FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

PENDIDIKAN DI MALAYSIA ADALAH SATU USAHA BERTERUSAN KE ARAH MEMPERKEMBANGKAN LAGI POTENSI INDIVIDU SECARA MENYELURUH DAN BERSEPADU UNTUK MEWUJUDKAN INSAN YANG SEIMBANG DAN HARMONI DARI SEGI INTELEK, ROHANI, EMOSI, DAN JASMANI BERDASARKAN KEPERCAYAAN DAN KEPATUHAN KEPADA TUHAN
MISI SEKOLAH

MELAHIRKAN MODAL INSAN CEMERLANG MELALUI PENDIDIKAN BERKUALITI BERLANDASKAN FALSAFAH PENDIDIKAN NEGARA

13 Oktober 2010

Peperiksaan Dalaman Bermula

Peperiksaan bagi tingkatan 6 rendah dan 4 bermula hari ini. Bagi tingkatan 3, yang baru lepas PMR. Satu program khas atau aktiviti selepas peperiksaan telah pun disediakan oleh pihak pentadbir. Tujuan program ini adalah untuk memastikan pelajar-pelajar tingkatan 3 tidak ponteng sekolah. Semua pelajar wajib datang kerana tempoh persekolahan masih ada sebulan lagi. Ketidakhadiran mereka akan menjejaskan peluang para pelajar untuk menyambung belajar di sekolah ini. Oleh itu, untuk menghilangkan rasa bosan dan kosong para pelajar tersebut, beberapa program yang bersifat akademik dan juga sukan akan diadakan.

Sementera itu, bagi pelajar SPM dan STPM, mereka masih lagi belajar seperti biasa. namun mereka lebih banyak mengadakan latih tubi dan juga perbincangan topik ke topik bersama guru-guru mereka. Pihak pentadbir juga berharap agar para pelajar SPM dan STPM mengambil peluang peluang untuk berjumpa dengan beberapa orang guru pakar disekolah, berbincang tentang matapelajaran yang dirasakan masih lemah. Begitu juga dengan kehadiran pelajar SPM dan STPM, mesti penuh sehingga akhir terakhir persekolahan.

Puan Pengetua juga berpesan agar dalam masa yang sama para pelajar SPM dan STPM sentiasa mematuhi peraturan sekolah. Selain itu katanya, jaga kesihatan dan diri agar tidak menjadi halangan untuk menduduki peperiksaan nanti. Adalah amat merugikan, sekiranya disaat akhir, pelajar tidak datang menduduki peperiksaan. Gunakan masa-masa yang ada ini untuk mengukuhkan persediaan kamu katanya lagi.

Semoga berjaya dan semoga selamat untuk ke puncak kejayaan. See you at the TOP

1 ulasan:

salemy82 16 Oktober 2010 pada 9:41 PTG  

Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia,

Saya Salemy dari Beaufort, Sabah ingin mengajak pihak tuan/puan untuk menjadikan SMK Kota Marudu lebih profesional dan berkredibiliti dengan menyewa domain name :

www.smkkotamarudu.com @ www.smkkotamrudu.ws

Satu kelebihan menyewa domain name melalui Global Domains International (GDI) ialah pihak sekolah dapat menjana pendapatan sampingan yang sungguh lumayan. Sewa hanya serendah RM35 sebulan atau RM420 setahun. Untuk maklumat lanjut sila layari laman web saya di www.inamie.

Terima kasih.

Salemy Amat Shah
admin@inamie.ws

"Jadikan idea internet punca pendapatan anda.." - Inamie

  © Blogger templates ProBlogger Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP