FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

PENDIDIKAN DI MALAYSIA ADALAH SATU USAHA BERTERUSAN KE ARAH MEMPERKEMBANGKAN LAGI POTENSI INDIVIDU SECARA MENYELURUH DAN BERSEPADU UNTUK MEWUJUDKAN INSAN YANG SEIMBANG DAN HARMONI DARI SEGI INTELEK, ROHANI, EMOSI, DAN JASMANI BERDASARKAN KEPERCAYAAN DAN KEPATUHAN KEPADA TUHAN
MISI SEKOLAH

MELAHIRKAN MODAL INSAN CEMERLANG MELALUI PENDIDIKAN BERKUALITI BERLANDASKAN FALSAFAH PENDIDIKAN NEGARA

25 Disember 2010

PENDAFTARAN 2011

PENDAFTARAN TINGKATAN SATU
SESI PERSEKOLAHAN 2011
TARIKH: 02 JANUARI 2011
MASA : 8.00 - 12.00 tengahari

PENDAFTARAN NAIK TINGKATAN
TARIKH: 03 - 07 JANUARI 2011
( Di Kelas masing-masing )

'Selamat Datang dan Selamat kembali ke sekolah sesi 2011'

Read more...

TAHNIAH ATAS KECEMERLANGAN PMR 2010

Pihak pentadbir mengucapkan tahniah dan syabas kepada pelajar PMR 2010 kerana berjaya mengharungi peperiksaan tersebut, seterusnya menghadiahkan kejayaan yang cemerlang kepada sekolah. Kejayaan ini merupakan hasil daripada kesungguhan para pelajar untuk mengikuti setiap sesi pembelajaran sepanjang tahun. Disiplin dan kepatuhan dalam diri para pelajar adalah merupakan tunjang kekuatan dalam kecemerlangan ini. Kita percaya setiap kita telah pun diberi kebijaksanaan, kepandaian sejak dari kecil lagi. Cuma bezanya, bagaimana kita mempergunakan potensi diri itu.

Pihak pentadbir juga mengucapkan syabas kepada semua guru terutama guru-guru tingkatan 3, yang berusaha keras membantu, membimbing para pelajar ini untuk mencapai kecemerlangan. Walaupun dibebani oleh tugas-tugas yang sentiasa ada, namun dedikasi yang tinggi membolehkan guru-guru melaksanakan tugas tanpa keluhan. Tidak lupa juga kepada guru-guru sesi petang yang telah berusaha menyediakan para pelajar ini. Tanpa usaha dari guru-guru sesi petang pasti sukar untuk membentuk pelajar ini dalam masa yang singkat. Tahniah sekali lagi.

Pihak pentadbir juga tidak lupa mengucapkan terima kasih kepada staf pentadbiran kerana tanpa sumbangan dari mereka pasti sukar terutama sekali penyediaan alat-alat yang diperlukan dalam pembelajaran. Hubungan yang baik dikalangan guru dan staf pentadbiran telah melancarkan pengurusan terutama yang berkaitan dengan pembelajaran.

kejayaan ini adalah milik semua.

Read more...

SELAMAT HARI KRISMAS DAN MENYAMBUT TAHUN 2011

Pentadbir SMK Kota Marudu mengucapkan Selamat Merayakan Krismas kepada semua warganya yang merayakannya semoga sentiasa diberkati olehNya. Tidak lupa juga mengucapkan Selamat Menyambut Tahun Baru 2011 dengan harapan, sekolah kita terus cemerlang. Pihak pentadbir berharap agar semua stafnya bersiap sedia secara total untuk menghadapi cabaran 2011 terutama sekali harapan para ibubapa dalam melihat kejayaan anak-anak mereka. Kita berharap tahun baru 2011, kita mencapai kejayaan yang lebih cemerlang lagi.

Read more...

23 Disember 2010

PERMATA IMPIAN PMR SESI 2010 SMK KOTA MARUDU

TAHNIAH ATAS KEJAYAAN DAN TERIMA KASIH KERANA MENGHARUMKAN NAMA SEKOLAH.

9A
MIMI SHAMANIE BINTI ABTAH

7A
ANGIE DENNY (7A)
ANNA ANTONIA ASIK (7A)
ORRYEL JAUNIS (7A)
VIRA JOY (7A)
LOLLA MARLYNAH MINSUN (7A)
JALVIANA LANSAYAN (7A)
ADRIAN DOISON (7A)
ADAM MAXWELL DOUMIN (7A)
NOOR FAZIRRA BINTI ANNE (7A, 1B)
ALEYSHA G YUNSIR (7A, 1B)

6A
FERA ISEBELL DUTIN (6A,2B)
CHYERLIANA MUSAH (6A, 2B)
EKKLEASRIAN SAPILING (6A, 2B)
LAILA AZWA BINTI TAULANI (6A, 2B)
JAYPHANIE ARCHIE JUSTIN (6A, 1B)
VIELARRYSA LYDIA SINOH (6A, 1B)
ELEAZAR ONEIL JESON (6A,1B)

5A
NUR SABIQAH BINTI SABTU (5A, 3B,1D)
MOHD WAFIY ZAKWAN BIN MANSUR (5A, 3B, 1D)
DM WIVINNY JESON (5A, 2B)
LIZAWATI ROSCLARITHA MAIDOM (5A, 2B)
MAEYLASTER PRINANDO MARIUS (5A, 1B, 1C)
REBECCA MISHALLYNE AFAT (5A, 1B, 1C)

Read more...

  © Blogger templates ProBlogger Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP