FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

PENDIDIKAN DI MALAYSIA ADALAH SATU USAHA BERTERUSAN KE ARAH MEMPERKEMBANGKAN LAGI POTENSI INDIVIDU SECARA MENYELURUH DAN BERSEPADU UNTUK MEWUJUDKAN INSAN YANG SEIMBANG DAN HARMONI DARI SEGI INTELEK, ROHANI, EMOSI, DAN JASMANI BERDASARKAN KEPERCAYAAN DAN KEPATUHAN KEPADA TUHAN
MISI SEKOLAH

MELAHIRKAN MODAL INSAN CEMERLANG MELALUI PENDIDIKAN BERKUALITI BERLANDASKAN FALSAFAH PENDIDIKAN NEGARA

03 Julai 2010

Perkhemahan Mega Kokum 2010 SmkKm: JPA3

Anggota JPA3 menbuat percubaan.
Anggota JPA3 mempersiapkan alatan Abseling.

SMK Kota Marudu: Kehadiran JPA3 semasa perkhemahan kokum SmkKm sangat bererti dan amat dihargai. Para Anggota bertungkus lumus menyediakan dua aktiviti yang julung kali diadakan iaitu 'Abseling dan Flying Fox".

Para peserta berpeluang untuk mencuba kedua-dua aktiviti ini sepanjang perkhemahan. Bagaimana pun menurut anggota JPA3, hanya mereka yang benar-benar berani dan sihat sahaja yang mereka akan lepaskan.

Guru-guru yang terlibat juga tidak melepaskan peluang untuk mencuba. Walaupun ada yang terpaksa mendakap dinding. Peluang untuk melakukan abseling dan flying fox ini bukannya sentiasa ada. Sebab itu, ramai peserta yang ingin mencuba.

Menurut Puan Pengetua, kehadiran anggota JPA3 ini amatlah dihargai dan beliau merakamkan ucapan ribuan terima kasih kerana sudi datang dan memberi peluang kepada para peserta cabaran yang baru. Pengetua juga berharap agar setiap peserta dapat menimbah sesuatu dari aktiviti ini untuk kegunaan diri di masa akan datang.

0 ulasan:

  © Blogger templates ProBlogger Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP