FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

PENDIDIKAN DI MALAYSIA ADALAH SATU USAHA BERTERUSAN KE ARAH MEMPERKEMBANGKAN LAGI POTENSI INDIVIDU SECARA MENYELURUH DAN BERSEPADU UNTUK MEWUJUDKAN INSAN YANG SEIMBANG DAN HARMONI DARI SEGI INTELEK, ROHANI, EMOSI, DAN JASMANI BERDASARKAN KEPERCAYAAN DAN KEPATUHAN KEPADA TUHAN
MISI SEKOLAH

MELAHIRKAN MODAL INSAN CEMERLANG MELALUI PENDIDIKAN BERKUALITI BERLANDASKAN FALSAFAH PENDIDIKAN NEGARA

08 Jun 2009

PENGAKAP 02: AKTIVITI PERKHEMAHAN 4


SMK KOTA MARUDU: Pengakap SMK Kota Marudu telah mengadakan perkhemahan semasa cuti sekolah. Perkhemahan yang juga merupakan juga persediaan untuk perkhemahan Kokum 2009 nanti. Walaupun masa cuti namun kehadiran ahli pengakap masih memberangsangkan.
Perkhemahan yang bermula dari hari Ahad akan berakhir pada hari Selasa. Antara aktiviti yang dijalankan ialah expedisi 5 buah kampung, larian berhalangan, membina gajet dan malam kebudayaan. Pengakap 02 SMK Kota Marudu dibawah pimpinan Skipper Julian Aban merupakan antara persatuan yang aktif di sekolah ini. Tidak dinafikan yang pengakap antara penyumbang kepada kecemerlangan aktiviti kokum sekolah ini. Hidup Pengakap, Aku Juga ya....

Read more...

06 Jun 2009

KETRAMPILAN

Ramai murid yang agak malu apabila dijemput untuk naik ke pentas atau diminta tampil di depan khalayak sama ada untuk berucap, berpidato atau membuat persembahan. Lazimnya, murid akan saling tolak-menolak menyuruh rakannya untuk ke hadapan. Alangkah ruginya murid itu kerana mensia-siakan peluang keemasan yang diberikan kepadanya.

Sebenarnya masalah malu untuk berkomunikasi secara formal sudah menjadi budaya dalam kalangan pelajar sekolah menengah dan juga murid sekolah rendah. Malah budaya ini terbawa-bawa hinggalah ke peringkat institusi pengajian tinggi (IPT). Budaya yang negatif ini sewajarnya dibendung di peringkat sekolah rendah.

Murid mungkin beranggapan ia satu perkara yang remeh tetapi hakikatnya ia adalah satu proses ketrampilan diri yang mampu mempengaruhi motivasi diri dalam pembelajaran. Antara ciri-ciri pembentukan ketrampilan diri ialah:

• Keberanian: Seseorang murid yang berketrampilan ialah mereka yang berani muncul di hadapan untuk memberi pendapat, membuat persembahan atau sekurang-kurangnya memberi jawapan apabila ditanya atau secara sukarela.

• Aras harga diri yang sihat: Kemunculan diri menjadikannya merasai bahawa ia dihargai. Dengan secara tidak lansung akan meningkatkan aras harga diri yang sihat iaitu satu sikap menghargai potensi yang ada pada diri serta mengambil peluang melakukan tindakan yang positif ke arah kemajuan diri dan juga memberi sumbangan kepada orang lain.

• Menjana minda: Apabila seseorang murid itu sentiasa menggalakkan dirinya berinteraksi maka mindanya akan sentiasa bergerak untuk mencari buah fikiran yang baru. Dengan cara ini seseorang murid dapat memperkayakan daya pemikirannya yang seterusnya mampu membantunya dalam peperiksaan nanti.

• Berdaya saing: Murid-murid boleh melibatkan diri dalam berbagai aktiviti seperti aktiviti dalam bilik darjah yang berkaitan dengan pembelajaran ataupun dalam aktiviti luar bilik darjah seperti dalam sesuatu pertandingan atau menjawat sesuatu jawatan dalam persatuan. Aktiviti seumpama ini boleh mewujudkan semangat berdaya saing secara sihat. Semangat seperti ini amat diperlukan kerana ia boleh meningkatkan daya kreativiti serta keinginan untuk berlumba-lumba melakukan sesuatu yang terbaik ke arah kejayaan.

• Peningkatan kemahiran: Kemahiran berkomunikasi, kemahiran berbahasa serta kemahiran dalam pengucapan awam memerlukan penglibatan murid dalam sesuatu aktiviti. Penglibatan ini penting kerana ia merupakan satu bentuk latihan amali yang perlu dilakukan. Kekerapan penglibatan seseorang murid akan dapat memperbaiki kesilapan yang dilakukan serta memperkembangkan potensi dan kemahiran diri.

Sesungguhnya setiap murid harus mempunyai ciri-ciri ketrampilan diri tersebut. Ia merupakan satu keperluan terhadap diri sendiri dalam mencapai cita-cita dan memenuhi aspirasi negara.

oleh Dr. Ismail Zain.

Read more...

BUDAYA ILMIAH ORANG BARAT WAJAR DICONTOHI

MENARIK sungguh apabila berpeluang berkenalan dan berkesempatan bertukar-tukar idea pada persidangan ilmiah. Sebelum ini, peluang untuk menghadiri sidang seperti itu di luar negara agak terhad. Ketika di luar negara, nampaknya inilah masa sesuai untuk bersama sarjana antarabangsa dan nama besar dalam bidang kewartawanan berbincang aspek kritikal dalam bidang ini.

Minggu lalu saya ke Westminster di London untuk menyertai satu persidangan bertajuk 'Kewartawanan dalam Krisis' yang dianjurkan oleh Jabatan Kewartawanan dan Komunikasi Massa, Universiti Westminster. Nama besar dalam kewartawanan dunia seperti Profesor James Curran dan Profesor Todd Gitlin serta ramai lagi pengamal media adalah antara mereka yang dijemput khas memberi ucaptama, untuk berkongsi idea.

Curran, warga Amerika Syarikat kini berkhidmat di Kolej Goldsmith, Universiti London. Kolej Goldsmith adalah pusat pengajian tinggi terbaik dalam pengajian media di UK. Persidangan selama dua hari itu dihadiri kira-kira 100 pembentang kertas kerja dan peserta. Apa yang menariknya, apabila tiba masa sidang selari, semua peserta dan pembentang kertas kerja yang tidak bersesi akan menyertai sidang yang diminati. Mereka mengambil peluang ini untuk belajar daripada pembentangan orang lain, dan turut memberi idea bernas selepas pembentangan dibuat. Hal yang sama saya lihat dalam satu persidangan lain yang pernah dihadiri di Bedford, UK tahun lalu. Pembentang kertas kerja dan peserta berebut-rebut memilih sidang yang ingin dihadiri, bukan sebaliknya yang sering berlaku di tempat kita. Kadangkala, ada segelintir daripada kita yang kurang menghargai ilmu di depan mata. Ada yang menghadiri persidangan tetapi tidak dengan sepenuh hati.

Ada juga yang pergi semata-mata untuk membentang kertas kerja tetapi tidak bersedia menghadiri sidang lain yang pastinya menghimpun maklumat baru. Di Barat, mereka mengejar ilmu. Kita pula, kadangkala dikejar ilmu tetapi melarikan diri pula.

Saya sendiri tidak boleh lupa dengan pengalaman apabila mula menjadi tenaga pengajar suatu waktu dulu. Kebetulan persidangan pertama yang dihadiri dan turut membentang kertas kerja adalah persidangan antarabangsa di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Bangi. Ketika itu, banyak sekali tajuk pembentangan selari yang menarik sehinggakan sukar rasanya untuk memilih sidang mana yang ingin diikuti.

Namun, seseorang pendidik dengan nada agak sinis menyatakan, 'masa awal-awal ikut persidangan memang nak dengar semua, nanti bila dah lama dah tak nak dengar lagi'. Saya awalnya tidak percaya, namun akhirnya terjadi juga perangai buruk itu pada diri sendiri.

Sehinggalah pengalaman di UK, keadaan itu banyak mengajar kita bermuhasabah diri. Sikap orang Barat yang begitu menghargai ilmu menjadikan kita malu untuk tidak sama-sama seperti mereka.

Di Malaysia, untuk sesi terakhir atau sesi petang persidangan, kadangkala jumlah pembentang lebih ramai daripada yang mendengar.

Selalu didengar pihak penganjur gusar kerana majlis penutup persidangan bakal dihadiri hanya beberapa peserta. Lain ceritanya di UK, sehingga sesi terakhir, semua peserta menunggu untuk maklumat yang dijanjikan.

Pemerhatian saya menunjukkan, sesi terakhir persidangan ini hanya berkurangan sedikit daripada jumlah sesi terawal.

Malah, pihak penganjur juga tidak mengambil mudah semua perkara berkaitan pembentangan yang dijanjikan. Misalnya, Profesor Gitlin dari Sekolah Kewartawanan Universiti Columbia Amerika Syarikat tidak dapat menghadiri persidangan ini pada saat akhir.

Namun, memandangkan beliau adalah nama besar yang berupaya mengupas tema persidangan dengan mendalam selain daya penarik persidangan, maka pihak penganjur mengadakan sidang video secara langsung antara Gitlin dengan peserta pada tarikh dan waktu yang dijanjikan. Dengan kualiti audio dan visual yang baik, mesej Gitlin dapat difahami peserta dengan baik.

Sesi soal jawab selepas itu juga dapat dijalankan tanpa banyak gangguan kecuali kadangkala Gitlin tidak dapat mendengar soalan yang dikemukakan daripada mikrofon tanpa wayar yang disediakan. Namun, peranan pengerusi sidang berupaya menyelesaikan masalah ini.

Saya turut menyatakan kepada pihak penganjur ketika sesi rehat bahawa inilah kali pertama persidangan yang dihadiri menampilkan sarjana dalam bentuk maya dan berita baiknya, apa yang mereka laksanakan berjalan dengan lancar. Katanya, mereka mempunyai jurutera yang hebat membantu memastikan perjalanan sidang tanpa gangguan teknikal.

Selain itu, amat menarik juga jika diperhatikan cara mereka di Barat yang mengambil masa hanya lebih kurang lima hingga 10 minit untuk mengalukan peserta persidangan. Masa tidak terbuang dengan ucapan pembukaan yang panjang yang hanya bermakna kepada sesetengah orang dan menampakkan status serta perbezaan antara pihak atasan dan sebaliknya.

Di sini, peserta persidangan terus dihidangkan dengan ilmu tanpa perlu memikirkan sangat soal siapa orang penting yang hadir. Siapa VIP atau bukan VIP tidak menjadi persoalan, yang penting proses perkongsian ilmu berjalan lancar dan semua orang selesa sepanjang persidangan berlangsung. Justeru, proses menambah ilmu lebih terfokus dan tidak terganggu dengan perkara yang tidak ilmiah, tetapi perlu dilakukan atas nama penghormatan yang jelas kadangkala berlebih-lebihan.

Mungkin juga kerana inilah Perdana Menteri Malaysia menyarankan agar majlis di negara kita perlu kurang membazirkan masa dengan salutasi yang panjang kecuali untuk majlis diraja.

Masa yang terbuang kalau ditumpukan kepada sidang lain dalam persidangan pastinya membawa lebih banyak faedah kepada peserta yang hadir dengan memberi lebih ruang kepada sesi perbincangan atau pembentangan.

Ini adalah sesuatu yang perlu kita ubah, tidak boleh dibiarkan. Sama ada dari segi pelaksanaan atau sikap peserta persidangan itu sendiri, kita perlu cuba pastikan perlakuan itu adalah untuk ilmu yang selepas ini perlu dipanjangkan kepada anak-anak didik.

Penulis ialah pensyarah Universiti Sains Islam Malaysia (Usim) yang melanjutkan pelajaran peringkat Doktor Falsafah dalam bidang kewartawanan di Nottingham Trent University, United Kingdom.

(sumber: Berita Harian)

Read more...

03 Jun 2009

HARI GURU PERINGKAT NEGERI SABAH AKAN DILANCARKAN OLEH TPM

Perayaan Hari Guru Peringkat Negeri Sabah akan diadakan pada 5 Jun 2009 di Dewan SM Ken Hwa, Keningau. Dijangkakan pelancaran perayaan ini akan dilakukan oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Timbalan Pegawai Pelajaran Daerah Keningau, Betty Leong berkata, Tan Sri Muhyiddin akan disambut di kompleks Sukan Keningau, yang akan tiba dengan menaiki helikopter bersama dengan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman.

Lebih kurang 1500 orang guru dari 24 daerah dijangka hadir ke pelancaran hari guru ini selain itu, para menteri kabinet negeri, Kementerian Pelajaran Malaysia, Jabatan Pelajaran Sabah dan juga Pejabat Pelajaran Daerah turut dijemput bagi memeriahkan majlis tersebut.

Anugerah Tokoh Guru Sabah akan disampaikan pada majlis ini.

( Sumber: Daily Express. )

Read more...

GURU PERLU BERKORBAN CAPAI KEJAYAAN

Kota Kinabalu: Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Alimuddin Mohd Dom berkata, pengorbanan dan semangat yang mendalam diperlukan bagi para guru mencapai kecemerlangan. Tanggungjawab guru amat mencabar tetapi tidak mustahil untuk cemerlang.

Bercakap di Majlis penyampaian Anugerah Khidmat Cemerlang Jabatan Pelajaran Sabah di Wisma Muis Sabah selasa lalu, dengan intergriti dalam budaya dan amalan kerja, kakitangan jabatan itu akan dapat membentuk bangsa dan negara yang gemilang.

Beliau menambah, amalan kecemerlangan seperti yang digariskan dalam prinsip pengurusan berkualiti dan nilai-nilai murni dalam pengajaran islam seharusnya dijadikan penyuluh bagi mereka untuk menjalankan tanggungjawab masing-masing. Kejayaan yang dicapai jabatan itu adalah hasil usaha bersama.

Alimuddin telah menyampaikan pingat khidmat cemerlang kepada 163 penerima. Pengarah Pelajaran Negeri, Datuk Normah Gagoh hadir sama. ( Sumber: Daily Express )

Read more...

02 Jun 2009

PROGRAM PELAJAR CEMERLANG UPSR 2009

Program pelajar cemerlang sedang berlangsung di SMK Kota Marudu. Program ini merupakan anjuran bersama Pejabat Pelajaran Daerah dan Majlis Guru Besar Kota Marudu. Program ini bertujuan untuk membantu pelajar yang berpontesi mencapai keputusan cemerlang semasa UPSR nanti. Pengisian program lebih kepada ulangkaji dan latih tubi selain motivasi. Para pelajar ini dilatih untuk menghadapi tekanan semasa menghadapi peperiksaan. Kalau dilihat, pengorbanan pelajar dan guru-guru yang terpaksa melupakan cuti sekolah tidak terkira tetapi pastinya ia akan berbaloi bila pelajar-pelajar ini memperolehi keputusan yang cemerlang. Tahniah.

Read more...

13 Mei 2009

PERTANDINGAN KAWAD KAKI SEKOLAH RENDAH PERINGKAT NEGERI.

SMK KOTA MARUDU : Pertandingan Kawad kaki sedang berlangsung di medan letak kereta MDKM. Terdapat beberapa buah sekolah atau daerah menginap di SMK Kota Marudu. Jelas kelihatan keinginan untuk menjuarai pertandingan dikalangan peserta amat tinggi. Walaupun cuaca agak panas tetapi ini tidak menjadi halangan untuk membuat sedikit latihan.

Read more...

AKTIVITI PERTINA

SMK Kota Marudu : Persatuan tingkatan Enam ( Pertina ) SMK Kota Marudu telah mengadakan perlawanan persahabatan dengan Pertina SMK Tandek. Dua acara telah diadakan perlawanan iaitu bola sepak bagi lelaki dan bola jaring. Aktiviti ini merupakan aktiviti yang telah dirancang khas untuk pelajar tingkatan enam selain itu juga sebagai pengikat silaturahim dengan pertina di sekolah lain.

Read more...

24 April 2009

PERTANDINGAN KAWAD KAKI PERINGKAT NEGERI.



SMK KOTA MARUDU; Pasukan putera KRS dan pasukan putera pengakap SMK Kota Marudu telah mewakili Zon Utara ke pertandingan kawad kaki peringkat negeri yang diadakan di Sandakan. Kedua pasukan ini mewakili kategori KRS dan NGO. Pengetua SMK Kota Marudu, Pn Tan dalam ucapan sebelum berangkat ke Sandakan, beliau merasa sangat gembira kerana sekali lagi, SMK Kota Marudu berjaya menunjukkan komitmen dan dedikasi dalam menjuarai zon utara. Adalah menjadi harapan beliau yang pasukan ini dapat menunjuk persembahan yang baik dan cemerlang yang mungkin akan membolehkan mereka mewakili negeri ke peringkat kebangsaan. Dalam masa yang sama, beliau harap agar para peserta menjaga nama baik sekolah dan daerah semasa di sana. Pasukan KRS dilatih oleh Tuan Yazid Mahadi sementera Pasukan Pengakap oleh Skipper Julian Aban.

Read more...

23 April 2009

KURSUS HEADCOUNT. SIRI 1: PENGENALAN

SMK KOTA MARUDU: Unit peperiksaan SMK Kota Marudu telah mengadakan siri kursus headcount bermula pada 23.04.2009. Kursus ini telah disampaikan oleh Puan Dayang Khursiah. Dalam penerangan beliau, objektif utama headcount adalah untuk mengenalpasti pencapaian pelajar dan juga dapat membuat penambahbaik dalam proses P&P. Dengan adanya headcount, setiap pelajar dapat dinilai tahap pencapaian. Oleh itu, penetapan sasaran dapat ditentukan sesuai dengan tahap kemahiran pelajar. Kursus ini telah dihadir oleh semua guru SMK Kota Marudu. Adalah menjadi harapan, apabila guru-guru telah mahir dan boleh mengaplikasikan headcount ini. Maka guru-guru dapat memastikan seseorang pelajar itu mampu menghasilkan pencapaian yang cemerlang.

Read more...

21 April 2009

MESYUARAT PENGETUA DAN GURU BESAR DAERAH KOTA MARUDU.

SMK KOTA MARUDU: Satu mesyuarat pengetua-pengetua dan guru besar daerah Kota marudu telah diadakan di bilik Gerakan SMK Kota Marudu. Pegawai dari pejabat pendidikan daerah juga turut serta dalam mesyuarat ini. Mesyuarat ini bertujuan untuk menentukan hala tuju dalam pemperkasa pendidikan di daerah ini.

Read more...

EVERY TUESDAY IS ENGLISH DAY

Smk Kota Marudu telah menjadikan setiap selasa sebagai hari bahasa english. Semua warga sekolah digalakkan berbual dalam bahasa english. Tujuan utamanya adalah untuk memberi peluang kepada para pelajar merasai suasana pembelajaran bahasa english secara terbuka dan juga santai. Keadaan ini akan dapat mengurangkan tekanan kepada pelajar untuk bertutur. Selain itu, para pelajar juga akan dapat mengurangkan rasa malunya kerana semua pun kena berkomunikasi dalam bahasa english.

Read more...

SEMINAR MOTIVASI SPM DAN STPM

Unit bimbingan dan kaunseling bersama dengan Husni enterprise telah mengadakan satu seminar motivasi untuk para pelajar spm dan stpm 2009. Objektif seminar ini adalah untuk merangsang minda dan minat para pelajar, dalam usaha mereka mencapai kecemerlangan. Penceramah khas telah dijemput untuk membantu bagi menyemarakkan semangat pelajar. Seminar ini dijangka akan berlangsung selama 2 hari dengan memberi tumpuan khusus kepada pelajar spm dan stpm. Seminar ini juga dibuat sejajar dengan usaha pihak sekolah untuk mencapai status sekolah cemerlang pada tahun 2011.

Read more...

20 April 2009

MESYUARAT KURIKULUM KALI KE -4 2009

Read more...

19 April 2009

ENGLISH CAMP AT SMK KOTA MARUDU

Kem bahasa English berlangsung dari 17-19 .04 .2009. Aktiviti ini merupakan inisiatif panitia bahasa english. En. Felix dalam membantu meningkatkan penguasaan bahasa ini dikalangan pelajar. Fokus utama kem ini adalah pelajar yang mampu mencapai keputusan yang cemerlang dalam bahasa semasa peperiksaan awam nanti. Melihat kepada aktiviti yang mereka lakukan pasti pelajar ini akan mendapat input-input yang amat berguna. Sepanjang kem ini, penggunaan bahasa lain amatlah ditegah. Bahasa English menjadi bahasa utama dalam komunikasi mereka. Kerjasama daripada para guru bahasa juga amat baik hinggakan mereka sanggup berada diperkarangan sekolah sehingga lewat malam. Pelajar juga memberi respon yang baik, walaupaun sesetengah dari mereka janggal dalam pertuturan tetapi mereka lakukan juga. Diharapkan kem ini akan mencapai sasaran yang telah mereka tetapkan. Syabas dan tahniah kepada MR. Felix dan Krewnya...

Read more...

18 April 2009

PERTANDINGAN KAWAD KAKI NGO DAN GO PERINGKAT ZON UTARA.

Sekali lagi, SMK Kota Marudu menunjukkan belangnya dengan menjuarai pertandingan ini. SMK Kota Marudu berjaya membolot tempat pertama bagi 5 kategori iaitu juara putera dan puteri KRS, juara kategori ngo putera dan puteri serta juara bagi go kategori putera. Nampaknya usaha dan keringat para jurulatih dan juga ahli berbaloi. Walaupun terdapat halangan dan juga ketidakpuas hatian pada awal-awal persediaan namun kerana kebijaksanaan penolong kanan kokum, En. Soo, beliau berjaya mengatasi masalah tersebut yang berpunca dari salah faham tentang maklumat. Tahniah di ucapkan kepada Tuan Yazid, Skipper Julian dan Puan Halimah atas kejayaan anak buah mereka. Komitmen dan dedikasi yang tinggi merupakan ramuan dalam kejayaan mereka. Tahniah SMK KOTA MARUDU, SEKOLAH IMPIAN.

Read more...

17 Mac 2009

TAHNIAH WARGA SMK KOTA MARUDU

Sekali lagi Kota Marudu menjadi sebutan kerana kejayaannya dalam menghantar ramai atlit mewakili daerah ke bahagian zon utara. Seramai 35 orang atlit SMK kota Marudu yang bertanding di peringkat zon telah membantu daerah Kota Marudu menduduki tempat kedua. Syabas.

Seramai 11 orang atlit dari SMK KOTA Marudu berjaya mewakili Bahagian Zon Utara ke peringkat Negeri. Satu pencapaian yang memberangsangkan.

Dalam keputusan STPM dan SPM pula, SMK KOTA MARUDU telah menunjukkan meningkatan yang cemerlang. Jelaslah yang SMK KOTA MARUDU masih sekolah terbaik di utara ini.

Read more...

27 Februari 2009

PERSEDIAAN ATLIT SMK KOTA MARUDU: Menuju Puncak

Puncak Bukit Pancaran di Kota Marudu

Salah satu aktivti yang di rancang..menawan Bukit Pancaran, Dengan kecuraman jalannya lebih kurang 40-45%, kemampuan seseorang agak teruji. Jarak dari bawa hingga ke puncak dalam 3 kilometer. Cabaran yang dihadapi agak sukar kalau sekiranya tidak tahan dari segi mental, memang memenatkan. Seramai 30 orang atlit dan jurulatih yang telah mengikuti program ini. Rata-rata semuanya telah berjaya. Kesengsaraan semasa berlari naik terubat seketika apabila dapat melihat panorama indah Teluk Marudu... sayup mata memandang. Adalah menjadi harapan agar segala usaha ini akan menjadi suntikan semangat yang baru dikalangan atlit nanti

Read more...

23 Februari 2009

MESYUARAT PERSEDIAAN KONTINJEN DAERAH KOTA MARUDU 2009

Mesyuarat pembentukan kontinjen dan pemilihan peserta MSS Daerah Kota Marudu bagi mengikuti kejohanan olahraga MSS Bahagian Utara di Kudat tahun 2009. Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh En. Gulkan Bisari @ Haji Hassan. Ketua Unit Sukan Pejabat Pendidikan Daerah Kota Marudu. Beliau sebelum itu menyampaikan salam dari pemangku pegawai pendidikan daerah. Beliau berharap agar kontinjen tahun ini dapat menunjukkan kecemerlangan dan juga melahirkan atlit yang mampu ke peringkat kebangsaan. Walau pun terdapat beberapa kekangan, namun usaha untuk mengatasi permasalahan ini akan dilakukan. Mesyuarat ini juga telah dihadiri oleh beberapa orang guru merangkap pengurus dan juga ketua jurulatih.
Antara pegawai dan guru yang hadir:

  1. En. Henry Masampai ( Penyelia Sukan )
  2. En. Jeson Majimal ( SMK KM )
  3. En. Maurice Kundapit ( SMK KM2)
  4. En. Walin Mating ( SMK Bandau )
  5. En. Siva Kumar ( SMK Langkon )
  6. En. Jusip Sibil ( SMK KM )
  7. En. Readly Leong ( SMK Langkon )
  8. En. Yusry Jackney ( SMK Langkon )
  9. En. Japlee ( SMK KM2)
  10. En. Princehero (SMK KM)
  11. En. Clarence ( SMK Tandek )
  12. En. Emin ( SK. Langkon )
  13. En. Caliktus ( SMK Bandau )
  14. En. Herman ( SK. Marak Parak )
  15. En. Jepson ( SK. Salimandut )
  16. En. Jesvi. ( SMK KM )
  17. En. Chong ( SRJK KHOI MING )
  18. En. Abdul Majid ( SK. BENGKONGAN )

Read more...

19 Februari 2009

ATLIT SMK KM: PENYUMBANG PINGAT





Read more...

HARI KEMUNCAK- PENENTU JUARA.

KEUNGGULAN KONTINJEN SMK KOTA MARUDU DALAM SUKAN OLAHRAGA DI DAERAH KOTA MARUDU TIDAK DAPAT DINAFIKAN. SEPANJANG 4 HARI KEJOHANAN BERLANGSUNG, PUNGUTAN PINGAT EMAS KONTINJEN INI SENTIASA BERTAMBAH. KOMITMENT PARA JURULATIH DAN ATLIT BERBALOI APABILA SEKALI LAGI, KONTINJEN INI DINOBATKAN SEBAGAI JUARA DENGAN PUNGUTAN EMAS SEBANYAK 35 PINGAT. DIIKUTI OLEH KONTINJEN SMK TANDEK 12 PINGAT EMAS DAN TEMPAT KE-3 , KONTINJEN SMK BANDAU. TAHNIAH KEPADA SMK KOTA MARUDU.

Read more...

18 Februari 2009

WAJAH2 ORANG KUAT MSS SMK KOTA MARUDU

MISS ERNY. CAPERON.

MR. JUSIP. TIMBALAN PENGURUS PASUKAN
MRS.JOSNAH ALIAMAT. FISIOTERAPI
MR.PAIN GAGAU.JURULATIH.
CIK NURUL AINI JOHARI. PENGURUS KATEGORI

Read more...

HARI KE - 3



Read more...

MSSD KOTA MARUDU 09: Hari Ke - 3


NAMPAKNYA KONTINJEN MSS SMK KOTA MARUDU MASIH LAGI MENDAHULUI KONTINJEN LAIN. DALAM ACARA BALAPAN, SUKAR UNTUK MENGHALANG KEMAMPUAN KONTINJEN INI. WALAUPUN KONTINJEN INI DIWAKILI OLEH MUKA-MUKA BARU NAMUN IA TETAP GAGAH MEMENANGI SETIAP ACARA YANG DISERTAINYA...GO MARUDU...

Read more...

17 Februari 2009

PEMBANTU JURULATIH: ATLIT SENIOR




Gambar seterusnya layari, http://www.flickr.com/photos/35463549@N07

Read more...

KEPUTUSAN RASMI HARI KE-2


SMK KOTA MARUDU MENDAHULUI KONTINJEN LAIN DALAM PUNGUTAN EMAS. KEKUATAN DAN KOMITMENT ATLIT SERTA JURULATIH JUGA PENGURUS MENJADI ELEMEN PENTING DALAM KONTINJEN INI.

Read more...

PENGURUS PILIHAN 1

En. Chee merupakan anggota baru dalam kontinjen MSS SMK KOTA MARUDU. Beliau sentiasa memastikan segala dokumen yang diperlukan tersedia. Beliau juga akan memastikan atlit yang mengambil bahagian di daftarkan tepat pada masanya. Beliau paling risau kalau sekiranya atlit itu tidak dapat bertanding kerana masalah dokumentasi.

Read more...

CERITA HARI KE-2







Read more...

MSSD KOTA MARUDU 09: Hari Kedua

Hari ini merupakan hari ke-2 kejohanan MSSDKM09, Acara pertama balapan iaitu 10000 meter jalan kaki telah dimenangi oleh peserta SMK Kota Marudu, Adik J wesley, Sementera acara 5000 jalan kaki perempuan kelas 1 juga di menangi oleh peserta dari SMK Kota Marudu. Nampaknya hari ke-2 ini seperti milik pasukan SMK Kota Marudu. Kekuatan atlit SMK Kota Marudu sukar di tandingi oleh atlit lain. Setakat Jam 11.30 pagi tadi, Smk Kota Marudu sudah memunggut 5 pingat emas. Atlit SMK Kota Marudu juga mendapat suntikan baru dengan penyerahan pakaian pasukan sebentar tadi oleh En Soo.

Read more...

16 Februari 2009

JURULATIH PILIHAN 2


Mr. Meijil Totong 'The Smile Boy' merupakan pakar dalam acara jalan kaki. Beliau sentiasa mendapat bakat baru dalam acara ini. Salah seorang jurulatih senior dalam pasukan Mss Smk Kota Marudu. Kepakaran beliau setakat ini masih belum ditandingi oleh mana-mana jurulatih di Daerah Kota Marudu. Kelebihan beliau yang sentiasa tersenyum, menjadikan beliau antara jurulatih kesukaan atlit. Tapi kalau sudah marah, jangan main kata En. Meijil.

Read more...

JURULATIH PILIHAN 1

En. Asri Abdullah merupakan antara muka lama dalam Pasukan MSS SMK Kota Marudu. Beliau merupakan pakar dalam acara hept dan pent atau acara orang besi. Beliau sentiasa memastikan pelatihnya mendapat perhatian secukupnya terutama sekali semasa latihan. Istilah mengaku kalah tidak ada dalam kamus olahraganya. menurut beliau lagi, selagi masih boleh berlari, boleh berdiri dan melompat, masih ada peluang untuk berjaya. Kata En Asri lagi, pantang melihat atlit yang tidak berdisplin.

Read more...

REKOD BARU: Lompat Tinggi Kelas 1

Adik Akino Robert merupakan pelajar tingakatan 5 . Beliau berasal dari Kg Soronsob.
Adik Akino juga merupakan antara atlit senior dalam pasukan MSS SMK KOTA Marudu.
Adik Akino mendapat latihan khusus daripada En. Madzim untuk acara lompat tinggi selain itu adik Akino juga mengambil acara lompat kijang dan lompat jauh.
En. Larry Andang merupakan salah seorang mentornya dalam acara lompat kijang dan jauh.
Menurut adik Akino, dia ingin menebus kegagalannya tahun lalu apabila tercicir untuk mewakili pasukan olahraga negeri. Adalah menjadi harapan adik Akino yang pada tahun ini dia akan dapat mewakili negeri ke peringkat kebangsaan.
Dia juga mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih terutamanya kepada 2 orang jurulatih peribadi iaitu En. Madzim dan En. Larry yang sentiasa membantunya. Dia juga tidak lupa kepada En. Jeson Majimal kerana memberi peluang untuk mewakili pasukan SMK Kota Marudu.
Nasihatnya kepada atlit, berusahalah..

Read more...

KEJOHANAN OLAHRAGA MSS DAERAH KOTA MARUDU KALI KE-36

KOTA MARUDU : Kejohanan Olahraga MSSD Kota Marudu akan berlangsung dari 16-19 Februari, di Padang Sekolah SMK Kota Marudu,Sekolah Impian. Kejohanan ini disertai oleh 6 buah Sekolah Menengah dan 4 Zon Sekolah Rendah. Pada hari pertama kejohanan yang menyaksikan lebih banyak acara padang berlangsung, telah menjadi milik kontijen Mss SMK Tandek dengan kelebihan 1 pingat emas. Ternyata pasukan Tandek tetap unggul dalam acara padang. Walau bagaimanapun, menurut pengurus pasukan SMK Kota Marudu, kedudukan itu belum pasti kekal kerana masih ada 3 hari lagi kejohanan. Beliau percaya yang atlitnya pasti akan memberikan tentangan yang kuat untuk memastikan pingat emas tetap menjadi milik mereka. Berdasarkan kepada prestasi mereka di hari pertama, peluang untuk menjadi juara tetap ada kata En. Jeson Majimal. Seorang pegawai pengiring Pasukan Smk Tandek pula yakin yang mereka juga berpeluang untuk menjadi juara. Keyakinan ini bertambah kuat lagi dengan kemampuan mereka untuk mendahului di hari pertama. Apa pun keputusan yang berlaku nanti kena tunggu sehingga hari terakhir. Pada hari pertama juga, atlit Smk Kota Marudu, Adik Akino Robert berjaya memadamkan rekod lama lompat tinggi. Adik Akino berjaya membuat lompatan setinggi 1.82 meter mengatasi rekod,1.77 meter.

Read more...

15 Februari 2009

PASUKAN UNIT BERUNIFORM SMK KOTA MARUDU





Read more...

SENYUMAN WARGA SMK KOTA MARUDU





Read more...

MEMORI SUKAN SMK KOTA MARUDU




Read more...

02 Februari 2009

AKSI-AKSI PEMAIN BADMINTON SMK KOTA MARUDU

Mr.Rich dan Mr.Soo...pasti sedang berbincang strategi seterusnya.
Mr.Jaisin dengan gaya hebatnya membuat pukulan KO sambil diperhatikan oleh Mr Banius..Jangan takut Sin.. C prince saja tu...
Mr Prince sedang membuat servis...MR Bani berjaga di belakang..Jaga kau banius, tadi kau smash...tiada point kamu...
Mr Dell dan Mr Jason sedang menanti return dari Mr Rano yang tak sampai-sampai
Gandingan Mantap Mr Alim dan Mr Rano. Macam tak caya je...boleh mainkah ni..

Read more...

01 Februari 2009

MSS SMK KM 2009

Kota Marudu : Majlis Sukan Sekolah SMK Kota Marudu;Sekolah Impian akan bermula pada 2 feb 2009 bersamaan hari Isnin. Menurut En Josil Kidutah, setiausaha penganjur, kejohanan ini akan berlangsung selama 4 hari dan dijangka hampir 400 orang pelajar menyertainya. Terdapat 6 rumah sukan yang akan berentap merebut piala kejohanan. Satu mesyuarat pengurus pasukan akan diadakan pada ahad ini bagi membuat pengesahan peserta serta membuat penggantian jika perlu.

Read more...

  © Blogger templates ProBlogger Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP