FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

PENDIDIKAN DI MALAYSIA ADALAH SATU USAHA BERTERUSAN KE ARAH MEMPERKEMBANGKAN LAGI POTENSI INDIVIDU SECARA MENYELURUH DAN BERSEPADU UNTUK MEWUJUDKAN INSAN YANG SEIMBANG DAN HARMONI DARI SEGI INTELEK, ROHANI, EMOSI, DAN JASMANI BERDASARKAN KEPERCAYAAN DAN KEPATUHAN KEPADA TUHAN
MISI SEKOLAH

MELAHIRKAN MODAL INSAN CEMERLANG MELALUI PENDIDIKAN BERKUALITI BERLANDASKAN FALSAFAH PENDIDIKAN NEGARA

04 Julai 2010

LAPORAN TERKINI PERKHEMAHAN MEGA KOKUM 2010

Hari kedua, Semua aktiviti berjalan dengan lancar. Nampaknya para peserta melakukan sebaik yang mungkin untuk mendapatkan markah bagi kumpulan. Antara aktiviti yang telah pun berjaya diselesaikan ialah membuat bendera kumpulan, larian lasak/Orientaring/merangkak atas tali, pertandingan membuat jerat/ikatan menyelamat/abseling/flying Fox, perbahasan/membuat gajet/spelling contest/who want to be a high point, sukaneka/mendirikan tiang bendera/malam budaya, bina badan dan camping group.

Kerjasama dikalangan peserta amat penting semasa melakukan aktiviti ini. Ini disebabkan aktiviti ini dilakukan secara berkumpulan dan bukan individu. Mana-mana kumpulan yang tidak bersatu, pasti akan menghadapi banyak masalah.

Read more...

03 Julai 2010

Perkhemahan Mega Kokum 2010 SmkKm: JPA3

Anggota JPA3 menbuat percubaan.
Anggota JPA3 mempersiapkan alatan Abseling.

SMK Kota Marudu: Kehadiran JPA3 semasa perkhemahan kokum SmkKm sangat bererti dan amat dihargai. Para Anggota bertungkus lumus menyediakan dua aktiviti yang julung kali diadakan iaitu 'Abseling dan Flying Fox".

Para peserta berpeluang untuk mencuba kedua-dua aktiviti ini sepanjang perkhemahan. Bagaimana pun menurut anggota JPA3, hanya mereka yang benar-benar berani dan sihat sahaja yang mereka akan lepaskan.

Guru-guru yang terlibat juga tidak melepaskan peluang untuk mencuba. Walaupun ada yang terpaksa mendakap dinding. Peluang untuk melakukan abseling dan flying fox ini bukannya sentiasa ada. Sebab itu, ramai peserta yang ingin mencuba.

Menurut Puan Pengetua, kehadiran anggota JPA3 ini amatlah dihargai dan beliau merakamkan ucapan ribuan terima kasih kerana sudi datang dan memberi peluang kepada para peserta cabaran yang baru. Pengetua juga berharap agar setiap peserta dapat menimbah sesuatu dari aktiviti ini untuk kegunaan diri di masa akan datang.

Read more...

PERKHEMAHAN MEGA KOKUM 2010: HARI KE - 2

Aktiviti abseling yg dikendali oleh JPA3 Kota Marudu
Cikgu Dayang Ayu cuba memberi pose terbaik walaupun takut...
Gaya menuruni bangunan cik ayu
Cikgu Soo cuba gaya baru....
Sempat lagi berpose di awangan....
Salah seorang peserta perkhemahan yang berani mencuba
Tiang penahan untuk flying Fox sedang di sediakan oleh Anggota JPA3
Para peserta perkhemahan bersedia untuk aktiviti seterusnya
Jauh juga...inilah Flying fox...aktiviti baru dalam perkhemahan tahun ini
berkumpul untuk berjaya....itulah antara slogan kumpulan perkhemahan
Sedia menungguh arahan seterusnya
Antara kumpulan yang pertama berjaya mendirikan tiang bendera
Tengah berusaha untuk menyediakan tiang bendera.






Read more...

PERKHEMAHAN MEGA KOKUM 2010: LENSA

Perbincangan kumpulan untuk memastikan setiap ahli mengambil bahagian
Inilah khemah ko-perkhidmatan
antara tugas2 ko perkhidmatan
Khemah2 peserta....akhirnya siap juga....
Petugas bahagian percetakan....sentiasa berdepan dengan pc...sebarang aktiviti direkodkan
Aktiviti baru...abseling...siapa berani...cubalah...hasil kerjasama JP3 Kota Marudu
Aksi jurulatih membuat penurunan pertama....
Alamak.....gerunnnnn.....
Para peserta semasa ice breaking....
Para Guru2 yang bertungkus lumus memastikan aktiviti berjalan lancar...masa post mortem
Demi sekolah dan anak bangsa....kjp lgi mahu tgok brazil vs belanda....sabar ja ...
wajah2 ceria petugas....dalam penat masih senyum...
Tengah tungguh arahan seterusnya.....
Petugas-petugas yang siap sedia....

Read more...

02 Julai 2010

PERKHEMAHAN MEGA KOKUM 2010: HARI PERTAMA






Read more...

GURU PELATIH UPSI DI SMK KM

Read more...

29 Jun 2010

MENGAMBIL DAN MENANDATANGANI BUKU REKOD KEMAJUAN PELAJAR SMK KOTA MARUDU

Di maklumkan kepada para ibu bapa/penjaga semua pelajar Tingkatan 1, 2, 3, 4, 5 dan 6 atas, SMK Kota Marudu diWajibkan untuk datang mengambil dan menandatangani Buku Rekod Kemajuan Pelajar pada ketetapan berikut:

Tarikh: 1 Julai 2010 ( Khamis )
Masa : 9.45 pagi - 12.30 tengahari bagi Ting. 3, 4, 5 & 6 atas.
12.45 tengahari - 5.00 petang bagi Ting. 1 & 2.
Tempat : Kelas Masing-masing

Proses pengajaran dan pembelajaran sesi pagi akan berjalan seperti biasa sebelum masa rehat iaitu dari jam 7.00 - 9.20 pagi. Semua Guru Kelas dikehendaki berada dalam kelas masing-masing sepanjang masa penyerahan Buku Rekod Kemajuan Pelajar dijalankan.

Pihak sekolah memperuntukkan masa satu minggu iaitu pada 12 - 16 Julai 2010 kepada semua ibu bapa yang ingin berjumpa dengan guru mata pelajaran bagi membincangkan prestasi mata pelajaran anak masing-masing. Tempat perjumpaan ialah di Bilik Guru Pagi dan di Bilik Guru Petang.

Kerjasama semua pihak amat dihargai dan diucapkan terima kasih.

Read more...

PERSIAPAN PERKHEMAHAN MEGA KO-KUM 2010




Read more...

OPERASI TANGKAP ANJING


SMKKM: Sejak akhir-akhir ini, kawasan perkarangan sekolah menjadi tumpuan anjing-anjing tidak bertuan. Keadaan ini telah menimbulkan ketidakselesaan di kalangan warga sekolah. Perasaan takut sering menghantui warga sekolah kerana anjing-anjing ini agar ganas. Oleh itu, pihak sekolah telah memohon bantuan dari MDKM untuk mengatasi masalah ini.

Pihak MDKM bersama dengan Jabatan Haiwan telah memlakukan operasi menangkap anjing. Ubat pelali terpaksa digunakan kerana anjing-anjing ini agak ganas dan liar. Pihak yang terlibat berjaya menangkap beberapa ekor anjing.

Read more...

ELEKTRONIK ASAS PMR




Antara aktiviti pelajar PMR yang sedang menyiapkan litar

Read more...

24 Jun 2010

SEMESTER II BERMULA

Minggu ini merupakan minggu pertama persekolahan dalam semester 2 bagi tahun 2010. Pasti para warga pendidik telah pun bersedia dan mempersiapkan diri menghadapi semester ini. Walau pun demam 'world Cup' mengjangkiti semua namun tugas tetap diteruskan. Kata Puan Pengetua, masa ini bukan lagi masa 'enjoy' tapi masa dimana semua kena bersiap dan memastikan segala tumpuan kearah mempersiapkan para pelajar untuk menghadapi peperiksan utama.

Minggu ini juga merupakan sejarah baru bagi SMKKM kerana buat pertama kalinya, perhimpunan di buat pada pertengahan minggu iaitu hari rabu. Tujuannya adalah untuk menjadikan perhimpunan Ko-kum menjadi perhimpunan rasmi sekolah. Dalam masa yg sama juga memastikan semua warga SMKKM memakai pakaian unit beruniform masing-masing dan menurut tinjauan, hampir 90% pelajar dan guru memakai pakaian beruniform pada setiap hari rabu.
Maklumat penting akan tetap disampaikan dari masa kesemasa melalui Sistem PA. Oleh itu, para warga SMKKM kenalah sentiasa peka.

SMKKM juga amat bertuah kerana seramai 3 orang pelatih UMS akan menjalan LM disini selama 3 bulan. Salah seorang pelatih ini merupakan bekas pelajar sekolah ini. Sementera 3 orang pelatih UPSI pula menjalankan R.O.S selama 3 minggu. Ketiga-tiga pelatih ini juga merupakan bekas pelajar SMKKm.

English In Camp akan bermula Jumaat sehingga Sabtu. Dalam masa Kem Bahasa ini, semua warga peserta dimestikan bertutur dalam BI. Objektif utama pelaksanaan ini adalah untuk melatih para pelajar bertutur dalam suasana yang sebenar. Adalah menjadi harapan yang rasa malu dan juga segan para pelajar akan hilang, seterusnya menjadikan mereka berani mencuba.


Catatan oleh Admin

Read more...

01 Jun 2010

PERAYAAN HARI GURU PERINGKAT SEKOLAH: AKTIVITI DAN GELAGAT GURU2





Read more...

  © Blogger templates ProBlogger Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP