FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

PENDIDIKAN DI MALAYSIA ADALAH SATU USAHA BERTERUSAN KE ARAH MEMPERKEMBANGKAN LAGI POTENSI INDIVIDU SECARA MENYELURUH DAN BERSEPADU UNTUK MEWUJUDKAN INSAN YANG SEIMBANG DAN HARMONI DARI SEGI INTELEK, ROHANI, EMOSI, DAN JASMANI BERDASARKAN KEPERCAYAAN DAN KEPATUHAN KEPADA TUHAN
MISI SEKOLAH

MELAHIRKAN MODAL INSAN CEMERLANG MELALUI PENDIDIKAN BERKUALITI BERLANDASKAN FALSAFAH PENDIDIKAN NEGARA

21 Mac 2010

ON PAPER

Read more...

15 Mac 2010

KURSUS KEPIMPINAN UNIT2 BERUNIFORM

SMK KOTA MARUDU: Pihak Jawatankuasa Ko-kurikulum telah menjalankan kursus kepimpinan unit beruniform yang bertujuan menyediakan para pelajar kepada pengurusan persatuan beruniform yang bersistem. Kursus ini mensasarkan pelajar tingakatan 1,2 dan 4, dengan harapan para pelajar ini akan menjadi pemimpin atau pengerusi persatuan pada masa hadapan. Idea ini adalah hasil inisiatif Penolong Kanan Ko-Kum, En Soo Yong Huat bersama dengan En Yazid Mahadi dan disokongan penuh oleh Puan Pengetua, Tan Poo Cho.

Puan Pengetua semasa ucapannya berharap agar setiap pelajar atau peserta dapat mengaplikasi ilmu yang telah diperolehi dalam memastikan unit beruniform terurus dengan baik. Selain itu, kursus ini juga dapat mengajar para peserta menjadi seorang warga yang baik dan seimbang sesuai dengan falsafah pendidikan kebangsaan.

Puan Pengetua juga mahu para pelajar mengikis sikap yang menganggap penyertaan seseorang pelajar dalam aktiviti ko-kurikulum mengganggu prestasi akedemiknya. Katanya lagi bila ia dilakukan dengan betul, ia akan menghasilkan pelajar yang berkebolehan, mampu bersaing. contohnya adik Widiah Kait, yg mendapat CGPA 3.46 dalam STPM, yang merupakan atlit sekolah yg aktif dan juga ahli KRS yang aktif. Selain itu katanya, adik Ryan Gilbert, lepasan SPM yang mendapat keputusan yang baik, juga antara pelajar yg aktif dalam ko-kurikulumnya.

Oleh itu, motto" Akedemik diutamakan, Sukan/kokum dimantapkan" wajar dipegang oleh setiap pelajar.

Read more...

OLAHRAGAWAN DAN OLAHRAGAWATI 2010

ADIK DENISE MARY TELAH DIPILIH SEBAGAI OLAHRAGAWATI P1 SETELAH BERJAYA MENCATAT DUA REKOD DALAM KEJOHANAN TERSEBUT. ADIK DM HERRYNEAR PULA MERUPAKAN OLAHRAGAWAN SETELAH BERJAYA MEMBUAT CATATAN REKOD BARU DALAM ACARA 100 METER.

Read more...

14 Mac 2010

SMK KOTA MARUDU MENJUARAI MSSD KM 2010


SMK Kota Marudu mengekalkan kejuaraan MSSD Kota Marudu 2010. Walaupun mendapat saingan yang sengit dari sekolah lain terutama SMK Kota Marudu II, namun ia tidak mampu menggugat kekentalan dan kejaguhan para atlit SMK Kota Marudu. Berbekalkan motto " Akedemik diutamakan, Sukan dimantapkan", pasukan Olahraga SMK KM telah berjaya merangkul 30 pingat emas, meninggal jauh punggutan sekolah2 lain.

Read more...

12 Mac 2010

SPM 2009: AKEDEMIK DIUTAMAKAN, SUKAN DIMANTAPKAN

SMK KOTA MARUDU: Tahniah kepada semua warga SMK Kota Marudu. Hasil kerjasama yang kuat telah menghasilkan satu keputusan yang sangat cemerlang. 'Kejayaan ini ada kejayaan semua'. kata Puan Pengetua. ' Tanpa sokongan dan komitmen pasti kita tidak akan berjaya. Walaupun kita sekolah luar bandar namun kita berjaya menyamai atau menandingi sekolah-sekolah bandar, kita berjaya menghasilkan pelajar cemerlang' sambungnya lagi.

Puan pengetua juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada PIBG sekolah yang sentiasa memberi sokongan terhadap setiap program sekolah dalam usaha memantapkan akedemiknya. 'Kejayaan ini juga saya hadiahkan khusus untuk PIBG sekolah' katanya.

Read more...

09 Mac 2010

Hari Pertama MSSD Kota Marudu 2010










Hari pertama MSSD Kota Marudu, pasukan olahraga SMK KM telah berjaya memungut 4 emas dari pada 10 pingat emas yang di pertandingankan. Ini membolehkan pasukan ini mendahului pasukan lain. Pihak pengurusan Kontinjen berharap atlit sekolah akan terus mempamerkan prestasi yang baik dan merangkul sebanyak mungkin pingat. Tahap semangat juang para atlit amat ketara, hinggakan kesakitan tidak menjadi halangan dalam meneruskan larian mereka.

Read more...

Pelaksanaan Ujian Setara

SMK KOTA MARUDU: Sekarang ini berlangsung ujian setara yang melibatkan semua Tingkatan. Ujian ini bermula selepas rehat. Menurut pihak pentadbir sekolah, tujuan utama ujian setara ini adalah untuk menyelaraskan masa ujian, dimana para pelajar akan menghadapi ujian yang sama, mengikut tingkatan dan juga mata pelajaran. Selain itu, ia dapat melatih pelajar untuk sentiasa bersedia. Keselarasan ini akan memudahkan para guru dalam menentu aktiviti seterusnya dalam P n P.

Read more...

08 Mac 2010

Majlis ringkasan simbolik penyerahan bendera Mss SMK Kota Marudu.



Dewan SMK Kota Marudu: Satu acara ringkas simbolik penyerahan bendera kontijen telah dilakukan oleh pihak pengurusan atlit MSS SMK Kota Marudu. PK 1 semasa berucap menyatakan kesungguhan para atlit semasa latihan dan juga semasa bertanding adalah perkara yang penting. Tanpa kesungguhan, segala uasaha para jurulatih adalah sia-sia. Dengan sistem latihan yang telah diatur dengan baik, pasti para atlit akan mampu memperoleh pingat katanya lagi. Beliau berharap kejayaan merangkul kejuaraan akan dapat menaikkan nama sekolah dan juga semangat dalam diri warga SMK Kota Marudu.

Keadaan yang sama juga ketika para atlit belajar katanya. Kesungguhan dan kepatuhan itu amat penting, selain usaha yg kuat untuk mempelajari sesuatu pelajaran. Sesuai dengan motto pasukan 'Akademik diutamakan, Sukan dimantapkan'.

Puan Pengetua pula berharap agar para atlit memberikan contoh yang terbaik kepada semua sekolah semasa bertanding. Displin mesti dijaga. Para atlit harus membuktikan yang mereka adalah antara yang terbaik samaada dalam sukan atau pun akademik. Adalah menjadi harapan yang SMK Kota Marudu akan sekali lagi menjadi juara dalam temasya sukan ini.

Read more...

07 Mac 2010

KEJOHANAN OLAHRAGA MSSD KOTA MARUDU 2010


ATLIT-ATLIT YANG MEWAKILI SMKKM KE MSSD KOTA MARUDU 2010

Read more...

  © Blogger templates ProBlogger Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP