30 Mac 2011
27 Mac 2011
LAWATAN PENGARAH PELAJARAN SABAH

Rombongan Pengarah Pelajaran Sabah telah melawat sekolah ini pada 24/03/2011. Kehadiran Tuan Pengarah memberi suntikan semangat kepada warga SMK Kota Marudu untuk lebih cemerlangan lagi. Selain itu, kehadiran Tuan Pengarah juga merupakan hadiah istimewa kepada Puan Pengetua, yang akan bersara nanti. Dalam masa yang sama, penyerahan sijil penghargaan dan kecemerlangan juga telah disampaikan.
23 Mac 2011
SMK KOTA MARUDU: JUARA KALI KE-6
Pasukan Olahraga SMK KM sekali lagi muncul juara MSSD KM 2011. Kejuaraan ini merupakan kejuaraan kali ke-6. Keadaan cuaca yang tidak menentu menjadi penghalang kepada usaha untuk menyapu bersih pingat emas. Sebanyak 24 pingat sahaja yang berjaya dikutip oleh pasukan ini.
Read more...08 Mac 2011
PENYERAHAN BENDERA KONTIJEN OLAHRAGA MSSM SMKKM
22 Februari 2011
TAHNIAH DAN SYABAS

21 Februari 2011
Pelajar Terbaik Luar Bandar STPM 2010
Syivero Patrick telah dianugerahkan sebagai pelajar terbaik luar bandar bagi STPM 2010. Pencapaian pelajar ini merupakan satu lagi pencapaian sekolah ini dalam akademik. Adik Selvero juga telah membuktikan, yang keaktifannya dalam kegiatan ko-kurikulum bukanlah penghalang untuk mencapai keputusan cemerlang dalam akademik. Sokongan padu dari guru-guru dan ibu bapa merupakan antara intipati kejayaannya. Selvero yang sering tersenyum dan kuat bermain telah berjaya menangkis pendapat sesetengah orang yang sering mempertikai keaktifannya dalam kegiatan ko-kurikulum. Tahniah Selvero. Tahniah kepada guru-guru SMK Kota Marudu terutama sekali guru-guru tingkatan 6.
17 Februari 2011
10 Februari 2011
23 Januari 2011
SUKANTARA 2011: PENCARIAN BAKAT BARU
18 Januari 2011
KEJOHANAN MERENTAS DESA PERINGKAT MSSM BAHAGIAN UTARA 2011
13 Januari 2011
KEJOHANAN OLAHRAGA MSS SMK KOTA MARUDU SEKOLAH IMPIAN 2011
SMK KOTA MARUDU: Kejohanan Olahraga MSS SMKKM Sekolah Impian kali ke-39 tahun 2011 akan berlangsung pada 08-10 Februari 2011. Menurut setiausaha MSSSMKKM En George Alang, penambahan pasukan akan dilakukan dengan penyertaan Pasukan Ting.6. Tujuannya adalah untuk memberi peluang kepada pelajar-pelajar ting.6 bertanding walaupun hanya di peringkat sekolah. Puan Pengetua berharap agar semua yang terlibat akan berkerjasama dalam menjayakan sukan ini. Kejayaan dalam sukan adalah titik permulaan kepada kecemerlangan sekolah ini.
Read more...SUKANTARA MSS SMK KOTA MARUDU 2011
SMK KOTA MARUDU: Sukantara MSSSMKKM kali ke-5 Tahun 2011 akan berlangsung pada 20-21 Januari 2011 di Padang sekolah. Sukantara ini merupakan medan pencarian bakat-bakat baru dalam arena olahraga. Oleh itu, acara dalam sukantara adalah terbuka kepada semua pelajar ting.1 dan 2.
Read more...09 Januari 2011
KEJOHANAN MERENTAS DESA PERINGKAT DAERAH 2011
KEJOHANAN MERENTAS DESA PERINGKAT SEKOLAH 2011
02 Januari 2011
MESYUARAT GURU KALI PERTAMA TAHUN 2011
Mesyuarat Guru kali pertama tahun 2011 telah diadakan di Bilik Gerakan, Smk Kota Marudu, bermula jam 2.00 ptg. Mesyuarat ini diadakan bertujuan untuk penyampian arahan-arahan baru dri PPD/JPN/KPM. Selain itu, pemberitahuan tentang tugas-tugas pada tahun 2011. Pada tahun 2011, bahasa Jepun akan diajar. Kelas B.Jepun akan diajar oleh Guru yg berkelulusan utk mengajar Jepun.
Read more...







