FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

PENDIDIKAN DI MALAYSIA ADALAH SATU USAHA BERTERUSAN KE ARAH MEMPERKEMBANGKAN LAGI POTENSI INDIVIDU SECARA MENYELURUH DAN BERSEPADU UNTUK MEWUJUDKAN INSAN YANG SEIMBANG DAN HARMONI DARI SEGI INTELEK, ROHANI, EMOSI, DAN JASMANI BERDASARKAN KEPERCAYAAN DAN KEPATUHAN KEPADA TUHAN
MISI SEKOLAH

MELAHIRKAN MODAL INSAN CEMERLANG MELALUI PENDIDIKAN BERKUALITI BERLANDASKAN FALSAFAH PENDIDIKAN NEGARA

07 Julai 2010

PERKHEMAHAN MEGA KOKUM 2010:WAJAH2 GURU YANG CERIA

Panorama indah...awan tebal..angin kuat..hari terakhir perkhemahan.
Tanda 'V' menunjukkan kepuasan hati peserta ...berjaya melakukan flyingFox
Wajah ceria Guru Pelatih UMS...yang terlibat sebagai Fasilitator Perkhemahan
Cikgu Erny dan Cikgu Hana..dua wajah yang sentiasa bersama..
Barisan Guru yang sedang melihat peserta melakukan flyingfox. Pastinya Puan Tan..yang sentiasa memberi sokongan...
Tanda 'V' lagi oleh Adik Audery...'puas hati sir' katanya
Cikgu Siti Arfah, Cikgu Dyna, Cikgu Azni, Cikgu Junetiha dan Cikgu Wasnah
Cikgu Sylvia bersama Lower 6...yang merupakan petugas perkhemahan
Antara Guru2 yang datang memberi sokongan kepada peserta perkhemahan
Yeahhhh......
Cikgu Wasnah, Cikgu Banius, Cikgu Sylvia, Cikgu Melany, Cikgu Emdi, Cikgu Pain, Cikgu Alex, Cikgu Annuar.
Cikgu Ernest, Cikgu Chong, Cikgu Bianih
Cikgu Jeson M, Cikgu Eddy, Cikgu Soo, Cikgu Del, Cikgu Voo
Ustaz Shahrir, Cikgu Sharon...Pengcara Rasmi majlis Perasmian dan penutupan perkhemahan
Kumpulan peserta perkhemahan

Read more...

PERKHEMAHAN MEGA KOKUM 2010: PAMERAN

Ruang Pameran GiatMara Kota Marudu
Salah seorang pelatih GiatMara yg juga merupakan bekas pelajar SmkKm
Persatuan Sains
Ruangan AJK Pameran
Antara pelajar yang bertungkus lumus memastikan pameran berjalan lancar
Antara kelengkapan P&P Sains yang dipamerkan oleh persatuan ini
Ruang Pameran Sejarah
Ruang Pameran Persatuan Geografi
Yang ini persatuan Bahasa
Persatuan RekaCipta
Persatuan Bahasa Cina
Ruangan Sastera
Antara bahan2 yang dipamerkan

Read more...

05 Julai 2010

Wajah2 peserta Kem

Para peserta memcuba nasib...jatuh pn p bawah juga
Nampaknya para peserta tidak sabar....

Read more...

PERKHEMAHAN MEGA KOKUM 2010

SMK Kota Marudu : Perkhemahan Kokum Kali ke 9 merupakan salah satu program tahunan dan juga program Mega. Banyak aktiviti yang disediakan, sesuai dengan usaha pihak Sekolah yang mahu para pelajar berusaha mengenali potensi diri. Dalam masa yang sama, membantu para pelajar menyediakan diri, menjadi insan yang seimbang.

Perkhemahan ini akan dirasmikan dan ditutup oleh YB Datuk Seri Dr. Maximus Ongkili. Majlis perasmian ini akan berlangsung pada 05/07/2010, Jam 2.00 ptg. Para pelawat atau warga sekolah juga boleh melawat pameran-pameran yang disediakan oleh kelab2 akedemik dan juga oleh agensi kerajaan.

Read more...

PERKHEMAHAN MEGA KOKUM 2010: BOMBA

SMK Kota Marudu : Kejayaan dan kelancaran perkhemahan tahun ini merupakan adunan kerjasama yang jitu antara sekolah dan pihak lain. Antaranya Bomba Daerah Kota Marudu.
Pihak Bomba terlibat dari hari kedua hinggalah tamat perkhemahan ini. Anggota bomba telah membantu dalam aktiviti ikatan menyelamat. Larian Hos/pengendalian Hos dan latihan kebakaran.

Keterlibatan pihak Bomba dalam aktiviti perkhemahan amat berharga kerana secara tidak langsung, para peserta perkhemahan telah didedahkan dengan tugas dan fungsi Bomba. Ilmu yang disampai merupakan bonus kepada para peserta kerana secara tidak langsung para peserta akan dapat mrnggunakannya semasa menghadapi kesulitan atau kesusahan dimasakan datang....

B: Badan
O: Organisasi
M: Mencegah
B: Bencana
A: Alam

Read more...

Antara Aktiviti2 di Hari Kedua Perkhemahan

Halangan merangka..
Halangan titian bergoyang
Halangan bergayut
Halangan meniti talian
Halangan bergantung di tali
Halangan titian licin
Halangan mendaki tembok
Halangan bergayut ditali
Antara AJK untuk Malam bintang









Read more...

04 Julai 2010

PERKHEMAHAN MEGA KOKUM 2010: HARI Ke - 3

Cikgu Larry mencuba salah satu binaan kumpulan...
Para peserta kem yang sentiasa bersedia..
Perserta sedang berlatih menyanyi untuk aktiviti malam bintang
Kelihatan anggota JPA3 melakukan percubaan flying fox.
Satu pendaratan yang mampu membuatkan kita gerun
Cikgu Hana....walaupun takut tapi berjaya juga...
Kata Hana...legaaaaa.....
Panorama indah....
Cikgu Hana, Cikgu Judiah,Cikgu Flora sedang memantau ahli kumpulan
Apalah rasanya ...nasi ditanak dalam bambu...ada lagi telur rebus tu...
Percubaan memanggang kuih gulung...kata peserta
Ini pula...peserta kumpulan sedang berusaha membuat layang2..
Menghasilkan pori2
Lambaian dari peserta yang berjaya turun..
Orang kuat perkhemahan..Cikgu Larry ( ketua Servis-Co), Cikgu Delinsing ( Ketua Kem), Cikgu Soo (PK Kokum)
Ahli kumpulan mencuba rakit kecil yang dihasilkan oleh mereka.

Kumpulan yang paling penting dan utama...Bahagian Dapur..
Larian Hos..yang dipantau oleh Bomba Kota Marudu. Ingat senang...payah..mcm mau patah pinggang...

Read more...

LAPORAN TERKINI PERKHEMAHAN MEGA KOKUM 2010

Hari kedua, Semua aktiviti berjalan dengan lancar. Nampaknya para peserta melakukan sebaik yang mungkin untuk mendapatkan markah bagi kumpulan. Antara aktiviti yang telah pun berjaya diselesaikan ialah membuat bendera kumpulan, larian lasak/Orientaring/merangkak atas tali, pertandingan membuat jerat/ikatan menyelamat/abseling/flying Fox, perbahasan/membuat gajet/spelling contest/who want to be a high point, sukaneka/mendirikan tiang bendera/malam budaya, bina badan dan camping group.

Kerjasama dikalangan peserta amat penting semasa melakukan aktiviti ini. Ini disebabkan aktiviti ini dilakukan secara berkumpulan dan bukan individu. Mana-mana kumpulan yang tidak bersatu, pasti akan menghadapi banyak masalah.

Read more...

03 Julai 2010

Perkhemahan Mega Kokum 2010 SmkKm: JPA3

Anggota JPA3 menbuat percubaan.
Anggota JPA3 mempersiapkan alatan Abseling.

SMK Kota Marudu: Kehadiran JPA3 semasa perkhemahan kokum SmkKm sangat bererti dan amat dihargai. Para Anggota bertungkus lumus menyediakan dua aktiviti yang julung kali diadakan iaitu 'Abseling dan Flying Fox".

Para peserta berpeluang untuk mencuba kedua-dua aktiviti ini sepanjang perkhemahan. Bagaimana pun menurut anggota JPA3, hanya mereka yang benar-benar berani dan sihat sahaja yang mereka akan lepaskan.

Guru-guru yang terlibat juga tidak melepaskan peluang untuk mencuba. Walaupun ada yang terpaksa mendakap dinding. Peluang untuk melakukan abseling dan flying fox ini bukannya sentiasa ada. Sebab itu, ramai peserta yang ingin mencuba.

Menurut Puan Pengetua, kehadiran anggota JPA3 ini amatlah dihargai dan beliau merakamkan ucapan ribuan terima kasih kerana sudi datang dan memberi peluang kepada para peserta cabaran yang baru. Pengetua juga berharap agar setiap peserta dapat menimbah sesuatu dari aktiviti ini untuk kegunaan diri di masa akan datang.

Read more...

  © Blogger templates ProBlogger Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP