FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

PENDIDIKAN DI MALAYSIA ADALAH SATU USAHA BERTERUSAN KE ARAH MEMPERKEMBANGKAN LAGI POTENSI INDIVIDU SECARA MENYELURUH DAN BERSEPADU UNTUK MEWUJUDKAN INSAN YANG SEIMBANG DAN HARMONI DARI SEGI INTELEK, ROHANI, EMOSI, DAN JASMANI BERDASARKAN KEPERCAYAAN DAN KEPATUHAN KEPADA TUHAN
MISI SEKOLAH

MELAHIRKAN MODAL INSAN CEMERLANG MELALUI PENDIDIKAN BERKUALITI BERLANDASKAN FALSAFAH PENDIDIKAN NEGARA

13 Januari 2010

SUKAN SEKOLAH: PERSIAPAN SUDAH BERMULA.






Nampaknya SMKKM sudah mula mengatur langkah untuk memgekalkan kedudukannya sebagai Juara Olahraga di Daerah ini. Walaupun telah kehilangan beberapa orang atlit yang berkaliber, Pengurusan Olahraga telah pun menyusun strateginya bagi mengisi segala ruang kosong itu.

Pihak MSS SMK Kota Marudu telah pun memberi mandat kepada Ketua Jurulatihnya, En Jeson Majimal untuk merangka percaturan tahun ini. Dan pasti, pada 2010 ini, ramai pasukan yang mengintai untuk menumbangkan Pasukan Olahraga MSS SMKKM, merebut mahkota kejuaraan itu.

Puan Pengetua dalam amanatnya semasa mesyuarat persiapan Sukan, mahu agar SMKKM menetapkan sasaran untuk memastikan ada atlit dari sekolah ini yang tembus ke peringkat kebangsaan. Oleh itu, adalah penting semua warga Sekolah berganding bahu, berkerjasama bagi mencapai kejayaan tersebut. katanya lagi.

Kejayaan dalam bidang kokurikulum merupakan salah satu daripada intipati SMKKM menuju ke arah sekolah gemilang pada tahun 2011. Dalam masa yang sama kata Tuan pengetua, pastikan atlit kita mendapat ilmu yang seimbang, baik dari segi akedemik dan sukan, biar ia maju bersama. kita tidak mahu melahirkan seorang atlit yang tidak seimbang katanya.

En Josil Kiduta, yang juga Setiausaha Induk Mss SMK KM menyatakan yang pihaknya telah pun membuat perancangan seteliti yang mungkin dalam mencapai usaha itu. Ia juga sebagai menyahut seruan KPM yang mahu agar sekolah menjadi pembekal atlit terbaik kepada negara.

0 ulasan:

  © Blogger templates ProBlogger Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP