECARA MENYELURUH DAN BERSEPADU UNTUK MEWUJUDKAN INSAN YANG SEIMBANG DAN HARMONI DARI SEGI INTELEK, ROHANI, EMOSI, DAN JASMANI BERDASARKAN KEPERCAYAAN DAN KEPATUHAN KEPADA TUHAN
MISI SEKOLAH

MELAHIRKAN MODAL INSAN CEMERLANG MELALUI PENDIDIKAN BERKUALITI BERLANDASKAN FALSAFAH PENDIDIKAN NEGARA

29 Disember 2020

Cabaran 2020

1. Mengawal Covid+19 2. Harga Barang dan perkhidmatan meningkat 3. Pembelajaran secara online

Read more...

26 Jun 2013

Mesyuarat Akhir Pelaksanaan Kejohanan Sukan Padang Dan Balapan MSS SMK Kota Marudu Kali ke-42 Tahun 2013

Kejohanan ini akan berlangsung pada 2-4 Julai 2013 di Padang Sekolah.

Read more...

05 Mac 2013

MSS Daerah Kota Marudu 2013

Salam...Smk Kota Marudu akan menyertai kejohanan Padang dan Balapan MSS Daerah Kota Marudu yang akan diadakan di Padang SMK Tandek, Kota Marudu. Dengan persiapan yang telah dibuat oleh pasukan ini, tidak mustahil untuk menjuarainya bagi kali yg ke 8 berturut2. Pun begitu, untuk mencapai kejayaannya, kesungguhan dari para atlit amatlah diperlukan. Pasukan Olahraga juga pada tahun ini mendapat suntikan semangat dengan sumbangan pakaian rasmi daripada naib ketua pemuda UMNO bahagian. Sumbangan ini amat bermakna kerana ia memperlihatkan keseragaman dan kesatuan serta dedikasi yg tinggi dalam mencapai kejayaan. Selain itu, ucapan semangat dari Puan pengetua telah membakar semangat para atlit untuk mencapai kejayaan bagi kali ke 8. Komitmen dari pihak pentadbir dalam memastikan perjuangan atlit tercapai jelas kelihatan dengan usahanya memastikan setiap keperluan atlit/pasukan dipenuhi. Dalam masa yang sama, puan pengetua mahu agar setiap atlit bertanding dengan penuh semangat kesukanan dan memastikan keselamatan diri sepanjang pertandingan. Ini adalah pesanan dan nasihat sebagai ibu kepada kamu semua kata puan pengetua. Pastinya kata2 ini akan dibawa oleh para atlit sebagai pencetus kepada mendapatkan kemenangan dan sememangnya SMK Kota Marudu adalah sekolah IMPIAN juga sekolah I-Think, sekolah yg serba boleh....go..go....

Read more...

03 November 2012

SPM & STPM 2012

SMK Kota Marudu: Pengetua SMK Kota Marudu, Puan Setia mengucapakan Selamat Berjaya kepada semua pelajar SMK Kota Marudu yang akan menduduki peperiksaan awam ini. Beliau percaya dengan kesungguhan dan komitment para pelajar dalam pembelajaran mereka, akan menghasilkan keputusan yang cemerlang. 'Doa kami sebagai pendidik sentiasa bersama dengan kamu' katanya lagi. 

Dalam ucapan perhimpunan terakhir sesi 2012, Puan Pengetua berharap para calon SPM dan STPM sentiasa mengekal displin yang terbaik sepanjang peperiksaan. Buktikan kemampuan anda sebagai pelajar sekolah impian katanya lagi.

Dalam masa yang sama, Puan Pengetua juga mengambil kesempatan mengucapkan selamat bercuti kepada semua pelajar. Menjaga keselamatan diri dan menyiapkan semua tugasan masa cuti. Puan Pengetua berharap agar semua pelajar membuat persiapan awal bagi menghadapi sesi 2013, yang dijangka akan menjadi lebih mencabar lagi dengan pelaksanaan baru dalam pendidikan.

Read more...

12 September 2012

PMR tak lama lagi

Pengetua SMK KM Pn Setia Ken sangat berharap pelajar menumpukan perhatian dalam PMR yang tinggal 28 hari lag.

Read more...

19 Mac 2012

Kejayaan SMK Kota Marudu Di Zon Utara

1. Tuan Rumah Kejohanan Catur Zon Utara 14-16 Mac 2012
2. Penyumbang pingat emas terbanyak bagi kontinjen Olahraga Daerah Kota Marudu dalam kejohana olahragadan padang 10-13 Mac di Kota Belud

Read more...

06 Mac 2012

KECEMERLANGAN SMK KOTA MARUDU SEHINGGA MAC 2012

Warga sekolah SMK Kota Marudu Sangat berbangga dengan kejayaan sekolah ini

Dalam Sukan Permainan

1. Johan Bola Tampar Peringkat Daerah kota Marudu 2012

2. Johan Bola Sepak Peringkat Daerah kota Marudu Tahun 2012

3. Johan Olahraga kali 7 peringkat daerah kota Marudu tahun 2012

4. Johan Catur Peringkat Daerah kota Marudu kali ke-23 Tahun 2012

5. Johan Bola Jaring peringkat daerah kota Marudu tahun 2012

6 Johan Ragbi peringkat daerah kota Marudu tahun 2012

7. Johan badminton peringkat daerah kota Marudu tahun 2012

8. Johan Sepak Takraw Daerah kota Marudu Tahun 2012.

9. Johan bola keranjang peringkat daerah Kota Marudu tahun 2012

Dalam Akademik

1. Pencapaian PMR terbaik Daerah Kota Marudu (72% lulus)

2. Menghasilkan seorang pelajar terbaik PMR dengan 9A

3. Menghasilkan pelajar STPM terbaik negeri Sabah Kategori luar bandar ( CGPA: 4.00 )

4. menghasilkan pelajar-pelajar cemerlang mengguna thinking map.

Guru-guru

1. Guru-guru SMK Kota Marudu mempunyai komitment yang tinggi.

2. Guru-guru SMK Kota Marudu mempunyai kemahiran yang pelbagai

3. 30% guru adalah DG44

4. Guru-guru sanggup bekerja lebih masa

5. Semua guru adalah siswazah.

6. Semua guru mahir menggunakan ICT.

Kemudahan-kemudahan baru

1. Padang sekolah dinaik taraf untuk kegunaan aktiviti sukan

2. Bangunan pejabat untuk guru-guru T6 dan GC

3. Tandas yang terjaga

4. tempat letak kereta yang tersusun

Banyak lagi kejayaan sekolah ini sehingga Mac 2012, ia akan dicatat pada ruangan berikutnya.

Read more...

  © Blogger templates ProBlogger Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP