FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

PENDIDIKAN DI MALAYSIA ADALAH SATU USAHA BERTERUSAN KE ARAH MEMPERKEMBANGKAN LAGI POTENSI INDIVIDU SECARA MENYELURUH DAN BERSEPADU UNTUK MEWUJUDKAN INSAN YANG SEIMBANG DAN HARMONI DARI SEGI INTELEK, ROHANI, EMOSI, DAN JASMANI BERDASARKAN KEPERCAYAAN DAN KEPATUHAN KEPADA TUHAN
MISI SEKOLAH

MELAHIRKAN MODAL INSAN CEMERLANG MELALUI PENDIDIKAN BERKUALITI BERLANDASKAN FALSAFAH PENDIDIKAN NEGARA

05 Mac 2013

MSS Daerah Kota Marudu 2013

Salam...Smk Kota Marudu akan menyertai kejohanan Padang dan Balapan MSS Daerah Kota Marudu yang akan diadakan di Padang SMK Tandek, Kota Marudu. Dengan persiapan yang telah dibuat oleh pasukan ini, tidak mustahil untuk menjuarainya bagi kali yg ke 8 berturut2. Pun begitu, untuk mencapai kejayaannya, kesungguhan dari para atlit amatlah diperlukan. Pasukan Olahraga juga pada tahun ini mendapat suntikan semangat dengan sumbangan pakaian rasmi daripada naib ketua pemuda UMNO bahagian. Sumbangan ini amat bermakna kerana ia memperlihatkan keseragaman dan kesatuan serta dedikasi yg tinggi dalam mencapai kejayaan. Selain itu, ucapan semangat dari Puan pengetua telah membakar semangat para atlit untuk mencapai kejayaan bagi kali ke 8. Komitmen dari pihak pentadbir dalam memastikan perjuangan atlit tercapai jelas kelihatan dengan usahanya memastikan setiap keperluan atlit/pasukan dipenuhi. Dalam masa yang sama, puan pengetua mahu agar setiap atlit bertanding dengan penuh semangat kesukanan dan memastikan keselamatan diri sepanjang pertandingan. Ini adalah pesanan dan nasihat sebagai ibu kepada kamu semua kata puan pengetua. Pastinya kata2 ini akan dibawa oleh para atlit sebagai pencetus kepada mendapatkan kemenangan dan sememangnya SMK Kota Marudu adalah sekolah IMPIAN juga sekolah I-Think, sekolah yg serba boleh....go..go....

Read more...

03 November 2012

SPM & STPM 2012

SMK Kota Marudu: Pengetua SMK Kota Marudu, Puan Setia mengucapakan Selamat Berjaya kepada semua pelajar SMK Kota Marudu yang akan menduduki peperiksaan awam ini. Beliau percaya dengan kesungguhan dan komitment para pelajar dalam pembelajaran mereka, akan menghasilkan keputusan yang cemerlang. 'Doa kami sebagai pendidik sentiasa bersama dengan kamu' katanya lagi. 

Dalam ucapan perhimpunan terakhir sesi 2012, Puan Pengetua berharap para calon SPM dan STPM sentiasa mengekal displin yang terbaik sepanjang peperiksaan. Buktikan kemampuan anda sebagai pelajar sekolah impian katanya lagi.

Dalam masa yang sama, Puan Pengetua juga mengambil kesempatan mengucapkan selamat bercuti kepada semua pelajar. Menjaga keselamatan diri dan menyiapkan semua tugasan masa cuti. Puan Pengetua berharap agar semua pelajar membuat persiapan awal bagi menghadapi sesi 2013, yang dijangka akan menjadi lebih mencabar lagi dengan pelaksanaan baru dalam pendidikan.

Read more...

12 September 2012

PMR tak lama lagi

Pengetua SMK KM Pn Setia Ken sangat berharap pelajar menumpukan perhatian dalam PMR yang tinggal 28 hari lag.

Read more...

19 Mac 2012

Kejayaan SMK Kota Marudu Di Zon Utara

1. Tuan Rumah Kejohanan Catur Zon Utara 14-16 Mac 2012
2. Penyumbang pingat emas terbanyak bagi kontinjen Olahraga Daerah Kota Marudu dalam kejohana olahragadan padang 10-13 Mac di Kota Belud

Read more...

06 Mac 2012

KECEMERLANGAN SMK KOTA MARUDU SEHINGGA MAC 2012

Warga sekolah SMK Kota Marudu Sangat berbangga dengan kejayaan sekolah ini

Dalam Sukan Permainan

1. Johan Bola Tampar Peringkat Daerah kota Marudu 2012

2. Johan Bola Sepak Peringkat Daerah kota Marudu Tahun 2012

3. Johan Olahraga kali 7 peringkat daerah kota Marudu tahun 2012

4. Johan Catur Peringkat Daerah kota Marudu kali ke-23 Tahun 2012

5. Johan Bola Jaring peringkat daerah kota Marudu tahun 2012

6 Johan Ragbi peringkat daerah kota Marudu tahun 2012

7. Johan badminton peringkat daerah kota Marudu tahun 2012

8. Johan Sepak Takraw Daerah kota Marudu Tahun 2012.

9. Johan bola keranjang peringkat daerah Kota Marudu tahun 2012

Dalam Akademik

1. Pencapaian PMR terbaik Daerah Kota Marudu (72% lulus)

2. Menghasilkan seorang pelajar terbaik PMR dengan 9A

3. Menghasilkan pelajar STPM terbaik negeri Sabah Kategori luar bandar ( CGPA: 4.00 )

4. menghasilkan pelajar-pelajar cemerlang mengguna thinking map.

Guru-guru

1. Guru-guru SMK Kota Marudu mempunyai komitment yang tinggi.

2. Guru-guru SMK Kota Marudu mempunyai kemahiran yang pelbagai

3. 30% guru adalah DG44

4. Guru-guru sanggup bekerja lebih masa

5. Semua guru adalah siswazah.

6. Semua guru mahir menggunakan ICT.

Kemudahan-kemudahan baru

1. Padang sekolah dinaik taraf untuk kegunaan aktiviti sukan

2. Bangunan pejabat untuk guru-guru T6 dan GC

3. Tandas yang terjaga

4. tempat letak kereta yang tersusun

Banyak lagi kejayaan sekolah ini sehingga Mac 2012, ia akan dicatat pada ruangan berikutnya.

Read more...

08 Februari 2012

KEJOHANAN PADANG DAN BALAPAN SMK KOTA MARUDU KALI KE-40 2012 : HARI PERTAMA

7 FEBRUARI 2012 ( SELASA )

ACARA YG DI PERTANDINGKAN:
LEMPAR CAKERA
LOMPAT TINGGI
REJAM LEMBING
LONTAR PELURU
100 METER PAGAR
110 METER PAGAR
200 METER PAGAR

Penyelia Peserta di Ketuai oleh Mr Richard. 

Penamat  

Persiapan utk acara lompat pagar 

Acara lompat pagar

200 Meter Pagar 

Kedudukan pingat di Hari Pertama 

Acara Lompat Tinggi.

SMK Kota Marudu: Kejohanan Padang dan Balapan kali yg ke-40 bermula dengan acara padang. Sebanyak   
7 buah rumah sukan termasuk tingkatan 6 mengambil bahagiaan dalam kejohanan ini. Keadaan cuaca yg baik dan kering menjadikan kejohanan tahun ini amat lancar bagaimana pun, tanda2 hujan semakin ketara apabila menjelang petang. Kejohanan yg menjadi medan pemilihan atlit utk mewakili sekolah ke kejohanan peringkat daerah pasti akan mempamerkan semangat kesukanan yg tinggi. Ditambah dengan komitment guru2 dalam menjayakan kejohanan ini pastikan akan melahirkan juara baru dalam arena padang dan balapan.

Read more...

05 Januari 2012

SALAM 2012

Salam dan selamat bertemu kembali kepada semua warga SMK Kota Marudu. Syukur kerana kita semua masih lagi diberikan peluang untuk menikmati tahun yang baru ini. Pastinya setiap warga sekolah telah menetapkan azam  dan percaya setiap azam itu adalah yang terbaik bagi diri masing2. Tahun 2011 merupakan antara tahun yang banyak meninggalkan kenangan manis kepada warga sekolah. Kejayaan demi kejayaan  dicapai menunjukkan komitmen yang tinggi dikalangan warga pendidik  SMK Kota Marudu. Tahniah juga kepada pelajar PMR 2011 atas pencapaian yang amat cemerlang. Tidak lupa juga kepada guru tingkatan 3 yang bersusah payah membantu para pelajar ini. Usaha semua telah berhasil dan pasti ini telah memenuhi kepuasan dalam diri masing-masing.

Read more...

16 September 2011

SELAMAT HARI MALAYSIA

Hari ini dalam sejarah apabila SMK Kota Marudu buat julung kalinya mengadakan sambutan Hari Malaysia pada 15 September 2011. Aktiviti-aktiviti yang dijalankan ialah

1. Senam Satu Malaysia.
2. Bacaan perutusan
3. Penurunan Bendera Union Jack
4. Menaikkan Bendera malaysia.

Encik Rano Arbain mengambil watak sebagai Tunku Abdul Rahman.

Read more...

13 Julai 2011

Berita MSKPPM ZON 5 (SMK Kota Marudu)

Tarikh : 13 Julai 2011

Catur Lelaki : Johan

Catur Wanita : N. Johan

Pemain Catur Lelaki
1. Pain Gagau
2. Ust. Saminul Rahim
3. Rizwan Shah
4. Mohd Buang
5. Jaisin Gopori
6. Voridy Bojong

Pemain Catur Wanita
1. Leong Suk Mee
2. Misa Maisin
3. Dora Anjum
4. Jeny Gai
5. Mia
6. Chin siew Yee

Tahniah kepada pemain-pemain Catur MSKPPM Zonj 5. Senarai nama pemain zon 5 ke MSKPPM Zon utara
1. Pain Gagau
2. Ust. Saminul Rahim
3. Rizwan Shah
4. Misa Maisin
5. Doran Anjum
6. Jeny Gai

Read more...

05 Julai 2011

Mata Ke-3 Ku: Perkhemahan Kokum 2011 (siri 1)

Puan Lisa ( Pemangku Pengetua) sedang berbincang sesuatu dengan En.Baintin ( Wakil Perasmi) sambil diperhatikan oleh En. Almalek ( Tim.YDP PIBG)


Cik Aza dan Cik Fiona

En Soo ( PK Kokum) Org kuat perkhemahan bersama dgn En Larry A.


Antara aktiviti yang dilakukan oleh peserta kem. Operasi menyelamat dibawah kendalian pertahanan awam.


situasi cemas yg memerlukan peserta bertindak cepat



Pandangan atas: kecekapan peserta kem untuk menyelesaikan tugasan yg diberi.

Read more...

01 Julai 2011

KANDID OLEH NOKIA E71: KOKUM 2011

Peserta kem melapor kepada servis ko
Banner
Khemah Peserta
Antara orang penting perkhemahan
pemandangan indah

Read more...

PERKHEMAHAN MEGA KOKUM 2011

Perkhemahan Mega Kokum 2011 akan bermula dari 01-04 Julai 2011. Perkhemahan ini yang merupakan aktiviti tahun sekolah telah mendapat sokongan sepenuhnya dari pelbagai pihak terutama sekali PIBG dalam membentuk jati diri para pelajar. Tumpuan utama lebih kepada pelajar Tingkatan 1, 2, 4 dan 6 rendah.
Pelaksanaan aktiviti dalam perkhemahan ini mendapat bantuan kemahiran daripada pihak-pihak tertentu seperti Jabatan Pertahanan Awam, Bomba, Polis dan Kesihatan. Kesanggupan dan kesungguhan agensi ini membantu, memberi peluang kepada para peserta mengenali dan memahami tugas-tugas serta dapat memperlajari sesuatu yang boleh digunakan dalam kehidupan seharian mereka.
Perkhemahan tahun ini akan dibuka dengan rasmi oleh Ketua Bahagian UMNO P168, Yang Berbahagia. En Wetrom Bahanda. Manakala acara penutupannya pula akan dilakukan oleh ADUN N5 Tandek. Yang Berhormat Puan Anita Baranting.

Read more...

19 Jun 2011

Info Terkini SMK KM

Perubahan struktur pentadbiran sekolah

1. PK Tingkatan 6 baru : En. Yazid Mahadi

2. PK Petang : En. Jeson Majimal

Guru-guru berpindah pada bulan Jun

1. En. Jeson Ranggangon ke SMK Simpangan Sandakan.

2. Pn. Aznie Mahmod Ke Kelantan.


Aktiviti kurikulum bulan Jun

1. Kuiz olimpiad Matematik 18 Jun 2011

2. Penyerahan rekod kemajuan murid 21 Jun 2011

Aktiviti Kokum Bulan Jun

1. Perkhemahan Kokum peringkat sekolah

MAJULAH SMK KM SEKOLAH IMPIAN.

Read more...

16 Mei 2011

SELAMAT HARI GURU 2011

Selamat Hari Guru kepada semua warga pendidik SMK Kota Marudu. Kecemerlangan dan kegemilangan pasti akan terus dikecapi oleh sekolah ini. Dedikasi para gurunya sudah pasti tidak boleh disangkal. Kesanggupan dalam membimbing dan mendidik para pelajarnya sentiasa menjadi keutamaan. Penambahbaikan dan pengukuhan sentiasa diusahakan agar hasilnya nanti mengembirakan. Tanpa kerjasama yang jitu dikalangan para pendidik, pasti sesuatu kejayaan itu sukar dicapai. Sekali lagi diucapkan Selamat Hari Guru dan Tahniah atas kecemerlangan....

Read more...

04 Mei 2011

INFO TERKINI TINGKATAN 6

pagi ini senerai calon pelajar tingkatan 6 Rendah telah ditampalkan di papan kenyataan sekolah SMK Kota Marudu.

Maklumat penting yang perlu diberi perhatian ialah

Pendaftaran pelajar baru Tingkatan 6

Tarikh : 9 Mei 2011 ( Isnin )
Masa : Jam 8.00 pagi
Tempat : SMK Kota Marudu

Maklumat lanjut boleh diperolehi melalui unit pengurusan Tingkatan 6 SMK Kota Marudu.

Pelajar-pelajar yang tidak berjaya boleh membuat permohonan rayuan menggunakan borang yang disediakan di Pejabat Am SMK Kota Marudu.

Tahniah kepada pelajar-pelajar yang berjaya memasuki sekolah IMPIAN ini.

Read more...

02 Mei 2011

KECEMERLANGAN SMKKM SEPANJANG APRIL 2011

1. Menjayakan Hari Kecemerlangan Pelajar pada 21 April dengan diringi persembahan
orkestra banbo SMK KM.
2. Berjaya melahirkan atlit olahraga ke peringkat negeri iaitu adik Zakharia Siben yang merangkul emas dalam acara 200 m lari berpagar di MSS Zon Utara di Kudat.
3. Berjaya menjadi johan dalam pertandingan kawad kaki peringkat daerah pada 27 April bagi semua kategori NGO, GO dan KRS.

Read more...

30 Mac 2011

SELAMAT BERSARA KEPADA PUAN TAN

28 Mac 2011 merupakan tarikh terakhir Pengetua Puan Tan berada di SMK Kota Marudu. Sebagai warga sekolah, persaraan Puan Pengetua amat dirasai. Bagaimana pun kehilangannya pasti akan terubat dengan pencapaian cemerlang SMK KM sepanjang beliau berada di sini. Doa kami mengiringi Puan agar Puan sentiasa ceria dan sihat. Selamat Bersara.

Read more...

27 Mac 2011

TOP 14 SPM 2010 : TAHNIAH

Read more...

LAWATAN PENGARAH PELAJARAN SABAH


Rombongan Pengarah Pelajaran Sabah telah melawat sekolah ini pada 24/03/2011. Kehadiran Tuan Pengarah memberi suntikan semangat kepada warga SMK Kota Marudu untuk lebih cemerlangan lagi. Selain itu, kehadiran Tuan Pengarah juga merupakan hadiah istimewa kepada Puan Pengetua, yang akan bersara nanti. Dalam masa yang sama, penyerahan sijil penghargaan dan kecemerlangan juga telah disampaikan.



Read more...

23 Mac 2011

SMK KOTA MARUDU: JUARA KALI KE-6

Pasukan Olahraga SMK KM sekali lagi muncul juara MSSD KM 2011. Kejuaraan ini merupakan kejuaraan kali ke-6. Keadaan cuaca yang tidak menentu menjadi penghalang kepada usaha untuk menyapu bersih pingat emas. Sebanyak 24 pingat sahaja yang berjaya dikutip oleh pasukan ini.

Read more...

  © Blogger templates ProBlogger Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP