FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

PENDIDIKAN DI MALAYSIA ADALAH SATU USAHA BERTERUSAN KE ARAH MEMPERKEMBANGKAN LAGI POTENSI INDIVIDU SECARA MENYELURUH DAN BERSEPADU UNTUK MEWUJUDKAN INSAN YANG SEIMBANG DAN HARMONI DARI SEGI INTELEK, ROHANI, EMOSI, DAN JASMANI BERDASARKAN KEPERCAYAAN DAN KEPATUHAN KEPADA TUHAN
MISI SEKOLAH

MELAHIRKAN MODAL INSAN CEMERLANG MELALUI PENDIDIKAN BERKUALITI BERLANDASKAN FALSAFAH PENDIDIKAN NEGARA

29 Jun 2010

MENGAMBIL DAN MENANDATANGANI BUKU REKOD KEMAJUAN PELAJAR SMK KOTA MARUDU

Di maklumkan kepada para ibu bapa/penjaga semua pelajar Tingkatan 1, 2, 3, 4, 5 dan 6 atas, SMK Kota Marudu diWajibkan untuk datang mengambil dan menandatangani Buku Rekod Kemajuan Pelajar pada ketetapan berikut:

Tarikh: 1 Julai 2010 ( Khamis )
Masa : 9.45 pagi - 12.30 tengahari bagi Ting. 3, 4, 5 & 6 atas.
12.45 tengahari - 5.00 petang bagi Ting. 1 & 2.
Tempat : Kelas Masing-masing

Proses pengajaran dan pembelajaran sesi pagi akan berjalan seperti biasa sebelum masa rehat iaitu dari jam 7.00 - 9.20 pagi. Semua Guru Kelas dikehendaki berada dalam kelas masing-masing sepanjang masa penyerahan Buku Rekod Kemajuan Pelajar dijalankan.

Pihak sekolah memperuntukkan masa satu minggu iaitu pada 12 - 16 Julai 2010 kepada semua ibu bapa yang ingin berjumpa dengan guru mata pelajaran bagi membincangkan prestasi mata pelajaran anak masing-masing. Tempat perjumpaan ialah di Bilik Guru Pagi dan di Bilik Guru Petang.

Kerjasama semua pihak amat dihargai dan diucapkan terima kasih.

Read more...

PERSIAPAN PERKHEMAHAN MEGA KO-KUM 2010




Read more...

OPERASI TANGKAP ANJING


SMKKM: Sejak akhir-akhir ini, kawasan perkarangan sekolah menjadi tumpuan anjing-anjing tidak bertuan. Keadaan ini telah menimbulkan ketidakselesaan di kalangan warga sekolah. Perasaan takut sering menghantui warga sekolah kerana anjing-anjing ini agar ganas. Oleh itu, pihak sekolah telah memohon bantuan dari MDKM untuk mengatasi masalah ini.

Pihak MDKM bersama dengan Jabatan Haiwan telah memlakukan operasi menangkap anjing. Ubat pelali terpaksa digunakan kerana anjing-anjing ini agak ganas dan liar. Pihak yang terlibat berjaya menangkap beberapa ekor anjing.

Read more...

ELEKTRONIK ASAS PMR




Antara aktiviti pelajar PMR yang sedang menyiapkan litar

Read more...

24 Jun 2010

SEMESTER II BERMULA

Minggu ini merupakan minggu pertama persekolahan dalam semester 2 bagi tahun 2010. Pasti para warga pendidik telah pun bersedia dan mempersiapkan diri menghadapi semester ini. Walau pun demam 'world Cup' mengjangkiti semua namun tugas tetap diteruskan. Kata Puan Pengetua, masa ini bukan lagi masa 'enjoy' tapi masa dimana semua kena bersiap dan memastikan segala tumpuan kearah mempersiapkan para pelajar untuk menghadapi peperiksan utama.

Minggu ini juga merupakan sejarah baru bagi SMKKM kerana buat pertama kalinya, perhimpunan di buat pada pertengahan minggu iaitu hari rabu. Tujuannya adalah untuk menjadikan perhimpunan Ko-kum menjadi perhimpunan rasmi sekolah. Dalam masa yg sama juga memastikan semua warga SMKKM memakai pakaian unit beruniform masing-masing dan menurut tinjauan, hampir 90% pelajar dan guru memakai pakaian beruniform pada setiap hari rabu.
Maklumat penting akan tetap disampaikan dari masa kesemasa melalui Sistem PA. Oleh itu, para warga SMKKM kenalah sentiasa peka.

SMKKM juga amat bertuah kerana seramai 3 orang pelatih UMS akan menjalan LM disini selama 3 bulan. Salah seorang pelatih ini merupakan bekas pelajar sekolah ini. Sementera 3 orang pelatih UPSI pula menjalankan R.O.S selama 3 minggu. Ketiga-tiga pelatih ini juga merupakan bekas pelajar SMKKm.

English In Camp akan bermula Jumaat sehingga Sabtu. Dalam masa Kem Bahasa ini, semua warga peserta dimestikan bertutur dalam BI. Objektif utama pelaksanaan ini adalah untuk melatih para pelajar bertutur dalam suasana yang sebenar. Adalah menjadi harapan yang rasa malu dan juga segan para pelajar akan hilang, seterusnya menjadikan mereka berani mencuba.


Catatan oleh Admin

Read more...

01 Jun 2010

PERAYAAN HARI GURU PERINGKAT SEKOLAH: AKTIVITI DAN GELAGAT GURU2





Read more...

  © Blogger templates ProBlogger Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP