FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

PENDIDIKAN DI MALAYSIA ADALAH SATU USAHA BERTERUSAN KE ARAH MEMPERKEMBANGKAN LAGI POTENSI INDIVIDU SECARA MENYELURUH DAN BERSEPADU UNTUK MEWUJUDKAN INSAN YANG SEIMBANG DAN HARMONI DARI SEGI INTELEK, ROHANI, EMOSI, DAN JASMANI BERDASARKAN KEPERCAYAAN DAN KEPATUHAN KEPADA TUHAN
MISI SEKOLAH

MELAHIRKAN MODAL INSAN CEMERLANG MELALUI PENDIDIKAN BERKUALITI BERLANDASKAN FALSAFAH PENDIDIKAN NEGARA

18 Oktober 2010

PROGRAM MENANAM POKOK






SMK KOTA MARUDU; Alam sekitar yang nyaman nan menghijau merupakan elemen penting dalam proses merangsang minda pelajar. Selain itu, ia mampu mengurang rasa stress setelah seharian berdepan dengan buku. Justeru itu, Pentadbir sekolah dengan kerjasama PIBG telah melancarkan program menghijaukan kawasan sekolah, yang juga merupakan salah satu aktiviti khusus dalam program lepas peperiksaan PMR. Pelancaran ini telah dilakukan pada Jumaat lepas oleh Yang Dipertua PIBG, Encik Mujin bersama Pengetua, Puan Tan Poh Choo.

Read more...

13 Oktober 2010

Peperiksaan Dalaman Bermula

Peperiksaan bagi tingkatan 6 rendah dan 4 bermula hari ini. Bagi tingkatan 3, yang baru lepas PMR. Satu program khas atau aktiviti selepas peperiksaan telah pun disediakan oleh pihak pentadbir. Tujuan program ini adalah untuk memastikan pelajar-pelajar tingkatan 3 tidak ponteng sekolah. Semua pelajar wajib datang kerana tempoh persekolahan masih ada sebulan lagi. Ketidakhadiran mereka akan menjejaskan peluang para pelajar untuk menyambung belajar di sekolah ini. Oleh itu, untuk menghilangkan rasa bosan dan kosong para pelajar tersebut, beberapa program yang bersifat akademik dan juga sukan akan diadakan.

Sementera itu, bagi pelajar SPM dan STPM, mereka masih lagi belajar seperti biasa. namun mereka lebih banyak mengadakan latih tubi dan juga perbincangan topik ke topik bersama guru-guru mereka. Pihak pentadbir juga berharap agar para pelajar SPM dan STPM mengambil peluang peluang untuk berjumpa dengan beberapa orang guru pakar disekolah, berbincang tentang matapelajaran yang dirasakan masih lemah. Begitu juga dengan kehadiran pelajar SPM dan STPM, mesti penuh sehingga akhir terakhir persekolahan.

Puan Pengetua juga berpesan agar dalam masa yang sama para pelajar SPM dan STPM sentiasa mematuhi peraturan sekolah. Selain itu katanya, jaga kesihatan dan diri agar tidak menjadi halangan untuk menduduki peperiksaan nanti. Adalah amat merugikan, sekiranya disaat akhir, pelajar tidak datang menduduki peperiksaan. Gunakan masa-masa yang ada ini untuk mengukuhkan persediaan kamu katanya lagi.

Semoga berjaya dan semoga selamat untuk ke puncak kejayaan. See you at the TOP

Read more...

07 Oktober 2010

PEMBERITAHUAN


Read more...

05 Oktober 2010

PMR BERMULA

Read more...

Semoga Berjaya

Pihak pihak pentadbir dan warga SMKKM mengucapkan semoga berjaya kepada semua pelajar yang menduduki PMR. Adalah menjadi harapan agar semua anak didik SMKKM akan melepasi PMR ini tanpa sebarang masalah dan memperoleh keputusan yang memberangsangkan.

Untuk pengetahuan para pelajar, pihak pentadbir telah menyediakan atau pun menempatkan GURU BERTUGAS setiap hari, yang bertujuan membantu para pelajar sekiranya terdapat perkara2 yg perlu diatasi. Para pelajar bolehlah merujuk senarai guru yg bertugas sepanjang PMR ini.

Selain itu, para guru2 juga hadir setiap hari sepanjang PMR ini. Selain untuk menyiapkan tugas2 yang perlu diselesaikan, para guru2 juga mengadakan kelas khusus utk pelajar SPM dan STPM.Kehadiran para guru ini adalah sebagai tanda sokongan kepada pelajar yang mengambil PMR.

Read more...

  © Blogger templates ProBlogger Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP