TAHNIAH DAN SYABAS

SEKOLAH MENENGAH PERTAMA DALAM DAERAH KOTA MARUDU.MELAHIRKAN RAMAI CENDEKIAWAN.

Syivero Patrick telah dianugerahkan sebagai pelajar terbaik luar bandar bagi STPM 2010. Pencapaian pelajar ini merupakan satu lagi pencapaian sekolah ini dalam akademik. Adik Selvero juga telah membuktikan, yang keaktifannya dalam kegiatan ko-kurikulum bukanlah penghalang untuk mencapai keputusan cemerlang dalam akademik. Sokongan padu dari guru-guru dan ibu bapa merupakan antara intipati kejayaannya. Selvero yang sering tersenyum dan kuat bermain telah berjaya menangkis pendapat sesetengah orang yang sering mempertikai keaktifannya dalam kegiatan ko-kurikulum. Tahniah Selvero. Tahniah kepada guru-guru SMK Kota Marudu terutama sekali guru-guru tingkatan 6.
SMK KOTA MARUDU: Kejohanan Olahraga MSS SMKKM Sekolah Impian kali ke-39 tahun 2011 akan berlangsung pada 08-10 Februari 2011. Menurut setiausaha MSSSMKKM En George Alang, penambahan pasukan akan dilakukan dengan penyertaan Pasukan Ting.6. Tujuannya adalah untuk memberi peluang kepada pelajar-pelajar ting.6 bertanding walaupun hanya di peringkat sekolah. Puan Pengetua berharap agar semua yang terlibat akan berkerjasama dalam menjayakan sukan ini. Kejayaan dalam sukan adalah titik permulaan kepada kecemerlangan sekolah ini.
Read more...SMK KOTA MARUDU: Sukantara MSSSMKKM kali ke-5 Tahun 2011 akan berlangsung pada 20-21 Januari 2011 di Padang sekolah. Sukantara ini merupakan medan pencarian bakat-bakat baru dalam arena olahraga. Oleh itu, acara dalam sukantara adalah terbuka kepada semua pelajar ting.1 dan 2.
Read more...Mesyuarat Guru kali pertama tahun 2011 telah diadakan di Bilik Gerakan, Smk Kota Marudu, bermula jam 2.00 ptg. Mesyuarat ini diadakan bertujuan untuk penyampian arahan-arahan baru dri PPD/JPN/KPM. Selain itu, pemberitahuan tentang tugas-tugas pada tahun 2011. Pada tahun 2011, bahasa Jepun akan diajar. Kelas B.Jepun akan diajar oleh Guru yg berkelulusan utk mengajar Jepun.
Read more...


© Blogger templates ProBlogger Template by Ourblogtemplates.com 2008
Back to TOP