FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

PENDIDIKAN DI MALAYSIA ADALAH SATU USAHA BERTERUSAN KE ARAH MEMPERKEMBANGKAN LAGI POTENSI INDIVIDU SECARA MENYELURUH DAN BERSEPADU UNTUK MEWUJUDKAN INSAN YANG SEIMBANG DAN HARMONI DARI SEGI INTELEK, ROHANI, EMOSI, DAN JASMANI BERDASARKAN KEPERCAYAAN DAN KEPATUHAN KEPADA TUHAN
MISI SEKOLAH

MELAHIRKAN MODAL INSAN CEMERLANG MELALUI PENDIDIKAN BERKUALITI BERLANDASKAN FALSAFAH PENDIDIKAN NEGARA

24 Jun 2010

SEMESTER II BERMULA

Minggu ini merupakan minggu pertama persekolahan dalam semester 2 bagi tahun 2010. Pasti para warga pendidik telah pun bersedia dan mempersiapkan diri menghadapi semester ini. Walau pun demam 'world Cup' mengjangkiti semua namun tugas tetap diteruskan. Kata Puan Pengetua, masa ini bukan lagi masa 'enjoy' tapi masa dimana semua kena bersiap dan memastikan segala tumpuan kearah mempersiapkan para pelajar untuk menghadapi peperiksan utama.

Minggu ini juga merupakan sejarah baru bagi SMKKM kerana buat pertama kalinya, perhimpunan di buat pada pertengahan minggu iaitu hari rabu. Tujuannya adalah untuk menjadikan perhimpunan Ko-kum menjadi perhimpunan rasmi sekolah. Dalam masa yg sama juga memastikan semua warga SMKKM memakai pakaian unit beruniform masing-masing dan menurut tinjauan, hampir 90% pelajar dan guru memakai pakaian beruniform pada setiap hari rabu.
Maklumat penting akan tetap disampaikan dari masa kesemasa melalui Sistem PA. Oleh itu, para warga SMKKM kenalah sentiasa peka.

SMKKM juga amat bertuah kerana seramai 3 orang pelatih UMS akan menjalan LM disini selama 3 bulan. Salah seorang pelatih ini merupakan bekas pelajar sekolah ini. Sementera 3 orang pelatih UPSI pula menjalankan R.O.S selama 3 minggu. Ketiga-tiga pelatih ini juga merupakan bekas pelajar SMKKm.

English In Camp akan bermula Jumaat sehingga Sabtu. Dalam masa Kem Bahasa ini, semua warga peserta dimestikan bertutur dalam BI. Objektif utama pelaksanaan ini adalah untuk melatih para pelajar bertutur dalam suasana yang sebenar. Adalah menjadi harapan yang rasa malu dan juga segan para pelajar akan hilang, seterusnya menjadikan mereka berani mencuba.


Catatan oleh Admin

0 ulasan:

  © Blogger templates ProBlogger Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP