FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

PENDIDIKAN DI MALAYSIA ADALAH SATU USAHA BERTERUSAN KE ARAH MEMPERKEMBANGKAN LAGI POTENSI INDIVIDU SECARA MENYELURUH DAN BERSEPADU UNTUK MEWUJUDKAN INSAN YANG SEIMBANG DAN HARMONI DARI SEGI INTELEK, ROHANI, EMOSI, DAN JASMANI BERDASARKAN KEPERCAYAAN DAN KEPATUHAN KEPADA TUHAN
MISI SEKOLAH

MELAHIRKAN MODAL INSAN CEMERLANG MELALUI PENDIDIKAN BERKUALITI BERLANDASKAN FALSAFAH PENDIDIKAN NEGARA

08 Mac 2010

Majlis ringkasan simbolik penyerahan bendera Mss SMK Kota Marudu.



Dewan SMK Kota Marudu: Satu acara ringkas simbolik penyerahan bendera kontijen telah dilakukan oleh pihak pengurusan atlit MSS SMK Kota Marudu. PK 1 semasa berucap menyatakan kesungguhan para atlit semasa latihan dan juga semasa bertanding adalah perkara yang penting. Tanpa kesungguhan, segala uasaha para jurulatih adalah sia-sia. Dengan sistem latihan yang telah diatur dengan baik, pasti para atlit akan mampu memperoleh pingat katanya lagi. Beliau berharap kejayaan merangkul kejuaraan akan dapat menaikkan nama sekolah dan juga semangat dalam diri warga SMK Kota Marudu.

Keadaan yang sama juga ketika para atlit belajar katanya. Kesungguhan dan kepatuhan itu amat penting, selain usaha yg kuat untuk mempelajari sesuatu pelajaran. Sesuai dengan motto pasukan 'Akademik diutamakan, Sukan dimantapkan'.

Puan Pengetua pula berharap agar para atlit memberikan contoh yang terbaik kepada semua sekolah semasa bertanding. Displin mesti dijaga. Para atlit harus membuktikan yang mereka adalah antara yang terbaik samaada dalam sukan atau pun akademik. Adalah menjadi harapan yang SMK Kota Marudu akan sekali lagi menjadi juara dalam temasya sukan ini.

0 ulasan:

  © Blogger templates ProBlogger Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP