FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

PENDIDIKAN DI MALAYSIA ADALAH SATU USAHA BERTERUSAN KE ARAH MEMPERKEMBANGKAN LAGI POTENSI INDIVIDU SECARA MENYELURUH DAN BERSEPADU UNTUK MEWUJUDKAN INSAN YANG SEIMBANG DAN HARMONI DARI SEGI INTELEK, ROHANI, EMOSI, DAN JASMANI BERDASARKAN KEPERCAYAAN DAN KEPATUHAN KEPADA TUHAN
MISI SEKOLAH

MELAHIRKAN MODAL INSAN CEMERLANG MELALUI PENDIDIKAN BERKUALITI BERLANDASKAN FALSAFAH PENDIDIKAN NEGARA

15 Mac 2010

KURSUS KEPIMPINAN UNIT2 BERUNIFORM

SMK KOTA MARUDU: Pihak Jawatankuasa Ko-kurikulum telah menjalankan kursus kepimpinan unit beruniform yang bertujuan menyediakan para pelajar kepada pengurusan persatuan beruniform yang bersistem. Kursus ini mensasarkan pelajar tingakatan 1,2 dan 4, dengan harapan para pelajar ini akan menjadi pemimpin atau pengerusi persatuan pada masa hadapan. Idea ini adalah hasil inisiatif Penolong Kanan Ko-Kum, En Soo Yong Huat bersama dengan En Yazid Mahadi dan disokongan penuh oleh Puan Pengetua, Tan Poo Cho.

Puan Pengetua semasa ucapannya berharap agar setiap pelajar atau peserta dapat mengaplikasi ilmu yang telah diperolehi dalam memastikan unit beruniform terurus dengan baik. Selain itu, kursus ini juga dapat mengajar para peserta menjadi seorang warga yang baik dan seimbang sesuai dengan falsafah pendidikan kebangsaan.

Puan Pengetua juga mahu para pelajar mengikis sikap yang menganggap penyertaan seseorang pelajar dalam aktiviti ko-kurikulum mengganggu prestasi akedemiknya. Katanya lagi bila ia dilakukan dengan betul, ia akan menghasilkan pelajar yang berkebolehan, mampu bersaing. contohnya adik Widiah Kait, yg mendapat CGPA 3.46 dalam STPM, yang merupakan atlit sekolah yg aktif dan juga ahli KRS yang aktif. Selain itu katanya, adik Ryan Gilbert, lepasan SPM yang mendapat keputusan yang baik, juga antara pelajar yg aktif dalam ko-kurikulumnya.

Oleh itu, motto" Akedemik diutamakan, Sukan/kokum dimantapkan" wajar dipegang oleh setiap pelajar.

0 ulasan:

  © Blogger templates ProBlogger Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP